PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 9
  • Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Gangguan Seksual?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Gangguan Seksual?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah itu gangguan seksual?
  • Apakah yang patut saya lakukan jika saya sedang mengalami gangguan seksual?
  • Apakah yang akan saya lakukan?
  • Bagaimanakah Saya Dapat Melindungi Diri daripada Gangguan Seksual?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Apakah yang Perlu Saya Ketahui tentang Gangguan Seksual?
    Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 9

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Gangguan Seksual?

  • Apakah itu gangguan seksual?

  • Apakah yang patut saya lakukan jika saya sedang mengalami gangguan seksual?

  • Apakah yang akan saya lakukan?

Apakah itu gangguan seksual?

Gangguan seksual merangkumi apa-apa sahaja perbuatan yang berunsurkan seks, seperti sentuhan atau kata-kata yang berbaur seks. Tetapi kadangkala susah untuk membezakan perbuatan bermain cinta dan mengusik dengan gangguan seksual.

Dapatkah kamu membezakannya? Lengkapkanlah kuiz gangguan seksual dan ketahuilah jawapannya!

Sedihnya, gangguan seksual tidak hanya berlaku di sekolah. Tetapi jika kamu memupuk keyakinan diri dan kemahiran untuk menangani gangguan seksual sekarang, kamu akan bersedia untuk menangani masalah ini di tempat kerja kamu kelak. Kamu juga mungkin dapat menghalang seorang pengganggu seksual daripada mengganggu orang lain!

Olivia

“Kamu betul-betul perlu tegas. Biasanya pengganggu seksual tidak akan berhenti selagi kamu tidak menyampaikan mesej dengan jelas. Jadi katakan ‘Tidak’ kepadanya dengan tegas. Jika dia masih enggan berhenti, beritahulah orang lain!”

Tanisha

“Jika kamu menyertai perbualan tentang seks atau ketawa apabila orang berjenaka tentang seks, atau jika kamu bergaul dengan orang yang suka menarik perhatian orang yang berlawanan jantina, orang lain akan menyangka bahawa kamu juga inginkan perhatian.”

Apakah yang patut saya lakukan jika saya sedang mengalami gangguan seksual?

Jika kamu ingin menghentikan gangguan seksual, kamu perlu tahu apa itu gangguan seksual. Lihatlah tiga situasi berikut dan fikirkan cara untuk menanganinya:

SITUASI:

“Beberapa orang rakan sekerja lelaki yang lebih tua asyik memberitahu saya bahawa saya cantik dan berkata bahawa alangkah bagusnya kalau mereka berumur 30 tahun lebih muda. Salah seorang daripada mereka bahkan berjalan di belakang saya dan menghidu rambut saya!”​—Tabitha, 20.

Tabitha mungkin dapat berfikir: “Jika saya tidak menghiraukannya dan terus bersabar, dia mungkin akan berhenti.”

Mengapa hal ini tidak berkesan: Pakar menyatakan bahawa apabila si mangsa tidak menghiraukan gangguan seksual, keadaan buruk itu biasanya akan berterusan dan bahkan bertambah buruk.

Cuba cara ini: Dengan tenang tetapi tegas, beritahulah si pengganggu seksual itu bahawa kamu tidak akan bersabar dengan kata-kata atau kelakuannya. Taryn yang berusia 22 tahun berkata, “Jika ada orang meraba saya, saya akan memberinya amaran agar jangan buat begitu lagi. Biasanya orang itu akan terkejut.” Jika orang itu masih mengganggu kamu, teruslah bersikap tegas dan jangan putus asa. Berkenaan hal-hal moral, Bible menasihati kita agar “berdiri teguh dengan penuh keyakinan dan kematangan.”​—Kolose 4:12, Alkitab Versi Borneo.

Bagaimana pula jika si pengganggu seksual itu mengugut kamu? Jika hal ini berlaku, beredarlah dari situ secepat mungkin, dan minta bantuan orang dewasa yang kamu percayai.

SITUASI:

“Semasa saya darjah enam, dua orang gadis telah menghalang saya di koridor sekolah. Salah seorang daripada mereka ialah lesbian, dan dia mahu saya berdating dengannya. Biarpun saya menolak, mereka masih mengganggu saya setiap hari. Pernah sekali, mereka menghimpit saya ke dinding sehingga saya tidak dapat bergerak!”​—Victoria, 18.

Victoria mungkin dapat berfikir: “Jika saya beritahu orang lain tentang hal ini, mereka mungkin akan fikir saya lemah, dan mungkin tiada orang akan percaya kata-kata saya.”

Mengapa hal ini tidak berkesan: Jika kamu merahsiakannya, si pengganggu seksual itu mungkin akan terus mengganggu kamu, dan bahkan mengganggu orang lain.​—Pengkhutbah 8:11.

Cuba cara ini: Minta bantuan orang lain. Ibu bapa atau guru kamu dapat membantu kamu untuk menghentikan gangguan seksual itu. Tetapi bagaimana pula jika mereka meremehkan aduan kamu? Jika demikian, setiap kali kamu diganggu, catatkan butirannya, seperti tarikh, masa, lokasi, dan apa yang dikatakan oleh si pengganggu seksual itu. Kemudian berikan catatan itu kepada ibu bapa atau guru kamu. Biasanya orang akan lebih memandang serius aduan yang bertulis.

SITUASI:

“Saya amat takut kepada seorang pemain ragbi. Tingginya hampir dua meter, dan beratnya lebih kurang 135 kilogram! Dia fikir bahawa dia dapat meniduri saya. Maka selama satu tahun, dia mengganggu saya hampir setiap hari. Pada suatu hari, kami berdua sahaja yang ada di dalam kelas, dan dia mula mendekati saya. Saya cepat-cepat bangun dan lari ke luar.”​—Julieta, 18.

Julieta mungkin dapat berfikir: “Perangai budak lelaki memang begitu.”

Mengapa hal ini tidak berkesan: Si pengganggu seksual itu tidak akan berhenti selagi semua orang berasa bahawa perbuatannya tidak salah.

Cuba cara ini: Pastikan bahawa reaksi kamu, termasuk raut wajah kamu, menunjukkan bahawa kamu tidak akan bersabar dengan perbuatan si pengganggu seksual. Jika kamu meremehkan apa yang telah berlaku, atau berlawak tentangnya, si pengganggu seksual itu akan berfikir bahawa hal ini tidak serius.

Apakah yang akan saya lakukan?

KISAH BENAR 1:

“Saya tidak suka bersikap biadab terhadap orang lain. Jadi apabila orang mengganggu saya, saya memang meminta mereka untuk berhenti. Tetapi semasa bercakap kepada mereka, saya senyum dan tidak bersikap tegas. Maka mereka ingat saya sedang bermain cinta.”—Tabitha.

  • Jika kamu ialah Tabitha, bagaimanakah kamu akan menangani situasi ini? Mengapa?

  • Mengapakah si pengganggu seksual itu mungkin berfikir bahawa kamu sedang bermain cinta?

KISAH BENAR 2:

“Pada mulanya, beberapa budak lelaki dalam kelas pendidikan jasmani saya mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh kepada saya. Saya tidak menghiraukan mereka selama beberapa minggu. Tetapi keadaan bertambah buruk. Mereka mula duduk di sebelah saya dan meletakkan tangan mereka pada bahu saya. Saya menolak tangan mereka, tetapi mereka masih enggan berhenti. Akhirnya, seorang budak lelaki memberi saya sekeping kertas yang mengandungi kata-kata yang menjijikkan. Saya menyerahkan kertas itu kepada guru saya, dan budak lelaki itu digantung sekolah. Saya sedar bahawa saya patut memberitahu guru saya dari awal lagi!”—Sabina.

  •  Pada pendapat kamu, mengapakah Sabina tidak memberitahu gurunya dari awal lagi? Adakah keputusannya bijak? Mengapa ya atau mengapa tidak?

KISAH BENAR 3:

“Adik lelaki saya Greg berada di dalam tandas, dan seorang budak lelaki mendekatinya dan berkata, ‘Ciumlah saya.’ Greg berkata tidak, tetapi budak itu enggan beredar. Sebenarnya, Greg perlu menolak budak lelaki itu daripadanya.”—Suzanne.

  • Pada pendapat kamu, adakah Greg seorang mangsa gangguan seksual? Mengapa ya atau mengapa tidak?

  • Pada pendapat kamu, mengapakah terdapat budak lelaki yang enggan memberitahu orang lain apabila mereka diganggu oleh budak lelaki yang lain?

  • Adakah Greg mengambil tindakan yang betul dalam situasi itu? Apakah yang akan kamu lakukan?

Kuiz gangguan seksual

“Semasa di sekolah menengah, budak lelaki menarik tali coli saya dan mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh. Contohnya, mereka berkata bahawa saya pasti rasa lebih seronok setelah saya tidur dengan mereka.”—Coretta.

Pada pendapat kamu, adakah budak-budak lelaki itu sedang

  1. A Mengusiknya?

  2. B Bermain cinta?

  3. C Mengganggunya secara seksual?

“Semasa di dalam bas, seorang budak lelaki mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh dan meraba saya. Saya menampar tangannya dengan kuat dan suruh dia beredar. Dia melihat saya seolah-olah saya gila.”—Candice.

Pada pendapat kamu, adakah budak lelaki itu sedang

  1. A Mengusiknya?

  2. B Bermain cinta?

  3. C Mengganggunya secara seksual?

“Tahun lalu, seorang budak lelaki asyik berkata bahawa dia menyukai saya dan ingin berdating dengan saya. Meskipun sudah berkali-kali saya berkata kepadanya bahawa saya tidak berminat, dia masih enggan berhenti. Kadangkala dia meraba lengan saya. Saya melarang dia, tetapi dia tidak berhenti. Pernah sekali, sewaktu saya sedang mengikat tali kasut, dia menepuk punggung saya.”—Bethany.

Pada pendapat kamu, adakah budak lelaki itu sedang:

  1. A Bermain cinta?

  2. B Mengusiknya?

  3. C Mengganggunya secara seksual?

Jawapan yang betul untuk ketiga-tiga soalan di atas ialah C.

Apakah perbezaan antara gangguan seksual dengan perbuatan bermain cinta atau perbuatan mengusik? Seorang gadis yang bernama Eve berkata, “Si pengganggu seksual akan berasa puas tetapi mangsanya akan berasa malu. Gangguan ini akan berterusan biarpun kamu telah meminta si pengganggu seksual berhenti.” Ya, gangguan seksual amat serius. Perbuatan ini akan mempengaruhi pembelajaran kamu, kesihatan kamu, dan bahkan menyebabkan keganasan seksual.

Ketahuilah lebih banyak: Lihat bab 32, “Bagaimana Aku Melindungi Diri dari Pemangsa Seksual?” dalam buku Pertanyaan Kaum Muda​—Jawaban yang Praktis, Jilid 1 dalam bahasa Indonesia.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi