PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 149
  • Apakah Maksud Sebenar “Mata Ganti Mata”?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Maksud Sebenar “Mata Ganti Mata”?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah tujuan perintah “mata ganti mata”?
  • Adakah orang Kristian masih mengamalkan perintah “mata ganti mata”?
  • Tanggapan yang salah tentang perintah “mata ganti mata”
  • Adakah Mata Anda Terang?
    Kerja Teokratik Kita—2010
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 149
Mata seorang lelaki

Apakah Maksud Sebenar “Mata Ganti Mata”?

Jawapan Bible

Perintah “mata ganti mata” merupakan sebahagian daripada Hukum Tuhan yang diberi kepada bangsa Israel kuno melalui Musa, dan Yesus juga pernah menyebut tentang perintah ini semasa Ceramah Di Atas Gunung. (Matius 5:​38; Keluaran 21:24, 25; Ulangan 19:21) Perintah ini bertujuan untuk memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pesalah setimpal dengan perbuatannya.a

Perintah ini digunakan apabila seseorang mencederakan orang lain dengan sengaja. Hukuman bagi orang tersebut menurut Hukum Musa ialah: “Tulang harus diganti dengan tulang, mata harus diganti dengan mata, dan gigi harus diganti dengan gigi. Ya, apa sahaja yang dilakukan seseorang sehingga mencederakan orang lain, mesti juga dilakukan terhadapnya.”​—Imamat 24:20.

  • Apakah tujuan perintah “mata ganti mata”?

  • Adakah orang Kristian masih mengamalkan perintah “mata ganti mata”?

  • Tanggapan yang salah tentang perintah “mata ganti mata”

  • Yesus membetulkan pandangan yang salah

Apakah tujuan perintah “mata ganti mata”?

Perintah “mata ganti mata” tidak mengizinkan seseorang untuk membalas dendam. Sebaliknya, perintah ini membantu para hakim yang terlantik untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan pesalah, supaya hukuman tersebut tidak terlalu berat atau terlalu ringan.

Perintah ini juga dapat mencegah seseorang yang berniat jahat daripada mencederakan orang lain secara sengaja. Hukum Tuhan menjelaskan, “Kemudian semua orang akan mendengar hal itu [pelaksanaan hukuman menurut Hukum Tuhan] dan mereka akan menjadi takut. Dengan itu, tiada seorang pun antara mereka yang akan melakukan perkara jahat seperti itu lagi dalam kalangan kamu.”​—Ulangan 19:20.

Adakah orang Kristian masih mengamalkan perintah “mata ganti mata”?

Tidak, orang Kristian tidak lagi tertakluk kepada perintah ini. Perintah ini adalah sebahagian daripada Hukum Musa yang sudah dibatalkan setelah Yesus mengorbankan nyawanya.​—Roma 10:4.

Meskipun demikian, perintah ini membantu kita memahami fikiran Tuhan. Contohnya, perintah ini menunjukkan bahawa Tuhan mementingkan keadilan. (Mazmur 89:14) Perintah ini juga menyatakan piawaian keadilan Tuhan. Tuhan mendisiplinkan orang yang berbuat salah “dengan saksama.”​—Yeremia 30:11.

Tanggapan yang salah tentang perintah “mata ganti mata”

Tanggapan yang salah: Perintah “mata ganti mata” terlalu ekstrem.

Kebenaran: Perintah ini sebenarnya tidak membenarkan hukuman yang kejam dijatuhkan ke atas orang yang bersalah. Sebaliknya, apabila para hakim yang berkelayakan mengikuti perintah ini, mereka akan menyiasat dengan teliti dan mengenalpasti sama ada kesalahan dilakukan dengan sengaja sebelum menjatuhkan hukuman yang sesuai. (Keluaran 21:28-​30; Bilangan 35:22-​25) Jadi, peraturan “mata ganti mata” dapat mencegah hukuman yang terlalu ekstrem.

Tanggapan yang salah: Perintah “mata ganti mata” menghasilkan lingkaran balas dendam yang tidak berkesudahan.

Kebenaran: Hukum Musa menyatakan, “Jangan balas dendam dan jangan menaruh dendam terhadap orang lain.” (Imamat 19:18) Hukum Tuhan menggalakkan orang untuk percaya kepada Tuhan dan sistem perundangan yang telah ditetapkan-Nya untuk menegakkan keadilan, dan bukannya membalas dendam mengikut cara sendiri.​—Ulangan 32:35.

Yesus membetulkan pandangan yang salah

Yesus tahu bahawa sesetengah orang telah menyalahtafsirkan perintah “mata ganti mata.” Yesus membetulkan mereka apabila dia berkata, “Kamu sudah mendengar ajaran ini: ‘Mata ganti mata dan gigi ganti gigi.’ Namun aku memberitahu kamu: Jangan melawan orang yang jahat. Jika seseorang menampar pipi kananmu, biarlah dia menampar pipi kirimu juga.”​—Matius 5:​38, 39.

Perhatikan bahawa Yesus menggunakan ungkapan “kamu sudah mendengar ajaran ini.” Yesus sebenarnya sedang merujuk kepada sesetengah pemimpin agama Yahudi yang telah menggalakkan perbuatan membalas dendam. Seorang cendekiawan Bible yang bernama Adam Clarke berkata, “Nampaknya, orang Yahudi telah menjadikan perintah ini [mata ganti mata] . . . sebagai asas untuk menyimpan dendam, dan juga segala macam perbuatan yang didorong oleh sifat balas dendam.” Para pemimpin agama telah memutarbelitkan tujuan asal Hukum Tuhan dengan menggalakkan semangat balas dendam.​—Markus 7:​13.

Sebaliknya, Yesus menekankan bahawa asas Hukum Tuhan adalah kasih. Dia berkata, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu . . .’ Inilah hukum pertama dan hukum yang terpenting. Hukum kedua, yang hampir sama dengannya ialah ‘Kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri. Seluruh Hukum dan Ajaran Para Nabi didasarkan pada kedua-dua hukum ini.” (Matius 22:37-​40) Yesus mengajarkan bahawa pengikut sejatinya akan dikenali melalui sifat kasih mereka, dan bukannya sifat balas dendam.​—Yohanes 13:34, 35.

a Prinsip perundangan ini ada kalanya disebut sebagai lex talionis dalam Bahasa Latin, dan sesetengah masyarakat kuno juga mengamalkan prinsip ini dalam sistem perundangan mereka.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi