Nota kaki
e Perenggan 14: [5] Hal ini ialah penjelasan baru mengenai Matius 13:42. Sebelum ini, bahan bacaan kita menyatakan bahawa semua orang Kristian palsu sudah “menangis dan menderita [“menggertakkan gigi,” NW]” selama berdekad-dekad kerana orang Kristian terurap telah mendedahkan bahawa mereka “berpihak kepada Si Jahat.” (Mat. 13:38) Tetapi, perhatikan bahawa perkataan “menggertakkan gigi” digunakan untuk merujuk kepada orang yang akan dibinasakan. Mazmur 112:10 berkata, “Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah. Dia akan menggertak giginya dan lenyap. Harapan orang jahat akan binasa.”—New World Translation of the Holy Scriptures.