PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 25
  • Bumi yang Aman—Bagaimanakah Hal Ini Akan Terjadi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bumi yang Aman—Bagaimanakah Hal Ini Akan Terjadi?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Jawapan Bible
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 25
Orang daripada pelbagai bangsa

Bumi yang Aman​—Bagaimanakah Hal Ini Akan Terjadi?

Jawapan Bible

Bumi akan menjadi aman, bukan kerana usaha manusia, tetapi melalui Kerajaan Tuhan di syurga yang diperintah oleh Yesus Kristus. Perhatikan bagaimana Bible menjelaskan harapan yang menakjubkan ini.

  1. Tuhan akan “menghentikan peperangan di seluruh dunia.” Dia akan menunaikan janji itu agar “orang di bumi yang diperkenankan-Nya mendapat kedamaian.”—Mazmur 46:9; Lukas 2:14.

  2. Kerajaan Tuhan akan memerintah seluruh bumi dari syurga. (Daniel 7:14) Sebagai sebuah kerajaan sedunia, Kerajaan Tuhan akan menghapuskan semangat kebangsaan atau nasionalisme, yang merupakan punca di sebalik banyak konflik.

  3. Yesus, Pemerintah Kerajaan Tuhan, dipanggil “Pemimpin Kedamaian.” Dia pasti akan membawa “kedamaian yang tidak berkesudahan.”—Yesaya 9:6, 7.

  4. Sesiapa yang ingin terus berperang tidak akan dibenarkan hidup di bawah Kerajaan Tuhan, kerana Tuhan “membenci orang yang suka akan keganasan.”—Mazmur 11:5; Amsal 2:22.

  5. Tuhan mengajar rakyat-Nya cara untuk hidup damai. Hasilnya, Bible menyatakan, “Mereka akan menempa pedang menjadi bajak dan tombak menjadi pisau pemangkas. Satu bangsa tidak akan mengangkat pedang untuk melawan bangsa yang lain, dan mereka tidak akan belajar berperang lagi.”—Yesaya 2:3, 4.

Jutaan Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia sudah pun diajar oleh Yehuwa untuk menjadi orang yang mencintai kedamaian. (Matius 5:9) Meskipun mereka berasal daripada pelbagai suku dan tinggal di lebih daripada 230 negara dan kawasan, mereka enggan mengangkat senjata untuk menyerang orang lain.

Saksi-Saksi Yehuwa sedang belajar untuk mengikut haluan kedamaian sekarang

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi