PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwfq rencana 54
  • Apakah Pandangan Saksi-Saksi Yehuwa Tentang Perceraian?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Pandangan Saksi-Saksi Yehuwa Tentang Perceraian?
  • Soalan Lazim
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa menghulurkan bantuan kepada pasangan yang menghadapi masalah dalam perkahwinan?
  • Adakah seorang Saksi perlu mendapat keizinan para penatua dalam sidang untuk bercerai?
  • Apakah pandangan Saksi-Saksi Yehuwa tentang perpisahan?
  • Jika Rumah Tangga Hampir Runtuh
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • Pandangan Bible tentang Perceraian dan Perpisahan
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Menghormati Aturan Tuhan bagi Perkahwinan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Berusahalah untuk Mengukuhkan Perkahwinan Anda
    Menara Pengawal—2012
Lihat Selanjutnya
Soalan Lazim
ijwfq rencana 54
Sekeping gambar perkahwinan terkoyak separuh

Apakah Pandangan Saksi-Saksi Yehuwa tentang Perceraian?

Kami berpegang teguh pada pandangan Bible terhadap perkahwinan dan perceraian. Tuhan telah mengasaskan perkahwinan sebagai satu ikatan kekal antara seorang lelaki dan seorang wanita. Perbuatan seks yang tidak bermoral ialah satu-satunya dasar dalam Bible yang membenarkan seseorang bercerai.​—Matius 19:​5, 6, 9.

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa menghulurkan bantuan kepada pasangan yang menghadapi masalah dalam perkahwinan?

Ya, melalui beberapa cara:

  • Bahan bacaan. Bahan bacaan kami mengandungi rencana-rencana yang dapat mengukuhkan dan menyelamatkan perkahwinan yang dirundung masalah besar. Sebagai contoh, sila rujuk kepada rencana “Mempertahankan Komitmen Dalam Perkahwinan,” “Bagaimana agar Bisa Memaafkan,” dan “Membangun Kembali Kepercayaan.” (Semua rencana ini terdapat dalam bahasa Indonesia.)

  • Perjumpaan. Kami membincangkan nasihat Bible yang praktikal tentang perkahwinan semasa perjumpaan sidang, perhimpunan, dan konvensyen kami.

  • Para penatua. Para penatua di sidang membantu pasangan suami isteri secara peribadi dengan memberi nasihat berdasarkan ayat-ayat Bible, contohnya Efesus 5:​22-​25.

Adakah seorang Saksi perlu mendapat keizinan para penatua dalam sidang untuk bercerai?

Tidak. Walaupun para penatua diminta untuk membantu sepasang suami isteri yang menghadapi masalah perkahwinan, mereka tidak berhak membuat keputusan untuk pasangan tersebut. (Galatia 6:5) Namun, seseorang yang bercerai tanpa alasan berdasarkan prinsip Bible tidak bebas untuk berkahwin semula.​—1 Timotius 3:​1, 5, 12.

Apakah pandangan Saksi-Saksi Yehuwa tentang perpisahan?

Bible menggalakkan pasangan suami isteri untuk tetap hidup bersama walaupun menghadapi keadaan yang mencabar. (1 Korintus 7:​10-​16) Suami isteri dapat mengatasi banyak masalah dengan berdoa bersungguh-sungguh, menerapkan prinsip Bible, dan saling menunjukkan kasih.​—1 Korintus 13:​4-8; Galatia 5:​22.

Namun, sesetengah orang Kristian telah memilih untuk berpisah dengan teman hidup mereka kerana keadaan yang sangat teruk seperti yang berikut:

  • Enggan menyara keluarga.​—1 Timotius 5:8.

  • Penderaan fizikal yang teruk.​—Mazmur 11:5.

  • Seorang Saksi mungkin dipaksa oleh teman hidup untuk melanggar hukum Tuhan, dan dia berasa bahawa berpisah adalah satu-satunya cara agar dia dapat “mematuhi Tuhan sebagai pemerintah dan bukannya manusia.”​—Kisah 5:​29.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi