PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Khamis, 23 Oktober

Semoga kamu berakar umbi dan bertapak pada asas yang kukuh.​—Ef. 3:17.

Sebagai orang Kristian, sekadar memahami ajaran asas Bible tidak cukup. Kita ingin belajar “bahkan kebijaksanaan Tuhan yang dalam,” dan melakukannya dengan bimbingan kuasa suci Tuhan. (1 Kor. 2:​9, 10) Mulakanlah projek pembelajaran peribadi untuk lebih mendekati Yehuwa. Misalnya, anda boleh mengkaji cara Yehuwa menunjukkan kasih kepada umat-Nya dahulu dan bagaimana hal itu membuktikan bahawa Dia juga mengasihi anda. Anda juga boleh mengkaji cara Yehuwa mahu orang Israel menyembah-Nya dahulu dan membandingkannya dengan cara Yehuwa mahu kita menyembah-Nya sekarang. Atau anda boleh mengkaji dengan lebih terperinci bagaimana kehidupan dan kerja penyebaran Yesus di bumi telah memenuhi nubuat Bible. Anda dapat meraih sukacita dengan menggunakan Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa untuk mengkaji topik itu. Pembelajaran Bible yang mendalam dapat menguatkan iman anda dan membantu anda “memperoleh pengetahuan tentang Tuhan.”​—Ams. 2:​4, 5. w23.10 19 ¶3-5

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Jumaat, 24 Oktober

Namun yang terpenting, kasihilah satu sama lain dengan mendalam, kerana kasih dapat menutup banyak dosa.​—1 Ptr. 4:8.

Perkataan “mendalam” secara harfiah bermaksud “direntangkan.” Bahagian kedua ayat 8 pula memberitahu kita hasil jika kita mempunyai kasih yang mendalam, iaitu kita dapat menutup banyak dosa. Fikirkan contoh ini: Anda ada sebuah meja yang ada banyak calar. Anda mungkin mengambil sehelai kain dan merentangkannya ke atas meja itu. Sudah pasti anda mahu menutup semua calar itu, dan bukan satu atau dua calar sahaja. Begitu juga, jika kita ada kasih yang mendalam terhadap rakan seiman, kita dapat menutup, atau memaafkan, bukan satu atau dua dosa, tetapi “banyak dosa.” Jika kasih kita kepada rakan seiman cukup kuat, kita tidak akan bertumpu kepada ketidaksempurnaan mereka. Sebaliknya, kita akan rela mengampuni mereka biarpun susah. (Kol. 3:13) Apabila kita mengampuni orang, kita menunjukkan bahawa kasih kita kuat, dan bahawa kita ingin menyenangkan hati Yehuwa. w23.11 10-11 ¶13-15

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Sabtu, 25 Oktober

Safan membaca kitab itu di hadapan raja.​—2 Taw. 34:18.

Semasa Yosia dewasa, dia mengaturkan agar Rumah Tuhan dibaiki. Ketika projek itu berlangsung, ada orang menjumpai “kitab Hukum Yehuwa, yang diberikan kepada Musa.” Apabila kitab itu dibacakan, raja segera mematuhi apa yang tertulis. (2 Taw. 34:​14, 19-21) Inginkah anda membaca Bible secara tetap? Jika anda sedang melakukannya, adakah anda menikmatinya? Adakah anda mencatatkan ayat-ayat yang berguna bagi anda? Semasa Yosia berumur kira-kira 39 tahun, dia mempercayai diri sendiri dan tidak mencari bimbingan Yehuwa. Akibatnya, dia membuat kesilapan yang menyebabkannya mati. (2 Taw. 35:​20-25) Apakah pengajarannya? Tidak kira berapa umur kita atau berapa lama kita sudah mempelajari Bible, kita mesti terus mencari Yehuwa. Maksudnya kita perlu selalu berdoa meminta bimbingan-Nya, mengkaji Bible, dan mendengar nasihat saudara saudari yang matang. Dengan itu, kita dapat mengelakkan banyak kesilapan serius dan akan lebih gembira.​—Yak. 1:25. w23.09 12 ¶15-16

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi