PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 155
  • Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Perbuatan Memberi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Perbuatan Memberi?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Bilakah perbuatan memberi membawa manfaat?
  • Bilakah perbuatan memberi tidak bermanfaat?
  • Sifat Suka Memberi Membawa Berkat
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Berbahagialah Orang yang Murah Hati
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Mencari Hadiah yang Terbaik
    Menara Pengawal (Umum)—2017
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 155
Seorang lelaki memegang sebuah kotak hadiah

Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Perbuatan Memberi?

Jawapan Bible

Bible menggalakkan orang untuk memberi dengan rela hati dan dengan niat hati yang betul. Perbuatan memberi membawa manfaat kepada penerima dan pemberi. (Amsal 11:25; Lukas 6:​38) Yesus berkata, “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”​—Kisah 20:35.

  • Bilakah perbuatan memberi membawa manfaat?

  • Bilakah perbuatan memberi tidak bermanfaat?

  • Ayat-ayat Bible tentang perbuatan memberi

Bilakah perbuatan memberi membawa manfaat?

Perbuatan memberi membawa manfaat apabila seseorang memberi dengan rela hati. Bible menyatakan, “Hendaklah setiap orang melakukan apa yang telah diputuskan dalam hati masing-masing. Janganlah melakukannya dengan berat hati atau secara terpaksa, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.”​—2 Korintus 9:7.

Perbuatan memberi dengan ikhlas ialah sebahagian daripada ibadat kita. (Yakobus 1:​27) Maka seseorang yang memberikan bantuan kepada orang yang memerlukannya sedang bekerjasama dengan Tuhan. Perbuatan ini sama seperti memberikan pinjaman kepada Tuhan. (Amsal 19:17) Bible menyatakan bahawa Tuhan sendiri akan membalas kebaikan pemberi itu.​—Lukas 14:12-​14.

Bilakah perbuatan memberi tidak bermanfaat?

Apabila seseorang tidak memberi dengan ikhlas. Contohnya:

  • Supaya dipuji orang lain.​—Matius 6:2.

  • Untuk menerima balasan.​—Lukas 14:12-14.

  • Untuk membeli penyelamatan atau mendapat berkat Tuhan.​—Mazmur 49:6, 7.

Apabila seseorang menyokong kegiatan atau sikap yang dikutuk Tuhan. Contohnya, adalah salah untuk memberikan wang kepada seseorang agar dia dapat berjudi, atau menyalahgunakan dadah atau minuman keras. (1 Korintus 6:​9, 10; 2 Korintus 7:1) Begitu juga, adalah salah untuk memberikan wang kepada seseorang yang mampu menyara diri tetapi malas.​—2 Tesalonika 3:​10.

Apabila seseorang mengetepikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuhan kepadanya. Bible mengajarkan bahawa kepala keluarga mesti menampung kehidupan keluarganya. (1 Timotius 5:8) Maka dia tidak patut asyik memberi kepada orang lain sehingga mengabaikan keperluan keluarganya. Begitu juga, Yesus mengutuk orang yang enggan menjaga keperluan ibu bapa mereka dengan mendakwa bahawa semua harta mereka ialah “persembahan yang dikhaskan untuk Tuhan.”​—Markus 7:​9-​13.

Ayat-ayat Bible tentang perbuatan memberi

Amsal 11:25: “Orang yang murah hati akan menjadi makmur, dan orang yang menyegarkan orang lain akan disegarkan.”

Maksudnya: Perbuatan memberi membawa manfaat kepada pemberi dan penerima.

Amsal 19:17: “Menunjukkan kebaikan kepada orang miskin sama seperti memberikan pinjaman kepada Yehuwa; Tuhan sendiri akan membalas kebaikan orang yang berbuat demikian.”

Maksudnya: Di mata Tuhan, orang yang memberikan bantuan kepada orang yang memerlukannya sama seperti memberikan pinjaman kepada Tuhan, dan Dia berjanji untuk membalas kebaikan pemberi itu.

Matius 6:2: “Semasa kamu membuat kebajikan, janganlah kamu meniup trompet untuk menarik perhatian, seperti yang dilakukan oleh orang yang bermuka dua . . . supaya dipuji orang.”

Maksudnya: Kita tidak patut memberi kerana ingin menarik perhatian orang lain.

Kisah 20:35: “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”

Maksudnya: Orang yang memberi dengan ikhlas akan bersukacita.

2 Korintus 9:7: “Hendaklah setiap orang melakukan apa yang telah diputuskan dalam hati masing-masing. Janganlah melakukannya dengan berat hati atau secara terpaksa, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.”

Maksudnya: Tuhan senang hati dengan orang yang memberi dengan rela hati.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi