PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 55
  • Bumi Sedang Dimusnahkan—Apakah yang Bible Katakan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bumi Sedang Dimusnahkan—Apakah yang Bible Katakan?
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kemusnahan alam sekitar sudah dicatatkan dalam Bible
  • Masa depan bumi kita terjamin
  • Dapatkah Bangsa-Bangsa Bekerjasama untuk Mengelakkan Malapetaka Iklim?—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Apakah yang Bible Katakan tentang Perubahan Iklim dan Masa Depan Kita?
    Topik-Topik Lain
  • Suhu Pecah Rekod di Seluas Dunia—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Topik-Topik Lain
mrt rencana 55
Planet Bumi yang dilihat dari angkasa lepas. Separuh daripada bumi nampak elok dan separuh lagi terbakar dan dimusnahkan.

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Bumi Sedang Dimusnahkan—Apakah yang Bible Katakan?

“Kita bakal menghadapi krisis ini: Bandar-bandar besar ditenggelami air. Banyak tempat mengalami gelombang haba. Ribut dahsyat berlaku di pelbagai kawasan. Masalah air yang berleluasa. Kepupusan jutaan spesies flora dan fauna. Ini bukanlah cerita rekaan semata-mata. Kajian sains sudah membuktikan bahawa ini akan menjadi realiti jika manusia tidak mengurus cara penggunaan tenaga dengan sebaik-baiknya.”—Ucapan daripada António Guterres, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkenaan laporan Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim yang dikeluarkan pada 4 April 2022.

“Saintis memberikan amaran bahawa peningkatan suhu akan menjejaskan kesemua 423 taman negara [di Amerika Syarikat] pada tahun-tahun yang akan datang. Musibah seperti kebakaran, banjir, pencairan ais, peningkatan paras laut, dan gelombang haba akan mengancam taman negara ini. Semua malapetaka ini adalah seperti apa yang digambarkan dalam Bible.”—“Banjir Dahsyat di Yellowstone, Tanda Krisis Akan Melanda,” The New York Times, 15 Jun 2022.

Dapatkah masalah alam sekitar diselesaikan? Jika ya, siapakah yang dapat membawa perubahan ini? Perhatikan apa yang Bible katakan.

Kemusnahan alam sekitar sudah dicatatkan dalam Bible

Bible kata bahawa Tuhan akan “membinasakan orang yang merosakkan bumi.” (Wahyu 11:18) Ayat ini mengajar kita tiga hal yang berikut:

  1. 1. Kegiatan manusia akan membawa kesan yang buruk terhadap bumi.

  2. 2. Bumi tidak akan terus dirosakkan.

  3. 3. Tuhan, dan bukannya manusia, akan menyelesaikan masalah alam sekitar.

Masa depan bumi kita terjamin

Bible kata bahawa “bumi kekal buat selama-lamanya.” (Pengkhutbah 1:4) Maksudnya, bumi akan sentiasa wujud dan menjadi tempat tinggal yang kekal bagi manusia.

  • “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”—Mazmur 37:29.

Bumi akan dipulihkan sepenuhnya.

  • “Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita. Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.”—Yesaya 35:1.

Untuk lihat mengapa kita dapat percaya bahawa Tuhan akan menyelamatkan bumi kita, bacalah rencana “Siapakah yang Akan Menyelamatkan Bumi?”

Untuk lihat sebab-sebab kita dapat yakin akan masa depan yang cerah, bacalah rencana “Apakah yang Bible Katakan tentang Perubahan Iklim dan Masa Depan Kita?”

Untuk tahu bagaimana Bible dapat membantu anda menghadapi cabaran akibat masalah alam sekitar, bacalah rencana “Cuaca Melampau—Dapatkah Bible Membantu Anda Menanganinya?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi