PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 3
  • Bagaimana jika Saya Ketagih Pornografi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimana jika Saya Ketagih Pornografi?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang dapat kamu lakukan
  • Pornografi​—Hiburan atau Racun?
    Menara Pengawal—2013
  • Mengapakah Kita Harus Menolak Pornografi?
    Kaum Muda Bertanya
  • Semasa Pasangan Hidup Melihat Bahan Lucah
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Cara Melindungi Diri daripada Jerat Syaitan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 3
Seorang pemuda menonton pornografi melalui Internet

Bagaimana jika Saya Ketagih Pornografi?

Apa yang dapat kamu lakukan

Fahamilah apa itu pornografi. Pornografi direka untuk merendahkan sesuatu yang dianggap terhormat oleh Tuhan. Dengan memahami apa itu pornografi, kamu akan dibantu untuk ‘membenci apa yang jahat.’—Mazmur 97:10.

Fikirkan akibatnya. Pornografi merendahkan martabat orang yang melakukannya serta merendahkan moral orang yang menontonnya. Bible menasihati kita, “Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya.”—Amsal 22:3.

Buatlah komitmen. Seorang lelaki yang setia bernama Ayub menyatakan, “Dengan sumpah aku telah berjanji, tidak memandang gadis muda dengan berahi.” (Ayub 31:1, Alkitab Berita Baik) Berikut merupakan beberapa “sumpah” yang dapat kamu buat:

  • Saya tidak akan menggunakan Internet semasa bersendirian.

  • Saya akan segera menutup iklan atau laman web yang memaparkan gambar tidak senonoh.

  • Saya akan bercakap dengan seorang rakan yang matang jika saya mengulangi tabiat itu.

Tangan dibelit dengan tali

Semakin sering kamu melihat pornografi, semakin susah bagi kamu untuk membebaskan diri

Berdoalah. Pemazmur memohon kepada Tuhan Yehuwa, “Palingkanlah pandanganku daripada perkara yang sia-sia.” (Mazmur 119:37) Tuhan mahu kamu berjaya, dan jika kamu berdoa kepada-Nya, Dia dapat memberi kamu kekuatan untuk melakukan apa yang betul!—Filipi 4:13.

Bercakaplah kepada seseorang. Memilih seorang sahabat yang sudi mendengar luahan kamu merupakan satu langkah penting untuk menghentikan tabiat buruk itu.—Amsal 17:17.

Ingatlah: Kamu mendapat kemenangan besar setiap kali kamu menolak pornografi. Beritahulah kemenangan kamu itu kepada Tuhan Yehuwa, dan ucapkanlah syukur kepada-Nya kerana memberi kamu kekuatan. Dengan menjauhi pornografi, kamu sedang menggembirakan-Nya!—Amsal 27:11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi