PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w25 November ms. 28-29
  • Peliharalah “Perpaduan yang Dikurniakan oleh Kuasa Suci Tuhan”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Peliharalah “Perpaduan yang Dikurniakan oleh Kuasa Suci Tuhan”
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • “BERUSAHA SEBAIK-BAIKNYA” UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN
  • Yehuwa Menyatukan Keluarga-Nya
    Menara Pengawal—2012
  • ‘Yehuwa Satu-Satunya Tuhan Kita’
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Kita Bersatu, Sehati Sejiwa
    Nyanyilah kepada Yehuwa
  • Sambutan Peringatan Menyatupadukan Kita
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
w25 November ms. 28-29
Sekumpulan saudara saudari menikmati makanan dan pergaulan di rumah seseorang.

Peliharalah “Perpaduan yang Dikurniakan oleh Kuasa Suci Tuhan”

PAULUS menulis, ‘Biarlah kasih mendorong kamu untuk bersabar terhadap satu sama lain, dan berusahalah sebaik-baiknya untuk hidup damai, supaya perpaduan yang dikurniakan oleh kuasa suci Tuhan tetap terpelihara.’​—Ef. 4:​2, 3.

Kita menikmati perpaduan kerana “kuasa suci Tuhan.” Namun, Paulus berkata bahawa perpaduan ini harus dipelihara, atau dijaga. Sebenarnya, kita masing-masing harus memainkan peranan untuk menjaga perpaduan sidang.

Fikirkan contoh ini: Seseorang telah memberi anda sebuah kereta baharu. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga kereta itu? Sudah tentu, andalah yang harus menjaganya. Jika kereta itu rosak kerana anda tidak menjaganya, anda tidak boleh menyalahkan orang yang memberi anda kereta itu.

Begitu juga, biarpun perpaduan Kristian kita ialah kurniaan daripada Tuhan, kita masing-masing bertanggungjawab untuk menjaganya. Jika perselisihan timbul, tanyalah diri, “Adakah saya sedang berusaha sedaya upaya untuk menjaga perpaduan sidang?”

“BERUSAHA SEBAIK-BAIKNYA” UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN

Seperti yang dinyatakan oleh Paulus, usaha diperlukan untuk mengekalkan perpaduan sidang. Hal ini penting terutamanya jika seorang rakan seiman menyinggung perasaan anda. Sebelum menentukan jika anda perlu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang timbul, tanyalah diri, “Adakah berjumpa dengannya akan menyelesaikan masalah itu atau merumitkannya lagi?” Ada kalanya, pilihan yang paling baik adalah untuk melupakan hal itu dan memaafkannya.​—Ams. 19:11; Mrk. 11:25.

Kolaj: Seorang saudara memilih untuk melupakan kesalahan rakan seimannya. 1. Dia ditengking oleh seorang saudara. 2. Dia berfikir tentang apa yang berlaku. 3. Dia membaca dan merenungkan Bible.

Jika perselisihan timbul dengan rakan seiman, tanyalah diri, “Adakah berjumpa dengannya akan menyelesaikan masalah itu atau merumitkannya lagi?”

Paulus menulis bahawa kita harus “bersabar terhadap satu sama lain.” (Ef. 4:2) Sebuah buku rujukan menyatakan bahawa frasa ini boleh diterjemahkan sebagai “menerima orang seadanya.” Sepertimana kita tidak sempurna, rakan seiman kita juga tidak sempurna. Memang, kita semua berusaha untuk mengenakan “keperibadian baharu.” (Ef. 4:​23, 24) Namun, tiada sesiapa pun yang dapat berbuat demikian dengan sempurna. (Rm. 3:23) Jika kita menerima hakikat itu, lebih senang bagi kita untuk bersabar terhadap satu sama lain, rela mengampuni, dan tetap memelihara perpaduan sidang.

Kita akan “hidup damai” jika kita rela melupakan hal-hal yang membuat kita tersinggung dan memaafkan orang lain. Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai “hidup damai” di Efesus 4:3 secara harfiah merujuk kepada “ligamen.” Ligamen ialah tisu berserat yang menghubungkan satu tulang kepada tulang yang lain dalam tubuh kita. Begitu juga, kedamaian adalah seperti ligamen yang menguatkan ikatan antara satu sama lain. Dengan adanya kasih dan kedamaian, kita dibantu untuk tetap bersatu padu biarpun terdapat perselisihan yang timbul.

Jika anda berasa tersinggung, marah, atau geram akibat sesuatu yang dilakukan oleh rakan seiman, berusahalah untuk berbelas kasihan terhadapnya. (Kol. 3:12) Memandangkan kita semua tidak sempurna, kita sendiri pasti pernah menyinggung perasaan orang lain. Jadi, janganlah bertumpu kepada kesalahan orang. Jika kita ingat hal ini, kita akan dibantu untuk tetap memelihara “perpaduan yang dikurniakan oleh kuasa suci Tuhan.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi