PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 90
  • Perlukah Kita Menyertai Kumpulan Agama Tertentu?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Perlukah Kita Menyertai Kumpulan Agama Tertentu?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mencari Agama yang Benar?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 90
Sekumpulan orang sedang beribadat

Perlukah Kita Menyertai Kumpulan Agama Tertentu?

Jawapan Bible

Ya, kerana Tuhan mahu umat-Nya berkumpul bersama untuk beribadat. Bible menyatakan, “Marilah kita memperhatikan satu sama lain supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik. Janganlah abaikan perjumpaan kita.”​—Ibrani 10:24, 25.

Yesus menyatakan bahawa para pengikutnya akan membentuk satu kumpulan yang diorganisasikan dengan baik. Dia berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.” (Yohanes 13:35) Untuk saling mengasihi, pengikut Kristus perlu bergaul dengan satu sama lain. Mereka akan berkumpul secara tetap untuk beribadat dan kumpulan itu dipanggil sidang. (1 Korintus 16:19) Sidang-sidang itu membentuk persaudaraan sedunia.—1 Petrus 2:17.

Mengapakah tidak cukup untuk menyertai suatu kumpulan agama?

Walaupun Bible menyatakan bahawa kita perlu berkumpul untuk menyembah Tuhan, seseorang tidak dapat menyenangkan hati Tuhan dengan sekadar menjadi ahli suatu kumpulan agama. Untuk mendapat perkenan Tuhan, kehidupan harian seseorang perlu dibimbing oleh ajaran agamanya. Contohnya Bible menyatakan, “Di mata Tuhan, Bapa kita, inilah agama yang murni dan suci: Menjaga anak yatim dan balu yang menderita, dan memastikan diri tidak dicemari oleh dunia ini.”—Yakobus 1:​27, nota kaki.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi