PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp24 No. 1 ms. 3
  • Betul atau Salah? Soalan yang Harus Kita Semua Fikirkan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Betul atau Salah? Soalan yang Harus Kita Semua Fikirkan
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
  • Bahan yang Berkaitan
  • Keputusan yang Bijak Membuktikan Iman Anda!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Buat Keputusan yang Memuliakan Tuhan
    Menara Pengawal—2011
  • Cara Membuat Keputusan yang Bijak
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Pengenalan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
wp24 No. 1 ms. 3
Lelaki muda dalam gambar sebelumnya mendapatkan bantuan daripada renjer hutan. Renjer wanita itu menggunakan peta untuk menunjukkan jalan untuk sampai ke destinasinya di puncak gunung.

Betul atau Salah? Soalan yang Harus Kita Semua Fikirkan

Jika anda ingin melancong ke suatu tempat yang baharu, apakah yang akan anda lakukan?

  1. 1. Mengikut gerak hati atau perasaan anda.

  2. 2. Mengikut orang lain dan berharap mereka tahu jalannya.

  3. 3. Mengikut GPS, peta, atau seorang kawan baik yang tahu jalannya.

Jika kita memilih cara pertama atau kedua, kita mungkin tidak akan sampai ke tempat yang diingini. Namun jika kita memilih cara yang ketiga, kita pasti akan sampai ke tempat yang diingini.

Hidup kita adalah seperti perjalanan dan kita berharap jalan kehidupan kita akan bahagia. Namun hal itu bergantung pada nasihat yang kita ikut semasa membuat keputusan.

Kebanyakan keputusan yang kita buat tidak akan meninggalkan kesan jangka masa panjang. Namun, sesetengah keputusan kita akan membawa kesan yang berpanjangan kepada diri kita atau orang tersayang kita. Keputusan sebegini berkaitan dengan nilai moral kita atau pandangan kita tentang apa yang betul dan salah. Contohnya, keputusan tentang:

  • Seks dan perkahwinan

  • Kejujuran, kerja, dan duit

  • Cara untuk membesarkan anak

  • Cara melayan orang lain

Anda tentu mahu keputusan anda tentang hal-hal itu membawa kebahagiaan kepada diri anda dan keluarga anda.

Maka soalan yang kita semua harus fikirkan ialah: Apakah yang dapat membantu saya membuat keputusan yang baik semasa menentukan apa yang betul dan salah?

Majalah ini akan membincangkan mengapa kita dapat mempercayai nasihat Bible dan bagaimana nasihat Bible dapat membantu anda.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi