PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 55
  • Nama Siapakah yang Tertulis dalam “Kitab Kehidupan”?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nama Siapakah yang Tertulis dalam “Kitab Kehidupan”?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Adakah Nama Anda Dicatat dalam “Kitab Peringatan”?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 55

Nama Siapakah yang Tertulis dalam “Kitab Kehidupan”?

Jawapan Bible

“Kitab kehidupan” atau “kitab peringatan” mengandungi nama-nama orang yang diberi kurniaan untuk hidup kekal. (Wahyu 3:5; 20:12; Maleakhi 3:16) Tuhan yang menentukan nama-nama itu berdasarkan kesetiaan dan ketaatan seseorang kepada-Nya.​—Yohanes 3:16; 1 Yohanes 5:3.

“Semenjak dunia diasaskan,” Tuhan telah mengingati nama setiap hamba-Nya yang setia, seolah-olah menulis nama mereka dalam sebuah kitab. (Wahyu 17:8) Habel ialah manusia pertama yang setia dan namanya ditulis dalam kitab kehidupan. (Ibrani 11:4) Kitab itu bukan sekadar senarai nama tetapi menunjukkan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih dan Dia “mengenal mereka yang merupakan milik-Nya.”​—2 Timotius 2:19; 1 Yohanes 4:8.

Bolehkah nama-nama dalam “kitab kehidupan” dipadamkan?

Ya. Berkenaan orang Israel yang tidak taat kepada-Nya, Tuhan berfirman, “Sesiapa yang berdosa terhadap-Ku, nama orang itulah yang akan Aku hapuskan daripada kitab-Ku.” (Keluaran 32:33) Tetapi jika kita tetap setia, nama kita akan kekal dalam “kitab kehidupan.”​—Wahyu 20:12.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi