PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w25 November ms. 31
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Bahan yang Berkaitan
  • Buku Wahyu—Kaitannya dengan Musuh-Musuh Tuhan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Jangan Gentar akan Binatang-Binatang Buas
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Yehuwa Menyingkapkan Apa yang “Segera Harus Berlaku”
    Menara Pengawal—2012
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
w25 November ms. 31

Pertanyaan Pembaca

Apakah tujuan Yehuwa yang akan ditanam dalam hati bangsa-bangsa tidak lama lagi?

Mengenai permulaan kesengsaraan besar, Wahyu 17:​16, 17 menyatakan, “Sepuluh tanduk yang kamu nampak dan binatang buas itu akan membenci pelacur itu. Mereka akan membinasakannya dan membuatnya telanjang. Mereka akan memakan habis dagingnya dan memusnahkannya dengan api. Hal ini demikian kerana Tuhan sendiri menanam rancangan untuk melaksanakan tujuan-Nya dalam hati mereka, supaya mereka bersepakat untuk memberikan kuasa pemerintahan mereka kepada binatang buas itu.” Dahulu, bahan bacaan kita menyatakan bahawa tujuan Tuhan yang akan ditanam dalam hati bangsa-bangsa adalah untuk memusnahkan semua agama palsu.

Namun, pemahaman kita perlu diubah. Tujuan Tuhan yang akan ditanam dalam hati bangsa-bangsa adalah untuk “memberikan kuasa pemerintahan mereka kepada binatang buas itu.” Untuk memahami bagaimana hal ini akan berlaku, kita akan bincang soalan-soalan berikut.

Siapakah watak-watak utama dalam nubuat ini? Terdapat seorang “pelacur” yang juga dipanggil “Babilon Besar,” yang melambangkan empayar agama palsu sedunia. Terdapat juga “binatang buas yang berwarna merah marak,” yang melambangkan Liga Bangsa-Bangsa yang ditubuhkan pada 1919, dan kini dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Why. 17:​3-5) Satu lagi watak ialah “10 tanduk,” yang melambangkan semua kerajaan yang menyokong binatang buas itu.

Apakah hubungan antara pelacur itu dengan binatang buas yang berwarna merah marak? Pelacur itu “sedang duduk di atas” binatang buas itu, yang bermaksud pelacur itu menyokongnya dan ingin mempengaruhi, atau bahkan menguasainya.

Apakah yang akan berlaku kepada pelacur itu? Binatang buas itu, bersama 10 tanduk yang menyokongnya, “akan membenci pelacur itu.” Mereka akan merampas kekayaannya dan mendedahkan kejahatannya. Mereka akan melaksanakan penghakiman Yehuwa terhadap pelacur itu, iaitu dengan membinasakannya. (Why. 17:1; 18:8) Maka, semua pertubuhan agama palsu tidak akan wujud lagi. Namun, sebelum hal itu terjadi, Yehuwa akan menyebabkan bangsa-bangsa untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan manusia.

Apakah tujuan Yehuwa? Yehuwa akan menanam dalam hati 10 tanduk itu untuk “menyerahkan kekuatan dan kuasa mereka kepada binatang buas [yang berwarna merah marak] itu.” (Why. 17:13) Fikirkan hal ini: Mungkinkah kerajaan manusia akan menyerahkan kekuatan dan kuasa mereka dengan rela hati kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? Tidak! Nubuat Bible menunjukkan bahawa Tuhanlah yang akan mempengaruhi mereka untuk melakukan hal ini. (Ams. 21:1; bandingkan Yesaya 44:28.) Adakah hal ini akan berlaku secara beransur-ansur? Tidak! Nampaknya hal ini akan berlaku secara tiba-tiba. Kemudian, dengan kuasa yang baru diterimanya, binatang buas itu akan melaksanakan penghakiman Yehuwa dengan melenyapkan semua pertubuhan agama palsu buat selama-lamanya.

Apakah yang akan berlaku pada masa depan? Kita tidak perlu mencari laporan berita yang menunjukkan bahawa kerajaan manusia memberi lebih banyak sokongan secara beransur-ansur kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apakah yang akan berlaku? Yehuwa akan mempengaruhi bangsa-bangsa untuk menyerahkan kekuatan dan kuasa mereka kepada binatang buas secara tiba-tiba. Apabila hal ini berlaku, kita tahu bahawa kesengsaraan besar akan bermula tidak lama lagi. Sementara menantikan masa itu, “marilah kita tetap berjaga-jaga dan memelihara daya pemikiran kita” kerana perubahan bakal berlaku secara tiba-tiba!​—1 Tes. 5:6.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi