PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 36
  • Dapatkah Sistem Ekonomi yang Adil Wujud?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dapatkah Sistem Ekonomi yang Adil Wujud?
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Masalah ekonomi yang akan diselesaikan oleh Tuhan
  • Matius 6:33—‘Utamakanlah Pemerintahan Tuhan’
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Peningkatan Kadar Inflasi di Serata Dunia—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Apakah yang Bible Katakan tentang Masalah Kebuluran?
    Topik-Topik Lain
  • Kerajaan Tuhan—Mengapa Penting bagi Yesus
    Menara Pengawal—2014
Lihat Selanjutnya
Topik-Topik Lain
mrt rencana 36
Seorang lelaki berdiri di kawasan rumah setinggan sambil memandang apartmen pencakar langit yang mewah.

Dapatkah Sistem Ekonomi yang Adil Wujud?

Di banyak negara, orang mengadakan tunjuk perasaan kerana mereka berasa sistem ekonomi tidak adil. Pandemik Covid-19 membuat hal ini lebih teruk lagi kerana berlakunya lockdown, kekurangan keperluan hidup, dan kemudahan rawatan yang terhad. Oleh itu, jurang antara orang yang kaya dan miskin menjadi lebih ketara.

Adakah masalah ekonomi yang menyebabkan banyak penderitaan akan berakhir? Ya. Bible menjelaskan apa yang akan dilakukan oleh Tuhan untuk menyelesaikan masalah kita.

Masalah ekonomi yang akan diselesaikan oleh Tuhan

Masalah: Manusia tidak dapat menubuhkan sistem ekonomi yang memenuhi keperluan semua orang.

Penyelesaian: Tuhan akan menggantikan kerajaan-kerajaan manusia dengan Kerajaan-Nya. Kerajaan Tuhan akan memerintah seluruh bumi dari syurga.—Daniel 2:44; Matius 6:10.

Hasil: Oleh sebab Kerajaan Tuhan akan memerintah seluruh bumi, kerajaan itu akan mengurus hal ehwal di bumi dengan sempurna. Manusia tidak lagi akan menjadi miskin atau risau tentang keperluan hidup. (Mazmur 9:7-9, 18) Sebaliknya mereka akan menikmati hasil usaha mereka, dan kehidupan yang produktif dan memuaskan bersama keluarga mereka. Bible menjanjikan bahawa “orang akan membina rumah dan mendiaminya, mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya. Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain.”—Yesaya 65:21, 22.

Masalah: Manusia tidak dapat mengelakkan situasi yang menyebabkan mereka tidak cukup keperluan hidup dan situasi yang menyebabkan penderitaan.

Penyelesaian: Tuhan akan menggunakan Kerajaan-Nya untuk melenyapkan apa sahaja yang membuat manusia berasa takut dan risau.

Hasil: Di bawah jagaan Tuhan, manusia tidak lagi akan mengalami keadaan yang menyebabkan kekurangan keperluan hidup. Contohnya, peperangan, kebuluran, dan pandemik tidak akan ada lagi. (Mazmur 46:9; 72:16; Yesaya 33:24) Tuhan berkata, “Bangsaku akan tinggal di tempat yang selamat, tempat kediaman mereka akan aman sentosa.”—Yesaya 32:18.

Masalah: Orang yang mementingkan diri dan tamak biasanya mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Penyelesaian: Rakyat Kerajaan Tuhan akan belajar untuk lebih mengasihi orang lain daripada diri sendiri.—Matius 22:37-39.

Hasil: Di bawah Kerajaan Tuhan, semua orang akan meniru kasih Tuhan yang “tidak mementingkan diri sendiri.” (1 Korintus 13:4, 5) Bible menyatakan, “Di gunung suci Tuhan, tiada apa-apa pun yang akan mengakibatkan kecederaan atau kerosakan, kerana pengetahuan tentang Yehuwaa memenuhi bumi, sebagaimana air memenuhi laut.”—Yesaya 11:9.

Bible menjelaskan bahawa kita sedang hidup pada hari-hari terakhir sistem dunia ini dan tidak lama lagi Tuhan akan mengotakan janji-Nya untuk mengakhiri semua masalah ekonomi.b (Mazmur 12:5) Sementara itu, prinsip-prinsip Bible boleh membantu anda menangani masalah ekonomi yang anda hadapi. Contohnya, lihatlah rencana, “Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?” dan “Pandangan yang Benar tentang Uang” dalam bahasa Indonesia.

Tanggapan yang salah tentang Bible dan ekonomi

Tanggapan yang salah: Kemiskinan tidak akan lenyap, kerana Yesus berkata, “Orang miskin sentiasa ada bersama kamu.”—Matius 26:11.

Kebenaran: Yesus hanya menyatakan hakikat ini: Asalkan dunia yang tidak adil ini terus wujud, kemiskinan pun akan terus wujud. Namun Yesus telah mengisytiharkan “berita baik kepada orang miskin.” Berita baik ini merangkumi janji bahawa Kerajaan Tuhan akan mengakhiri kemiskinan buat selama-lamanya.—Lukas 4:18, 43.

Tanggapan yang salah: Orang yang ingin menyenangkan hati Tuhan mesti miskin kerana Yesus berkata, “Pergilah dan juallah harta milik kamu lalu berikanlah wang itu kepada orang yang miskin.”—Matius 19:21.

Kebenaran: Menerusi kata-kata ini, Yesus bukannya menetapkan piawaian bagi pengikutnya. Sebaliknya, dia memberikan nasihat yang spesifik kepada seorang pemuda yang sangat tertumpu pada harta miliknya. Yesus menggalakkan pemuda itu untuk menyederhanakan hidupnya lalu menjadi pengikutnya.

Tanggapan yang salah: Tuhan memberkati orang dengan menjadikan mereka kaya, kerana Bible menyatakan, “Berkat Yehuwalah yang menjadikan seseorang kaya.”—Amsal 10:22.

Kebenaran: Dalam Bible, ‘berkat Yehuwa’ merujuk kepada berkat-berkat rohani, seperti kehidupan yang bermakna, hubungan yang baik dengan Tuhan, dan masa depan yang cerah. (Mazmur 25:14; Yohanes 17:3) Yehuwa pernah memberkati beberapa daripada hamba-Nya dengan menjadikan mereka kaya tetapi kebanyakan orang yang menjadi Kristian tidak kaya. (Kejadian 24:34, 35; Yakobus 2:5) Yesus pun hanya memiliki sedikit harta benda.—Matius 8:20.

Tanggapan yang salah: Ajaran Bible adalah seperti ajaran komunis, kerana menurut Bible, “Orang Kristian pada abad pertama mengongsi segala milik mereka dan menjual harta milik mereka.”—Kisah 2:44, 45.

Kebenaran: Ayat-ayat ini menjelaskan suatu aturan sementara yang dibuat untuk memenuhi keperluan orang yang baru sahaja menjadi Kristian. (Kisah 2:5) Mereka datang ke Yerusalem untuk menghadiri perayaan Pentakosta orang Yahudi. Namun selepas menjadi orang Kristian, mereka terus tinggal di Yerusalem untuk suatu jangka masa yang lebih lama kerana mereka ingin mengetahui lebih banyak tentang ajaran baharu ini. Hasilnya, rakan Kristian mereka membuat sumbangan supaya mereka mendapat bekalan makanan dan tempat tinggal.—Kisah 2:41, 42, 46, 47.

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.—Mazmur 83:18.

b Untuk mempelajari mengapa anda dapat mempercayai Bible, sila lihat rencana “Bible—Sumber Kebenaran yang Dapat Dipercayai.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi