PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 54
  • Perlukah Ada Peraturan Di Rumah?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Perlukah Ada Peraturan Di Rumah?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pandangan yang betul
  • Berbincang dengan baik
  • Bagaimanakah Saya Dapat Bercakap kepada Ibu Bapa Saya tentang Peraturan Mereka?
    Kaum Muda Bertanya
  • Mengapakah Ibu Bapa Tidak Biarkan Saya Berseronok?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Boleh Membuat Ibu Bapa Yakin terhadap Saya?
    Kaum Muda Bertanya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 54
Seorang budak lelaki sedang mendengar kata-kata bapanya

KAUM MUDA BERTANYA

Perlukah Ada Peraturan Di Rumah?

Adakah kamu berasa susah untuk taat kepada peraturan di rumah? Rencana ini dan lembaran kerja yang disertakan akan membantu kamu untuk membincangkan hal itu dengan ibu bapamu.

  • Pandangan yang betul

  • Berbincang dengan baik

  • Pandangan remaja lain

Pandangan yang betul

Kononnya: Bila kamu tinggal sendiri, kamu akan bebas daripada peraturan.

Kenyataannya: Peraturan akan tetap ada walaupun kamu berpindah keluar dari rumah. Kamu masih perlu taat kepada seseorang, contohnya majikan, tuan rumah, atau pihak kerajaan. Danielle yang berumur 19 tahun berkata, “Saya rasa orang muda yang tidak mahu ikut peraturan di rumah tentu akan mengalami cabaran yang lebih besar apabila mereka tinggal sendiri.”

Bible menyatakan: “Patuh kepada kerajaan dan pihak berkuasa.” (Titus 3:1) Jika kamu selalu taat kepada peraturan ibu bapa, kamu akan lebih mudah menghadapi pelbagai cabaran apabila dewasa.

Apa yang dapat kamu lakukan: Cuba fikirkan manfaat peraturan-peraturan itu. “Peraturan ibu bapa saya bantu saya belajar untuk pilih kawan dengan bijak dan mengaturkan masa saya. Peraturan itu juga bantu saya supaya tidak terlalu banyak menonton TV dan bermain video game. Sebaliknya, saya dapat melakukan aktiviti yang lebih berguna dan yang saya sukai sampai sekarang,” kata seorang pemuda bernama Jeremy.

Berbincang dengan baik

Tetapi bagaimana pula jika peraturan yang dibuat ibu bapa kamu nampaknya tidak masuk akal? Contohnya, seorang wanita muda bernama Tamara berkata, “Ibu bapa saya benarkan saya melancong ke negara lain. Tapi bila saya balik ke rumah, mereka tidak benarkan saya memandu ke bandar yang jaraknya hanya 20 minit dari rumah!”

Pernahkah kamu berasa seperti itu? Jika ya, adakah salah untuk berbincang dengan ibu bapa kamu? Tidak! Yang penting, kamu tahu bila dan bagaimana untuk membincangkan hal itu.

Bila. “Jika kamu membuktikan bahawa kamu memang seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, barulah kamu layak berbincang dengan ibu bapa untuk mengubah peraturan mereka,” kata seorang remaja bernama Amanda.

Seorang gadis bernama Daria setuju dengan hal itu. Dia berkata, “Setelah ibu lihat bahawa saya selalu mentaatinya, barulah dia mahu mengubah peraturannya.” Ingatlah, kamu tidak boleh meminta orang lain untuk mempercayai kamu. Kamu harus membuktikan bahawa kamu memang boleh dipercayai.

Kapal terbang yang datang dari pelbagai arah ingin mendarat

Jika kamu tidak taat kepada peraturan ibu bapa, kamu seperti kapal terbang yang ingin mendarat di lapangan terbang tanpa mematuhi peraturan lalu lintas udara

Bible menyatakan: “Lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.” (Amsal 6:​20) Jika kamu mengikut nasihat ini, ibu bapa kamu akan lebih mempercayai kamu, dan kamu pun akan lebih mudah untuk berbincang dengan mereka.

Bagaimana. “Bercakaplah dengan cara yang hormat dan tenang, bukannya dengan merungut atau berteriak,” kata seorang pemuda bernama Steven.

Daria yang disebut tadi setuju dengan hal itu. Dia berkata, “Jika saya melawan, ibu tidak akan ubah peraturannya. Kadang-kadang, dia buat peraturannya lebih ketat.”

Bible menyatakan: “Orang bodoh menunjukkan kemarahan dengan terang-terang, tetapi orang bijak bersabar dan menahan kemarahan.” (Amsal 29:11) Jika kamu belajar untuk mengawal diri, kamu akan dapat banyak manfaat, bukan hanya di rumah, tetapi juga di sekolah, di tempat kerja, dan di mana-mana sahaja.

Apa yang dapat kamu lakukan: Fikirlah sebelum kamu bercakap. Jika kamu melampiaskan kemarahan kamu, reputasi kamu sebagai orang yang boleh dipercayai akan hancur. Itulah sebabnya Bible menyatakan, “Orang yang bertenang itu bijak.”​—Amsal 14:29.

Tip: Buatlah lembaran kerja yang disertakan, dan jika perlu bincanglah dengan ibu bapa kamu tentang topik ini.

Pandangan remaja lain

Kimberleigh

“Melalui peraturan, kamu dapat belajar menghormati orang lain dan mengawal diri. Sifat-sifat ini sangat penting bila kamu dewasa. Tanpa peraturan, hidup saya tiada hala tujuan dan saya tidak akan ada pendirian sendiri.”​—Kimberleigh.

Kaley

“Setiap kali saya fikir peraturan ibu bapa saya tidak adil, biasanya hal itu kerana saya mahu lakukan sesuatu yang salah atau saya telah membuat mereka hilang kepercayaan terhadap saya. Sekarang, saya sedar peraturan itu untuk kebaikan saya.”​—Kaley.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi