Tip Penyelidikan
Bahan Penyelidikan dalam PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Bahan penyelidikan kita dapat membantu anda belajar tentang banyak topik yang berbeza. Sebagai contoh, bahan penyelidikan bahasa Melayu yang terdapat dalam talian ialah Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa. Dalam bahasa-bahasa lain, seperti bahasa Indonesia, terdapat juga Daftar Istilah Alkitab, Pemahaman, dan Indeks.
Anda dapat menggunakan bahan-bahan penyelidikan ini menerusi kotak carian di PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower. Apabila anda mula menaip sesuatu perkataan dalam kotak carian, cadangan akan muncul di bawah kotak carian itu. Perkataan “Topik” akan muncul di sebelah mana-mana perkataan yang ada dalam bahan penyelidikan kita.
Cubalah: Taip perkataan “Yehuwa” dalam kotak carian (A). Pilih cadangan carian “Yehuwa” yang ada perkataan “Topik” di sebelahnya (B). Anda akan jumpa hasil carian daripada bahan-bahan penyelidikan kita.