PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 91
  • Bagaimana jika Saya Tidak Diterima oleh Orang Lain?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimana jika Saya Tidak Diterima oleh Orang Lain?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapakah orang mahu diterima?
  • Apa yang perlu kamu ketahui
  • Patutkah Saya Meluaskan Lingkungan Persahabatan Saya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Mengapakah Ibu Bapa Tidak Biarkan Saya Berseronok?
    Kaum Muda Bertanya
  • Kenapa Saya Tiada Kawan?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bagaimana jika Saya Tidak Mahu Hidup Lagi?
    Kaum Muda Bertanya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 91
Seorang budak duduk bersendirian kerana dia tidak diterima oleh orang lain

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimana jika Saya Tidak Diterima oleh Orang Lain?

“Kamu harus diterima oleh orang lain. Kalau tidak, kamu tidak akan ada kawan, hidup kamu akan bosan, dan kamu tidak akan mempunyai masa depan.”—Carl.

Kamu mungkin berasa kata-kata itu dilebih-lebihkan. Namun ada sesetengah orang akan buat apa saja agar diterima oleh orang lain. Bagaimana pula dengan kamu? Rencana ini dapat membantu kamu mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

  • Mengapakah orang mahu diterima?

  • Apa yang perlu kamu ketahui

  • Pandangan remaja lain

Mengapakah orang mahu diterima?

  • Tidak mahu berasa diabaikan. “Di media sosial, saya nampak foto rakan sekolah yang keluar beramai-ramai tanpa menjemput saya. Selepas itu, saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan diri saya sehingga orang lain tidak menjemput saya. Adakah saya tidak cukup baik untuk menjadi kawan mereka? Saya sangat bingung.”—Natalie.

    CUBA RENUNGKAN: Pernah kamu berasa diabaikan? Jika ya, apakah yang telah kamu lakukan agar diterima oleh rakan sekolah kamu?

  • Tidak mahu kelihatan berbeza. “Ibu bapa saya tidak mengizinkan saya untuk mempunyai telefon bimbit sendiri. Budak lain selalu terkejut semasa mereka tahu saya tiada telefon sendiri. Mereka berkata, ‘Apa? Berapa umur kamu?’ Semasa saya memberitahu mereka saya berumur 13 tahun, mereka memandang saya dengan muka kasihan.”—Mary.

    CUBA RENUNGKAN: Apakah peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa kamu yang membuat kamu kelihatan berbeza daripada orang lain? Apakah yang telah kamu lakukan?

  • Tidak mahu dibuli. “Budak di sekolah tidak suka pelajar yang kelihatan berbeza, bercakap dalam cara yang berbeza, atau mempunyai agama yang berbeza. Jika kamu lain daripada mereka, kamu akan menjadi sasaran mereka.”—Olivia.

    CUBA RENUNGKAN: Pernahkah kamu dilayan dengan buruk kerana kamu berbeza daripada orang di sekitar kamu? Apakah yang telah kamu lakukan?

  • Tidak mahu kehilangan kawan. “Saya mengubah keperibadian saya supaya diterima orang. Saya akan bercakap seperti mereka, ikut ketawa biarpun sesuatu tidak lucu, dan ikut mengejek orang lain biarpun saya tahu hal itu tidak baik.”—Rachel.

    CUBA RENUNGKAN: Seberapa pentingkah bagi kamu untuk disukai oleh rakan sebaya kamu? Pernahkah kamu mengubah keperibadian kamu supaya diterima oleh mereka?

Apa yang perlu kamu ketahui

  • Orang akan tahu jika kamu hanya berpura-pura. Orang lain selalunya tahu sama ada kamu ikhlas atau tidak. Brian yang berumur 20 tahun berkata, “Makin saya berpura-pura agar diterima oleh rakan sekolah, makin saya tidak diterima oleh mereka. Saya mendapati bahawa adalah lebih baik jika saya tidak mengikut gaya orang lain kerana akhirnya hal itulah yang membuat orang lain menjauhi saya.”

    PENDEKATAN YANG LEBIH BAIK: Kamu harus tahu keutamaan kamu. Bible menyatakan, ‘Kenal pasti perkara-perkara yang lebih penting.’ (Filipi 1:10) Jadi tanyalah diri kamu, “Apakah yang lebih penting—diterima oleh orang lain atau mempunyai pendirian sendiri?”

    “Tiada gunanya jika kamu cuba berpura-pura menjadi orang lain. Orang lain bukannya akan lebih menyukai kamu, dan kamu pun tidak akan menjadi orang yang lebih baik.”—James.

  • Kamu akan kehilangan identiti diri jika kamu asyik mahu diterima orang. Kamu akan jadi orang yang terlampau suka menyenangkan hati orang dan akan terikut-ikut dengan keinginan mereka. Seorang pemuda yang bernama Jeremy berkata, “Dulu, saya rela buat apa saja agar saya diterima oleh orang lain. Saya bahkan sanggup menggadaikan reputasi saya. Saya mengizinkan mereka untuk mengawal saya sehingga saya menjadi boneka mereka.”

    PENDEKATAN YANG LEBIH BAIK: Jangan jadi seperti kameleon yang bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. Sebaliknya, kamu harus memiliki pendirian sendiri. Bible menasihati kita, “Jangan terikut-ikut dengan orang ramai.”—Keluaran 23:2.

    “Saya cuba untuk menyukai semua hal yang disukai mereka, termasuk muzik, permainan, pakaian, wayang, cara bersolek . . . Saya betul-betul mahu diterima. Sedihnya, mereka tahu bahawa saya sedang berpura-pura, dan saya pun sedar akan hal itu. Selepas itu, saya rasa lebih keseorangan dan kesunyian. Saya kehilangan identiti diri dan bahkan tidak kenal diri sendiri. Daripada pengalaman itu, saya belajar bahawa bukan semua orang akan menerima kamu atau menyukai kamu. Tapi hal itu tidak bermaksud bahawa kamu tidak dapat mencari kawan baru. Kamu memerlukan masa agar kamu dapat menjadi lebih matang dari segi emosi.”—Melinda.

  • Kamu senang dipengaruhi jika kamu asyik mahu diterima orang. Seorang pemuda yang bernama Chris berkata bahawa hal ini telah berlaku kepada sepupunya. Chris berkata, “Dia mula melakukan hal-hal yang salah. Contohnya, dia mula mengambil dadah semata-mata untuk diterima orang lain. Akhirnya dia menjadi penagih dadah dan hidupnya hampir musnah.”

    PENDEKATAN YANG LEBIH BAIK: Jauhi orang yang mempunyai pertuturan dan perbuatan yang mencerminkan nilai moral yang rendah. Bible menyatakan, “Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak, tetapi orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.”—Amsal 13:20.

    “Kadangkala kamu memang harus berusaha untuk menyenangkan hati orang. Tetapi kamu tidak sepatutnya merendahkan nilai moral kamu semata-mata untuk diterima orang lain. Sahabat sejati akan menerima kamu seadanya dan tidak akan memaksa kamu untuk berubah.”—Melanie.

    Tip: Semasa mencari kawan baharu, janganlah hanya mencari kawan yang mempunyai minat yang sama dengan kamu. Carilah orang yang mempunyai nilai rohani dan nilai moral yang sama.

    Seorang gadis memakai pakaian yang membuatnya nampak jelik

    Sesetengah gaya dan pakaian tidak sesuai untuk kamu. Demikian juga, sesetengah orang tidak akan membantu kamu menjadi orang yang lebih baik

Pandangan remaja lain

Emma

“Jika kamu tidak diterima oleh sekumpulan orang, cuba fikirkan apa sebabnya. Adakah kerana kamu mempunyai nilai moral yang berbeza daripada mereka? Jika ya, kamu patut berasa gembira bahawa kamu berbeza daripada mereka.”—Emma.

Noah

“Jangan terlalu risau jika orang tidak mahu menerima kamu sebagai sahabat mereka. Lebih baik kamu menggunakan masa dan tenaga kamu untuk memperbaik sifat dan keperibadian sendiri. Jika kamu baik hati terhadap orang lain, orang yang baik akan tertarik kepada kamu.”—Noah.

Dominique

“Untuk mendapat kawan baru, saya menunjukkan minat peribadi kepada orang lain. Saya akan cuba mengetahui apa yang disukai mereka dan perasaan mereka terhadap perkara-perkara tertentu. Saya juga menerima mereka seadanya dan tidak akan berpura-pura agar diterima oleh mereka. Hal ini telah membantu saya menjalinkan persahabatan dengan orang daripada pelbagai lapisan umur.”—Dominique.

Ulang kaji: Bagaimana jika saya tidak diterima oleh orang lain?

Ketahui keutamaan kamu.

Apakah yang lebih penting—diterima oleh orang yang mempunyai nilai moral yang rendah atau mempunyai pendirian sendiri?

Bina nama yang baik, dan berbanggalah dengan hal itu.

Jangan jadi seperti kameleon yang bertukar warna mengikut keadaan sekeliling.

Jauhi orang yang mempunyai pertuturan dan perbuatan yang mencerminkan nilai moral yang rendah.

Kadangkala kamu harus berusaha untuk menyenangkan hati orang. Tetapi kamu tidak sepatutnya merendahkan nilai moral kamu untuk berbuat demikian.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi