PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hdu rencana 22
  • Orang yang Pekak Tidak Dilupakan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Orang yang Pekak Tidak Dilupakan
  • Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah Video dalam Bahasa Isyarat Dihasilkan?
  • Bagaimanakah Video Bahasa Isyarat Diedarkan?
  • Yehuwa Memberkati Usaha Saya untuk Berkhidmat kepada-Nya
    Kisah Hidup Saksi-Saksi Yehuwa
  • Tuhan Menjaga Orang Pekak
    Topik-Topik Lain
  • Mencapai Hasrat Saya untuk Membantu Orang Pekak
    Kisah Hidup Saksi-Saksi Yehuwa
  • Walaupun Pekak, Saya Masih Dapat Mengajar Orang
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Lihat Selanjutnya
Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
hdu rencana 22
Seorang saudari menonton video bahasa isyarat tentang ayat Bible pada tabletnya.

BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN

Orang yang Pekak Tidak Dilupakan

1 JULAI 2022

Tidak kira apa latar belakang seseorang, Yehuwa mahu segala macam orang untuk mengenali-Nya dan Kerajaan-Nya yang di syurga. (1 Timotius 2:3, 4) Jadi, Saksi-Saksi Yehuwa menghasilkan Bible dan alat bantu pembelajaran Bible untuk sebanyak orang yang mungkin, termasuklah orang yang pekak. Organisasi kita telah menghasilkan ribuan bahan terbitan bahasa isyarat dalam bentuk video.a Bahan terbitan tersebut boleh didapati dalam lebih daripada 100 bahasa isyarat! Bagaimanakah kita menghasilkan dan mengedarkan bahan terbitan tersebut? Dan seraya masa berlalu, apakah perubahan-perubahan baik yang telah kita lakukan?

Bagaimanakah Video dalam Bahasa Isyarat Dihasilkan?

Kumpulan penterjemah bahasa isyarat bekerjasama untuk menterjemah suatu bahan terbitan.

Bahan terbitan dalam bahasa isyarat dihasilkan oleh kumpulan penterjemah di serata dunia. Setiap ahli kumpulan penterjemah akan mengkaji dengan teliti bahan terbitan yang akan mereka terjemahkan. Kemudian, mereka akan memutuskan cara yang terbaik untuk menyampaikan maklumat tersebut dalam bahasa isyarat. Selepas itu, mereka akan merakam bahan terbitan itu dalam bentuk video. Buat masa ini, 60 kumpulan bahasa isyarat menterjemahkan alat bantu pembelajaran Bible secara tetap dan 40 kumpulan lagi melakukannya apabila diperlukan.

Sebelum ini, kos untuk menghasilkan video dalam bahasa isyarat sangat tinggi. Kamera video dan peralatan yang lain adalah lebih mahal pada waktu itu jika dibandingkan dengan hari ini. Selain itu, kita perlu membina studio untuk digunakan semasa merakam video. Kadangkala, sebuah bangunan akan diubah suai untuk menjadi sebuah studio. Secara keseluruhan, jumlah kos untuk menyediakan peralatan bagi sebuah kumpulan penterjemah bahasa isyarat memerlukan lebih daripada $30,000.b

Jadi, untuk menggunakan sumbangan kita dengan bijak, organisasi kita telah bekerja keras untuk memperbaik dan memudahkan lagi proses penterjemahan. Maka, kita menggunakan peralatan moden yang dapat menghasilkan rakaman yang berkualiti tinggi pada kos yang lebih rendah. Daripada menggunakan studio, kumpulan penterjemah boleh menggunakan skrin hijau dan membuat rakaman di dalam pejabat mereka sendiri. Apabila lebih daripada seorang penterjemah diperlukan, saudara dan saudari boleh merakam bahagian mereka dari pejabat atau rumah mereka sendiri. Mereka tidak lagi perlu pergi ke studio.

Kumpulan penterjemah merakam suatu bahan terbitan bahasa isyarat. Seorang penterjemah bahasa isyarat berdiri di hadapan skrin hijau.

Selain itu, kita telah menghasilkan software atau perisian untuk membantu para penterjemah melakukan kerja mereka. Hasilnya, kumpulan penterjemah dapat menghasilkan bahan terbitan bahasa isyarat dengan lebih cepat. Mereka hanya menggunakan separuh daripada masa yang biasanya digunakan untuk menghasilkan suatu bahan terbitan. Saudara saudari kita menghargai perubahan-perubahan yang baik ini. Seorang saudara yang bernama Alexander mengatakan, “Sekarang, video-video dalam bahasa isyarat diterbitkan dengan lebih kerap lagi berbanding dahulu. Ini buat saya sangat gembira. Saya menonton video-video itu setiap hari.”

Kini, jumlah kos yang diperlukan untuk menyediakan peralatan bagi sebuah kumpulan penterjemah adalah kurang daripada $5,000. Hasilnya, kita dapat menghasilkan video bahasa isyarat dalam lebih banyak bahasa.

Bagaimanakah Video Bahasa Isyarat Diedarkan?

Setelah para penterjemah selesai merakam suatu bahan terbitan dalam bahasa isyarat, video itu haruslah diedarkan kepada mereka yang memerlukannya. Dahulu, kita menghasilkan kaset video dan DVD, namun kaedah ini bukan sahaja mahal tetapi memakan banyak masa dan tenaga. Pada masa itu, rakaman perlu dihantar ke syarikat luar Bethel untuk menghasilkan salinan. Kemudian, kaset video dan DVD akan dihantar ke sidang. Pada tahun 2013 sahaja, kita telah membelanjakan lebih daripada dua juta dolar untuk menghasilkan DVD bahasa isyarat.

Pemain DVD mudah alih dan pelbagai jenis bahan terbitan bahasa isyarat dalam bentuk DVD.

Orang pekak memang sangat menghargai bahan-bahan tersebut. Namun, seraya bilangan kaset video dan DVD meningkat, video-video tersebut semakin susah untuk digunakan. Kadangkala, beberapa DVD perlu digunakan untuk merakam satu buku Bible sahaja. Seorang saudara di Brazil yang bernama Gilnei mengatakan, “Bila kami mahu baca satu ayat Bible, kami perlu cari kaset video yang betul dan cari ayat Bible dalam video itu. Memang sangat susah.” Seorang saudari yang bernama Rafayane, yang pernah guna DVD bahasa isyarat berkata, “Masa itu, membuat pembelajaran peribadi sangat memenatkan. Kami menghabiskan banyak masa untuk mencari ayat Bible dan bahan rujukan.” Semasa menginjil, saudara saudari kita biasanya membawa DVD atau kaset video supaya mereka dapat mainkannya di TV orang yang berminat. Ada saudara saudari yang bahkan membawa pemain DVD mereka sendiri. Namun, apabila pemain DVD mudah alih yang lengkap dengan skrin lebih mudah didapati, ramai saudara saudari kita menggunakan alat itu. Bobby, yang tinggal di Amerika Syarikat berkata, “Jika kami mahu kongsi lebih daripada satu ayat Bible, kami perlu tukar DVD lain. Ini ambil masa dan buat kami susah untuk gunakan Bible dalam perbualan.”

Pada tahun 2013, organisasi Yehuwa telah mengeluarkan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat. Aplikasi ini membolehkan saudara saudari memuat turun dan memainkan video bahasa isyarat pada telefon pintar atau tablet mereka. Aplikasi ini dikeluarkan buat kali pertama untuk Bahasa Isyarat Amerika. Kemudian pada tahun 2017, aplikasi ini dikemaskinikan untuk menyokong semua bahasa isyarat yang lain. Saudara saudari di serata dunia sangat bersukacita kerana hal ini. Juscelino, seorang saudara di Brazil berkata, “Saya rasa susah mahu percaya! Saya asyik fikir tentang bagaimana Badan Pimpinan menunjukkan kasih kepada kami yang pekak dan bagaimana mereka mahu kami juga membuat kemajuan rohani sama seperti orang yang menggunakan bahasa percakapan. Saya sangat teruja! Aplikasi ini mendorong saya untuk belajar Bible dengan lebih dalam lagi.”

Seorang saudari menggunakan aplikasi “JW Library Bahasa Isyarat” untuk menonton video “Daniel: Lelaki yang Beriman—Bahagian 2.”

Menggunakan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat

Hari ini, kita menghasilkan semua video bahasa isyarat secara digital dan mengedarkan video-video tersebut melalui laman web dan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat. Hasilnya, bahan terbitan bahasa isyarat dapat diterjemahkan, dirakam, dan diedarkan dalam masa beberapa hari sahaja. Hal ini jauh lebih cepat berbanding dahulu yang memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Malah, bahan terbitan dalam banyak bahasa isyarat kini dikeluarkan serentak dengan bahan dalam bahasa percakapan.

Perhatikan beberapa komen daripada saudara saudari kita yang pekak. Seorang saudari yang bernama Klízia berkata, “Organisasi mana yang begitu prihatin kepada orang pekak sehingga mereka sanggup menyediakan makanan rohani dalam cara yang begitu mudah didapati? Tiada apa-apa di dunia ini yang dapat dibandingkan dengan apa yang organisasi Yehuwa lakukan untuk kami.” Vladimir pula berkata, “Melalui video-video itu, saya dapat lihat bahawa Yehuwa mengambil berat terhadap orang pekak sama seperti Dia mengambil berat terhadap orang yang dapat mendengar.”

Video-video bahasa isyarat kita sering memaparkan pernyataan ini: “Video ini ialah sebahagian daripada pendidikan Bible sedunia yang disokong melalui derma sukarela.” Kami sangat menghargai sumbangan anda, yang sebahagian besarnya diberikan menerusi donate.jw.org. Sumbangan anda membolehkan kami menghasilkan Bible dan alat pembelajaran Bible untuk semua orang, termasuklah mereka yang menggunakan bahasa isyarat.

a Dalam bahasa isyarat, komunikasi dilakukan melalui gerak tangan dan ekspresi wajah. Oleh itu, bahan bacaan dalam bahasa isyarat diterbitkan dalam bentuk video, dan bukannya dalam bentuk bercetak.

b Nilai dolar dalam rencana ini merujuk kepada dolar Amerika.

Detik Bersejarah dalam Terjemahan Bahasa Isyarat

1992: Pengeluaran kaset video bahasa isyarat kita yang pertama

2002: Pengeluaran DVD bahasa isyarat kita yang pertama

2013: Pengeluaran aplikasi JW Library Bahasa Isyarat

2017: Aplikasi JW Library Bahasa Isyarat dikemaskinikan untuk menyokong semua bahasa isyarat

2020: Pengeluaran Bible bahasa isyarat lengkap yang pertama di dunia, iaitu Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat Amerika

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi