PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwhf rencana 7
  • Cara untuk Membantu Anak Anda Menghadapi Kegagalan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara untuk Membantu Anak Anda Menghadapi Kegagalan
  • Bantuan untuk Keluarga
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang perlu anda ketahui
  • Apa yang dapat anda lakukan
  • Cara Memupuk Ketabahan
    Sedarlah!—2019
  • Ibu Bapa—Bantulah Anak Anda Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Ibu Bapa—Latihlah Anak Anda untuk Mengasihi Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Cara Mendidik Anak Anda
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
Lihat Selanjutnya
Bantuan untuk Keluarga
ijwhf rencana 7
Seorang ibu melegakan hati anak perempuannya yang mendapat markah yang rendah

BANTUAN UNTUK KELUARGA

Cara untuk Membantu Anak Anda Menghadapi Kegagalan

Anak-anak anda pasti akan menghadapi kekecewaan atau kegagalan dalam hidup mereka. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka untuk menghadapi kegagalan?

  • Apa yang perlu anda ketahui

  • Apa yang dapat anda lakukan

Apa yang perlu anda ketahui

Kegagalan ialah sebahagian daripada hidup. Bible menyatakan bahawa “kita semua sering berbuat silap.” (Yakobus 3:2) Kanak-kanak juga tidak terkecuali. Tetapi kegagalan dapat mengajar kita cara untuk bertabah dan memupuk kecekalan. Kanak-kanak tidak lahir dengan sifat-sifat ini. “Daripada pengalaman kami, saya dan suami saya tahu bahawa jika anak-anak kami menghadapi kegagalan atau kekecewaan, adalah lebih baik jika mereka belajar untuk menanganinya daripada berpura-pura seolah-olah hal itu tidak berlaku,” kata seorang ibu yang bernama Laura. “Mereka belajar untuk bertabah jika sesuatu tidak berlaku menurut keinginan mereka.”

Banyak kanak-kanak tidak pandai menangani kegagalan. Sesetengah kanak-kanak tidak pandai menangani kegagalan kerana ibu bapa mereka tidak mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas kesilapan mereka. Contohnya, jika seorang budak mendapat markah yang rendah, ibu bapanya terus menyalahkan guru. Jika dia bergaduh dengan budak yang lain, ibu bapanya terus menyalahkan budak yang seorang lagi.

Sebenarnya, kanak-kanak tidak akan belajar untuk bertanggungjawab atas kesilapan mereka jika ibu bapa mereka selalu melindungi mereka daripada kesan buruk perbuatan mereka.

Seorang gadis dibantu secara beransur-ansur untuk menangani masalah di sekolah

Apa yang dapat anda lakukan

  • Ajar anak anda bahawa setiap tindakan akan ada kesannya.

    Bible menyatakan, “Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya.”—Galatia 6:7.

    Kanak-kanak harus diajar bahawa setiap tindakan atau keputusan mereka pasti akan ada kesannya. Jika kita merosakkan harta milik orang lain, kita harus membayar pampasan. Jika kita melakukan kesilapan, kita harus menanggung akibatnya. Jadi jangan menyalahkan orang lain atau mencari alasan untuk membela anak anda. Sebaliknya, sesuai dengan umur mereka, biar mereka untuk merasai kesan buruk perbuatan mereka. Kemudian bantu mereka untuk melihat dengan jelas bahawa tindakan mereka akan ada kesannya.

  • Bantu anak anda untuk mencari penyelesaian.

    Prinsip Bible: “Orang baik mungkin jatuh tujuh kali, namun dia akan bangun semula.”—Amsal 24:16.

    Kegagalan ialah pengalaman yang pahit, tetapi kegagalan bukanlah akhir segala-galanya. Apabila situasi yang nampaknya tidak adil berlaku, bantulah anak anda untuk mencari penyelesaian dan bukannya menyalahkan orang lain. Sebagai contoh, jika anak lelaki anda gagal dalam peperiksaan, bantulah dia untuk melihat bagaimana dia dapat belajar dengan lebih tekun supaya memperoleh markah yang lebih baik pada masa akan datang. (Amsal 20:4) Jika anak perempuan anda ada perselisihan faham dengan kawannya, tidak kira siapa yang salah, bantu dia mengambil langkah pertama untuk berbaik semula dengan kawannya.—Roma 12:18; 2 Timotius 2:24.

  • Bantu anak anda untuk memupuk sikap rendah hati.

    Prinsip Bible: “Aku memberitahu kamu semua agar tidak menganggap diri kamu lebih daripada yang sepatutnya.”—Roma 12:3.

    Jangan berkata kepada anak anda bahawa dia lebih baik daripada orang lain. Hal itu tidak akan membantu dia menangani kegagalan. Mengapa? Budak yang paling pandai pun tidak akan mendapat markah penuh untuk semua mata pelajarannya, atau budak yang pandai bersukan tidak akan menjadi juara dalam setiap pertandingan. Kanak-kanak yang rendah hati dapat menangani kegagalan dan kekecewaan dalam hidup dengan lebih baik.

    Bible menyatakan bahawa masalah dapat membuat kita menjadi lebih cekal dan membantu kita memupuk ketabahan. (Yakobus 1:2-4) Biarpun kegagalan memedihkan hati, anda dapat menggunakan kegagalan yang dihadapi oleh anak anda untuk membantunya memupuk sifat-sifat yang baik.

    Mengajar anak-anak apa jua kemahiran mengambil masa dan tenaga. Begitu juga, mengajar anak anda untuk memupuk ketabahan memerlukan masa dan tenaga. Tetapi anda akan melihat kesan baik usaha anda semasa anak anda meningkat remaja. Buku Letting Go With Love and Confidence menyatakan, “Remaja yang sudah mempelajari kemahiran untuk menangani masalah barangkali tidak akan mengambil jalan pintas walaupun terdesak.” Buku itu juga menyatakan bahawa remaja yang pandai menangani masalah akan senang menyesuaikan diri dengan situasi dan pengalaman yang baharu. Sudah tentu hal ini akan terus membantu mereka semasa mereka meningkat dewasa.

Tip: Tetapkan teladan yang baik. Ingatlah bahawa cara anda menangani kekecewaan dalam hidup akan dilihat oleh anak anda dan mereka juga akan menangani kekecewaan dalam cara yang sama.

Ulang kaji: Cara untuk Membantu Anak Anda Menghadapi Kegagalan

  1. Ajar anak anda bahawa setiap tindakan akan ada kesannya.

  2. Bantu anak anda untuk mencari penyelesaian.

  3. Bantu anak anda untuk memupuk sikap rendah hati.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi