PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 144
  • Apakah Pandangan Bible Mengenai Pembakaran Mayat?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Pandangan Bible Mengenai Pembakaran Mayat?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Tanggapan yang salah mengenai pembakaran mayat
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal—2014
  • Apakah Harapan bagi Orang Mati?
    Berita Baik daripada Tuhan!
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 144
Bekas simpan abu mayat di sebelah gambar si mati

Apakah Pandangan Bible Mengenai Pembakaran Mayat?

Jawapan Bible

Bible tidak memberikan arahan yang spesifik mengenai amalan membakar mayat. Tiada perintah dalam Bible yang mengatakan bahawa mayat harus dikebumikan atau dibakar.

Bible mencatatkan kisah tentang hamba setia Tuhan yang mengebumikan orang yang telah mati. Contohnya, Abraham berusaha mencari tempat pengebumian yang sesuai untuk mengebumikan isterinya, Sara.​—Kejadian 23:​2-​20; 49:29-​32.

Bible juga menyebut tentang individu-individu yang setia yang telah membakar jasad orang mati. Contohnya, selepas Raja Saul dari Israel dan tiga orang anak lelakinya terbunuh di medan perang, mayat mereka terbiar di kawasan musuh dan diperlakukan dengan hina. Apabila pahlawan-pahlawan Israel yang setia mendengar tentang hal itu, mereka mengambil kembali mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya, membakar mayat-mayat itu, dan kemudian mengebumikan tulang mereka. (1 Samuel 31:​8-​13) Catatan Bible menunjukkan bahawa inilah cara yang sesuai untuk mengendalikan mayat mereka.​—2 Samuel 2:​4-6.

Tanggapan yang salah mengenai pembakaran mayat

Tanggapan yang salah: Pembakaran mayat tidak menunjukkan hormat terhadap si mati.

Kebenaran: Bible mengatakan bahawa orang yang mati akan kembali ke tanah, hal ini berlaku apabila mayat terurai secara semula jadi. (Kejadian 3:​19) Pembakaran mayat mempercepatkan proses ini kerana mayat terus menjadi abu.

Tanggapan yang salah: Pada zaman Bible, hanya orang yang tidak diperkenankan Tuhan dibakar selepas mati.

Kebenaran: Mayat sesetengah orang yang tidak setia, seperti Akhan dan keluarganya, telah dibakar. (Yosua 7:​25) Namun, ini tidak bermakna bahawa semua mayat orang jahat mesti dibakar. (Ulangan 21:22, 23) Bible juga ada sebut tentang pembakaran mayat orang yang setia, seperti Yonatan, iaitu anak lelaki Raja Saul yang disebut tadi.

Tanggapan yang salah: Tuhan tidak dapat membangkitkan seseorang jika mayatnya dibakar.

Kebenaran: Tidak kira mayat seseorang dikebumikan, dibakar, tenggelam di laut, atau dibaham oleh binatang buas, Tuhan pasti dapat membangkitkan orang tersebut. (Wahyu 20:13) Tuhan yang Maha Kuasa boleh mencipta tubuh yang baharu bagi orang yang telah mati.​—1 Korintus 15:35, 38.

Pembakaran atau Pengebumian? Mana yang Lebih Baik?

Semasa memutuskan bagaimana mengendalikan jasad orang mati, pertimbangkan faktor-faktor berikut:

  • Kehendak si mati. Bible mencatatkan kisah tentang ahli keluarga yang menurut kehendak seseorang mengenai cara mengendalikan jenazahnya setelah dia meninggal.—​Kejadian 50:​4, 5; Keluaran 13:19.

  • Adat resam tempatan. Adat biasanya mempengaruhi cara jenazah dikendalikan. (Yohanes 19:40) Contohnya, pada zaman Bible, orang mati biasanya dikebumikan. (Kejadian 49:31; 1 Samuel 28:3) Hari ini, seseorang boleh memilih untuk mengendalikan jenazah mengikut adat resam tempatan, asalkan adat itu tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Bible.

  • Tuntutan undang-undang. Bible menggalakkan kita supaya taat kepada pihak berkuasa. (Roma 13:1) Di sesetengah kawasan, pihak berkuasa menentukan undang-undang mengenai cara mengendalikan jasad orang mati. Contohnya, jika mayat dibakar, pihak berkuasa mungkin menetapkan peraturan yang menentukan di mana abu mayat boleh ditaburkan.

  • Perasaan orang lain. Bible menggalakkan kita untuk menjaga kepentingan orang lain. (Filipi 2:4) Semasa membuat keputusan tentang cara mengendalikan jenazah, kita boleh fikirkan soalan-soalan seperti: Apakah perasaan ahli keluarga yang lain tentang pembakaran atau pengebumian mayat? Apakah pandangan orang tempatan tentang hal ini?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi