Nota kaki
a Para jurutulis hukum, atau Soferim, mengubah ayat ini dan menyatakan bahawa Yeremialah yang membongkokkan diri, dan bukannya Yehuwa. Nampaknya mereka berpendapat bahawa kelakuan sedemikian merendahkan martabat Tuhan. Akibatnya, banyak terjemahan Bible tidak memasukkan isi yang penting ini. Tetapi The New English Bible menterjemahkan kata-kata Yeremia dalam ayat ini dengan tepat. Yeremia berkata, “Ingatlah, ya ingatlah padaku, dan bongkokkanlah diri-Mu kepadaku.”