PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 74
  • Apakah yang Dapat Saya Lakukan agar Tidak Terlalu Keletihan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Dapat Saya Lakukan agar Tidak Terlalu Keletihan?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa berlaku
  • Apa kesannya
  • Apa yang dapat kamu lakukan
  • Cadangan Penyampaian
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bagaimanakah Saya Dapat Tidur Secukupnya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Menggunakan Masa dengan Bijak?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimanakah Saya Dapat Belajar dari Rumah dengan Efektif?
    Kaum Muda Bertanya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 74
Seorang pemuda menjadi keletihan akibat teknologi, sukan, rekreasi, dan kerja sekolah

KAUM MUDA BERTANYA

Apakah yang Dapat Saya Lakukan agar Tidak Terlalu Keletihan?

Adakah kamu sering berasa letih? Jika ya, rencana ini dapat membantu kamu!

  • Mengapa berlaku

  • Apa kesannya

  • Apa yang dapat kamu lakukan

  • Pandangan remaja lain

Mengapa berlaku

  • Memikul banyak beban. Seorang kaum muda yang bernama Julie berkata, “Dalam setiap aspek kehidupan, kita disuruh untuk buat yang terbaik, selalu membuat kemajuan, menetapkan matlamat yang lebih tinggi, dan mendapatkan pencapaian yang lebih baik. Sangat susah untuk sentiasa menghadapi tekanan sedemikian!”

  • Teknologi. Setiap hari, kita menggunakan telefon bimbit, tablet, dan alat elektronik untuk masa yang sangat panjang. Hal ini dapat membuat kita menjadi tertekan dan lambat-laun kita akan kehabisan tenaga.

  • Kurang tidur. Seorang gadis muda yang bernama Miranda berkata, “Kebanyakan kaum muda bangun awal pagi tetapi tidur lewat kerana perlu bersekolah, kerja, dan berekreasi. Tabiat sebegini tidak baik bagi mereka.” Hal ini boleh membuat kita menjadi letih lesu.

Apa kesannya

Bible memuji orang yang rajin. (Amsal 6:​6-8; Roma 12:11) Namun, Bible tidak berkata bahawa seseorang harus mengutamakan kerjanya sehingga mengabaikan hal-hal lain dalam kehidupan, misalnya kesihatan.

“Pernah sekali saya terlampau sibuk melakukan tugas-tugas saya sepanjang hari sehingga saya terlupa untuk makan. Semenjak itu, saya belajar bahawa saya tidak seharusnya menerima setiap tugasan sampai mengabaikan kesihatan sendiri.”​—Ashley.

Bible berkata, “Anjing yang hidup lebih baik daripada singa yang mati.” (Pengkhutbah 9:4) Pada mulanya, kamu mungkin berasa seperti singa yang penuh dengan tenaga kerana kamu dapat melakukan begitu banyak perkara. Namun, jika kamu terlalu letih, kesihatan kamu akan terjejas.

Apa yang dapat kamu lakukan

  • Belajarlah untuk berkata, “Tidak.” Bible berkata, “Kebijaksanaan ada pada orang yang rendah hati.” (Amsal 11:2) Orang yang rendah hati sedar akan keterbatasan mereka dan tidak akan menerima tugas yang tidak dapat dilakukan.

    “Orang yang tidak tahu berkata ‘tidak,’ dan cuba menerima semua tugasan yang diberikan sangat mudah kehabisan tenaga. Orang sebegini tidak rendah hati. Lambat-laun, dia akan keletihan.”​—Jordan.

  • Mendapatkan rehat yang secukupnya. Bible berkata, “Segenggam rehat lebih baik daripada dua genggam kerja keras dan usaha mengejar angin.” (Pengkhutbah 4:6) Tidur adalah penting untuk kecerdasan otak. Kaum muda perlu tidur selama lapan hingga sepuluh jam. Namun kebanyakan pemuda pemudi tidak memiliki tidur yang secukupnya.

    “Biasanya saya kurang tidur apabila jadual saya terlalu padat. Tetapi sebenarnya saya memerlukan lebih banyak masa untuk tidur supaya saya dapat bekerja dengan lebih berkesan dan gembira pada keesokan harinya.”—Brooklyn.

  • Menetapkan jadual. Bible berkata, “Rancangan yang dibuat dengan teliti pasti membawa kejayaan.” (Amsal 21:5) Hidup kamu akan lebih teratur jika kamu tahu untuk mengatur masa dan aktiviti dengan baik.

    “Kita memerlukan jadual supaya tidak menjadi terlalu tertekan. Dengan adanya jadual, kamu akan lebih senang membuat perubahan yang diperlukan agar tidak menjadi terlalu letih.”​—Vanessa.

Pandangan remaja lain

Gianna

“Sesetengah orang keletihan kerana mereka ingin mendapat lebih banyak wang. Tetapi 1 Timotius 6:8 menggalakkan kita untuk berpuas hati dengan keperluan asas kita. Hal ini merupakan peringatan yang bagus bagi kita untuk tetap hidup sederhana dan tidak mengejar hal-hal yang tidak diperlukan.”​—Gianna.

Waylon

“Jadual mingguan membawa banyak manfaat bagi saya. Dahulu sebelum memiliki jadual, saya sering menerima tugas yang diberikan, walaupun sebenarnya saya tidak dapat menangani semuanya. Akibatnya, saya menjadi tertekan dan tidak dapat membuat tugasan dengan baik.”​—Waylon.

Kara

“Kamu mungkin berasa bahawa kamu harus terima setiap jemputan agar dapat bergembira. Namun hal itu tidak benar. Kamu akan lebih gembira dan tidak terlalu letih jika kamu memiliki masa untuk diri sendiri.”​—Kara.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi