PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwfq rencana 46
  • Berapakah Jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Seluruh Dunia?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Berapakah Jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Seluruh Dunia?
  • Soalan Lazim
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah jumlah Saksi-Saksi Yehuwa dikira?
  • Adakah seseorang perlu menderma wang untuk dianggap sebagai seorang Saksi?
  • Bagaimanakah jumlah Saksi yang giat menginjil diketahui?
  • Adakah orang yang tidak menginjil dianggap sebagai Saksi?
  • Mengapakah bilangan Saksi yang dilaporkan oleh kerajaan berbeza dengan bilangan Saksi yang kami laporkan?
  • Jumlah Besar 2024
    Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 2024 bagi Saksi-Saksi Yehuwa di Serata Dunia
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal—2011
  • Mencari Sumber Harapan bagi 2024—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Adakah Perang Dunia Bakal Berlaku?—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Soalan Lazim
ijwfq rencana 46
Seorang Saksi-Saksi Yehuwa menginjil kepada seorang wanita

Berapakah Jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Seluruh Dunia?

Laporan 2024

Bilangan Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh dunia

9,043,460

Sidang

118,767

Negara dan kawasan penyebaran Saksi-Saksi Yehuwa

240

Laporan 2024 bagi Jumlah Besar

Laporan 2024 Mengikut Negara dan Kawasan

Bagaimanakah jumlah Saksi-Saksi Yehuwa dikira?

Hanya mereka yang giat menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan setiap bulan yang dikira sebagai Saksi-Saksi Yehuwa. (Matius 24:14) Ini termasuklah mereka yang sudah dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, dan mereka yang belum dibaptis tetapi layak untuk menyertai aktiviti penyebaran.

Adakah seseorang perlu menderma wang untuk dianggap sebagai seorang Saksi?

Tidak. Seseorang tidak dianggap sebagai Saksi atau diberi tugasan atau peluang istimewa dalam organisasi kami hanya kerana dia telah memberikan derma. (Kisah 8:18-20) Sebenarnya, kebanyakan nama orang yang memberikan sumbangan tidak diketahui. Setiap Saksi-Saksi Yehuwa dengan senang hati menyumbangkan masa, tenaga, dan wang, untuk menyokong kerja sedunia kami berdasarkan kemampuan dan keadaan masing-masing.—2 Korintus 9:7.

Bagaimanakah jumlah Saksi yang giat menginjil diketahui?

Setiap bulan, semua Saksi memberikan laporan aktiviti penyebaran mereka kepada sidang tempatan. Mereka melakukannya secara sukarela.

Semua laporan dalam sidang itu dihitung dan jumlahnya dihantar ke pejabat cawangan tempatan. Kemudian, pejabat cawangan menghantar jumlah keseluruhan Saksi bagi negara atau kawasan masing-masing ke ibu pejabat sedunia.

Pada akhir setiap tahun aktiviti penyebaran,a angka tertinggi Saksi bagi setiap negara dan kawasan dapat ditentukan. Kemudian, semua angka itu dicampurkan untuk mengetahui jumlah Saksi di seluruh dunia. Laporan terperinci bagi setiap negara akan diterbitkan di laman web kami di bahagian “Di Serata Dunia.” Semua laporan ini menggalakkan kami, sama seperti orang Kristian abad pertama juga digalakkan apabila mendengar laporan serupa.​—Kisah 2:41; 4:4; 15:3.

Adakah orang yang tidak menginjil dianggap sebagai Saksi?

Meskipun mereka tidak dianggap sebagai Saksi, mereka dialu-alukan untuk datang ke sidang. Kebanyakan daripada mereka menghadiri Peringatan kematian Kristus setiap tahun. Jumlah mereka dapat dianggarkan dengan melihat perbezaan antara jumlah hadirin Peringatan dengan jumlah Saksi. Pada tahun 2024, hadirin Peringatan berjumlah 21,119,442 orang.

Ada yang tidak menghadiri perjumpaan tetapi mereka mendapat manfaat daripada program pembelajaran Bible yang kami adakan secara percuma. Pada tahun 2024, secara purata sebanyak 7,480,146 pembelajaran Bible telah diadakan setiap bulan. Setiap pembelajaran Bible itu mungkin diadakan dengan satu orang atau lebih.

Mengapakah bilangan Saksi yang dilaporkan oleh kerajaan berbeza dengan bilangan Saksi yang kami laporkan?

Agensi pembancian kerajaan biasanya membuat bancian agama dengan menanya orang tentang agama yang dianuti oleh mereka. Contohnya, U.S. Census Bureau (Biro Pembancian A.S.) menjalankan tinjauan untuk “mengetahui sama ada orang yang dibanci menyertai agama tertentu atau tidak.” Biro itu mengakui bahawa hasil tinjauan itu sebenarnya “berdasarkan pandangan mereka terhadap diri sendiri dan bukannya kerana mereka benar-benar menyertai agama tersebut.” Sebaliknya, kami tidak mengira semua orang yang mengaku diri sebagai Saksi. Kami hanya mengira orang yang menginjil dan melaporkan aktiviti penyebarannya.

a Tahun aktiviti penyebaran bermula dari 1 September sehingga 31 Ogos tahun berikutnya. Contohnya, tahun aktiviti penyebaran 2015 bermula dari 1 September 2014 sehingga 31 Ogos 2015.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi