PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w25 Oktober ms. 30-31
  • Dua Orang Ahli Badan Pimpinan yang Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dua Orang Ahli Badan Pimpinan yang Baharu
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dua Orang Ahli Badan Pimpinan yang Baharu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Siapakah Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa?
    Soalan Lazim
  • Ahli Badan Pimpinan yang Baharu
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Anggota Baru Badan Pimpinan
    Menara Pengawal—2013
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
w25 Oktober ms. 30-31

Dua Orang Ahli Badan Pimpinan yang Baharu

PADA 5 Oktober 2024, pengumuman istimewa telah dibuat semasa mesyuarat tahunan bahawa Saudara Jody Jedele dan Saudara Jacob Rumph telah dilantik sebagai ahli Badan Pimpinan Saksi-Saksi Yehuwa. Kedua-dua saudara ini telah menyembah Yehuwa dengan setia untuk masa yang lama.

Jody Jedele dan isterinya, Damaris

Saudara Jedele lahir di Missouri, A.S. dan dibesarkan dalam kebenaran. Keluarganya tinggal berdekatan kawasan penyebaran yang jarang dikunjungi. Jadi, dia berpeluang untuk mengenali banyak saudara saudari dari pelbagai latar belakang yang datang ke sana untuk menginjil. Kasih dan perpaduan mereka meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya. Dia dibaptis pada 15 Oktober 1983 semasa dia masih remaja. Dia sangat suka menginjil. Jadi, selepas tamat sekolah, dia menjadi perintis biasa pada September 1989.

Semasa Saudara Jedele masih remaja, ibu bapanya membawa dia dan adik perempuannya untuk melawat Bethel. Saudara Jedele dan adiknya sangat digalakkan dan mahu berkhidmat di Bethel. Pada kemudian hari, mereka berdua telah mencapai matlamat itu. Saudara Jedele mula bekerja di Bethel Wallkill pada September 1990. Mula-mula, dia membantu di Bahagian Pembersihan dan kemudiannya di Bahagian Perkhidmatan Perubatan.

Sekitar masa itu, beberapa sidang bahasa Sepanyol yang berdekatan bertumbuh dengan pesat dan memerlukan saudara. Jadi, Saudara Jedele menyertai salah satu sidang itu dan mula belajar bahasa Sepanyol. Tidak lama kemudian, dia berjumpa dengan Damaris, seorang perintis dalam litar yang sama. Mereka kemudiannya berkahwin dan Damaris menyertainya di Bethel.

Pada 2005, mereka meninggalkan Bethel untuk menjaga ibu bapa mereka. Pada masa itu, mereka berkhidmat sebagai perintis biasa. Saudara Jedele bantu mengajar Sekolah Latihan Perintis serta berkhidmat dalam Jawatankuasa Perhubungan Hospital tempatan dan Jawatankuasa Pembinaan Serantau.

Pada 2013, Saudara dan Saudari Jedele dijemput kembali ke Bethel untuk menyertai projek pembinaan Warwick. Sejak masa itu, mereka juga berkhidmat di Paterson dan Wallkill. Saudara Jedele telah bekerja di Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan dan Bahagian Maklumat Hospital. Pada Mac 2023, dia dilantik sebagai pembantu kepada Jawatankuasa Penyebaran. Mengenang kembali tugasan yang diterimanya, dia berkata, “Semasa menerima tugasan baharu, kadangkala kamu mungkin berasa risau. Tapi, pada masa sedemikian, ingatlah untuk bergantung pada Yehuwa kerana Dia akan membantu kamu.”

Jacob Rumph dan isterinya, Inga

Saudara Rumph lahir di California, A.S. Semasa kecil, ibunya tidak aktif secara rohani. Tetapi ibunya tetap berusaha untuk mengajar kebenaran kepadanya. Setiap tahun, dia juga akan melawat neneknya yang merupakan seorang Saksi. Neneknya membangkitkan minatnya terhadap hal-hal rohani, dan dia mula belajar Bible semasa berumur 13 tahun. Pada 27 September 1992, dia dibaptis semasa dia masih remaja. Pada kemudian hari, ibunya menjadi aktif semula. Bapanya dan dua orang adiknya juga membuat kemajuan rohani dan dibaptis.

Semasa remaja, Saudara Rumph nampak bahawa para perintis sangat gembira. Maka, selepas tamat sekolah, dia mula merintis pada September 1995. Pada tahun 2000, dia berpindah ke Ecuador untuk berkhidmat di kawasan yang memerlukan bantuan. Di situ, dia berjumpa dengan Inga, seorang perintis dari Kanada, dan kemudiannya mereka berkahwin. Mereka berpindah ke sebuah pekan di Ecuador dan berkhidmat di sebuah kumpulan yang kecil. Hari ini, kumpulan itu telah menjadi sebuah sidang yang besar.

Pada kemudian hari, Saudara dan Saudari Rumph dilantik sebagai perintis khas dan selepas itu, mereka berkhidmat dalam kerja litar. Pada 2011, mereka dijemput untuk menghadiri kelas Gilead yang ke-132. Mereka ditugaskan ke lima negara yang berbeza dan menikmati pelbagai khidmat sepenuh masa, seperti khidmat Bethel, kerja mubaligh, dan kerja litar. Saudara Rumph juga berpeluang untuk menjadi pengajar bagi Sekolah Latihan Penginjil.

Disebabkan pandemik COVID-19, Saudara dan Saudari Rumph telah kembali ke Amerika Syarikat. Mereka dijemput untuk bekerja di Bethel Wallkill, di mana Saudara Rumph menerima latihan di Bahagian Kerja Penyebaran. Kemudian, mereka ditugaskan untuk kembali ke cawangan Ecuador, di mana Saudara Rumph berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Cawangan. Pada 2023, mereka ditugaskan ke Warwick. Pada Januari 2024, dia dilantik sebagai pembantu kepada Jawatankuasa Penyebaran. Dia pernah berkhidmat di banyak tempat, dan dia berkata, “Yang membuat tugasan kamu istimewa ialah orang yang berkhidmat bersama kamu dan bukan tempatnya.”

Sememangnya, kita “sentiasa menghargai orang seperti [mereka].”—Flp. 2:29.

Badan Pimpinan kini dianggotai oleh 11 orang saudara terurap: Kenneth Cook, Jr.; Gage Fleegle; Samuel Herd; Geoffrey Jackson; Jody Jedele; Stephen Lett; Gerrit Lösch; Jacob Rumph; Mark Sanderson; David Splane; dan Jeffrey Winder.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi