PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwfq rencana 28
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Membayar Persepuluhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Membayar Persepuluhan?
  • Soalan Lazim
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Ajaran Bible tentang Persepuluhan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Soalan Lazim
ijwfq rencana 28

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Membayar Persepuluhan?

Tidak, Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkan kaedah ini; kerja kami disokong oleh sumbangan sukarela. Apakah maksud membayar persepuluhan, dan mengapakah Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkannya?

Perintah membayar persepuluhan merupakan sebahagian daripada Hukum yang diberikan kepada bangsa Israel kuno. Walaupun demikian, Bible dengan jelas menunjukkan bahawa Hukum ini​—termasuk ‘memungut persepuluhan daripada pendapatan’​—bukan untuk orang Kristian.​—Ibrani 7:​5, 18; Kolose 2:​13, 14.

Kami tidak membayar persepuluhan, tetapi kami meniru contoh orang Kristian masa awal dan menyokong kerja penyebaran dengan dua cara: menjalankan khidmat kami tanpa dibayar gaji dan memberikan sumbangan sukarela.

Oleh itu, kami mengikut perintah Bible kepada orang Kristian, ‘Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.’​—2 Korintus 9:7, ABB.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi