PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 102
  • Adakah Perjudian Satu Dosa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Perjudian Satu Dosa?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Berjudi
    Sedarlah!—2015
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 102
Orang yang berjudi melihat tiket loterinya sambil menonton pengumuman di televisyen

Adakah Perjudian Satu Dosa?

Jawapan Bible

Walaupun Bible tidak menjelaskan secara terperinci tentang perjudian, kita boleh lihat dalam prinsip Bible bahawa Tuhan memandang perjudian sebagai dosa.​—Efesus 5:​17.a

  • Perjudian didorong oleh ketamakan. Tetapi Tuhan membenci ketamakan. (1 Korintus 6:9, 10; Efesus 5:3, 5) Orang yang berjudi berharap bahawa mereka dapat mengaut keuntungan daripada kerugian orang lain. Namun, Bible mengutuk orang yang menginginkan kepunyaan orang lain.​—Keluaran 20:17; Roma 7:7; 13:9, 10.

  • Walaupun perjudian itu tidak melibatkan wang yang banyak, hal itu boleh membangkitkan perasaan cinta akan wang yang memudaratkan.​—1 Timotius 6:9, 10.

  • Orang yang berjudi selalu bergantung pada kepercayaan karut atau nasib. Namun, Tuhan memandang kepercayaan ini sebagai penyembahan berhala yang bertentangan dengan penyembahan sejati.​—Yesaya 65:11.

  • Bible menggalakkan orang untuk bekerja keras agar mendapatkan sesuatu. (Pengkhutbah 2:24; Efesus 4:28) Maka, mereka yang mengikut nasihat Bible berusaha untuk “mencari nafkah sendiri.”​—2 Tesalonika 3:10, 12, ABB.

  • Perjudian boleh membangkitkan semangat persaingan yang tidak sihat, dan yang dikutuk oleh Bible.​—Galatia 5:26.

a Di dalam Bible, perjudian hanya dilakukan oleh askar Roma yang “membuang undi,” (atau “berjudi”) untuk pakaian Yesus.​—Matius 27:35; Yohanes 19:23, 24.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi