Nota kaki
a Kita semua tidak sempurna. Jadi, kata-kata atau perbuatan kita mungkin membuat rakan seiman kita tersinggung. Apabila hal itu berlaku, apakah reaksi kita? Adakah kita akan berusaha untuk berdamai dengan mereka? Adakah kita akan segera meminta maaf? Atau, adakah kita berfikir bahawa jika mereka tersinggung, itu ialah masalah mereka dan bukannya masalah kita? Bagaimana pula jika kita sering tersinggung kerana perbuatan atau kata-kata orang lain? Adakah kita akan berfikir bahawa itulah perangai kita dan kita tidak perlu berubah? Atau, adakah kita akan memandang sikap itu sebagai kelemahan yang perlu dibaiki?