PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Jumaat, 31 Oktober

Bapa sendiri mengasihi kamu, kerana kamu mengasihi aku dan percaya bahawa aku datang sebagai wakil Tuhan.​—Yoh. 16:27.

Yehuwa suka memberitahu orang yang dikasihi-Nya bahawa Dia berkenan kepada mereka. Dalam Bible, sebanyak dua kali Yehuwa memberitahu Yesus bahawa Dia mengasihinya dan berkenan kepadanya. (Mat. 3:17; 17:5) Inginkah anda mendengar Yehuwa berkata demikian kepada anda? Walaupun Yehuwa tidak bercakap kepada kita dari syurga, kita dapat “mendengar” suara-Nya melalui Bible, terutamanya menerusi kata-kata Yesus. Yesus mencerminkan keperibadian Bapanya dengan sempurna. Jadi semasa membaca bagaimana Yesus memberitahu murid-muridnya yang tidak sempurna bahawa dia berkenan kepada mereka, kita dapat membayangkan Yehuwa sedang mengucapkan kata-kata yang sama kepada kita. (Yoh. 15:​9, 15) Jika ada cubaan, hal itu tidak bermaksud kita hilang perkenan Tuhan. Sebaliknya, cubaan kita memberi kita peluang untuk membuktikan betapa kuatnya kasih dan kepercayaan kita kepada Tuhan.​—Yak. 1:12. w24.03 28 ¶10-11

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Sabtu, 1 November

Engkau menyebabkan mulut kanak-kanak dan bayi mengucapkan pujian kepada-Mu.​—Mat. 21:16.

Jika anda ialah ibu atau bapa, bantulah anak anda untuk menyediakan komen yang sesuai dengan umur mereka. Ada kalanya, bahan untuk perbincangan menyentuh topik yang serius, seperti masalah perkahwinan atau isu moral. Namun dalam bahan sebegitu pun, biasanya ada satu atau dua perenggan yang sesuai untuk kanak-kanak memberikan komen. Jelaskan juga kepada anak anda bahawa mereka tidak semestinya dipanggil setiap kali mereka angkat tangan. Dengan itu, mereka tidak akan terlalu kecewa semasa orang lain dipilih. (1 Tim. 6:18) Kita semua dapat menyediakan komen yang memuliakan Yehuwa dan menggalakkan rakan seiman. (Ams. 25:11) Kadangkala, kita mungkin mengongsi pengalaman peribadi secara ringkas, tetapi kita tidak mahu bercakap terlalu banyak tentang diri sendiri. (Ams. 27:2; 2 Kor. 10:18) Sebaliknya, kita mahu bertumpu kepada Yehuwa, Firman-Nya, dan umat-Nya.​—Why. 4:11. w23.04 24-25 ¶17-18

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Ahad, 2 November

Janganlah kita terus tidur seperti orang lain. Sebaliknya, marilah kita tetap berjaga-jaga dan memelihara daya pemikiran kita.​—1 Tes. 5:6.

Kasih penting untuk membantu kita terus berjaga-jaga dan memelihara daya pemikiran kita. (Mat. 22:​37-39) Kasih kepada Tuhan membantu kita untuk terus menginjil meskipun ditentang. (2 Tim. 1:​7, 8) Kita juga mengasihi orang yang tidak seiman. Maka kita terus menginjil, bahkan menerusi telefon dan surat. Kita sentiasa berharap agar mereka akan berubah dan mula berbuat benar. (Yeh. 18:​27, 28) Kita juga mengasihi rakan seiman. Satu cara adalah dengan “menggalakkan dan menguatkan satu sama lain.” (1 Tes. 5:11) Seperti sepasukan askar yang berperang akan saling menyokong, kita ingin sentiasa saling menggalakkan dan tidak akan menyakiti saudara saudari kita atau membalas dendam. (1 Tes. 5:​13, 15) Satu lagi cara kita menunjukkan kasih adalah dengan menghormati saudara yang mengambil pimpinan dalam sidang.​—1 Tes. 5:12. w23.06 10 ¶6; 11 ¶10-11

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Tetapan Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi