Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
3-9 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | HAKIM-HAKIM 15-16
“Pengkhianatan—Perbuatan yang Sangat Memalukan!”
w05 15/1 27 ¶3
Sorotan daripada Buku Hakim-Hakim
14:16, 17; 16:16. Memaksa orang lain dengan tangisan dan rengekan dapat merosakkan hubungan yang baik.—Amsal 19:13; 21:19.
Permata Rohani
w05 15/3 27 ¶6
Simson Meraih Kemenangan dengan Kekuatan Yehuwa!
Simson bertumpu kepada matlamatnya untuk melawan orang Filistin. Semasa dia pergi ke Gaza, sebuah kota musuh, dia memerlukan tempat untuk bermalam. Jadi dia telah tinggal di rumah seorang pelacur. Dia tidak berniat untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Dia hanya tidur di situ sampai tengah malam. Kemudian dia bangun lalu pergi ke pintu gerbang kota itu. Dia mencabut pintu itu bersama dengan kedua-dua batang tiang pintu dan kayu palangnya. Kemudian dia membawa semuanya sejauh kira-kira 60 kilometer sehingga ke puncak gunung yang berhadapan dengan Hebron. Simson dapat berbuat demikian kerana dia mendapat perkenan dan kekuatan daripada Tuhan.—Hakim-Hakim 16:1-3.
10-16 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | HAKIM-HAKIM 17-19
“Mengingkari Hukum Tuhan Membawa Padah”
it-2 124 ¶1
Mikha
1. Seorang lelaki daripada suku Efraim. Dia telah melanggar hukum kelapan dalam Hukum Musa. (Kel 20:15) Dia mencuri 1,100 keping wang perak daripada ibunya. Apabila dia mengakui perbuatannya dan memulangkan wang itu, ibunya berkata, “Perak yang ada di dalam tanganku ini akan aku persembahkan kepada Yehuwa, supaya anakku dapat menggunakannya untuk membuat patung berukir dan patung daripada logam. Kini, aku mengembalikan perak itu kepadamu.” Kemudian ibu Mikha mengambil 200 keping wang perak dan memberikannya kepada seorang tukang perak. Tukang itu membuat “sebuah patung berukir dan sebuah patung daripada logam” untuk diletakkan di rumah Mikha, yang “mempunyai sebuah tempat penyembahan.” Selepas itu, Mikha telah membuat efod dan patung-patung terafim lalu melantik salah seorang anak lelakinya untuk menjadi imamnya. Walaupun aturan itu nampaknya menghormati Yehuwa, dia sebenarnya melanggar perintah untuk tidak menyembah berhala. (Kel 20:4-6) Dia juga tidak menghormati khemah suci Yehuwa dan aturan imam. (Hak 17:1-6; Ul 12:1-14) Kemudian dia mengambil Yonatan daripada keturunan Gersom, iaitu anak Musa, dan menjadikannya imam di dalam rumahnya. (Hak 18:4, 30) Mikha berasa puas hati dengan perbuatan itu lalu berkata, “Sekarang aku tahu bahawa Yehuwa akan berbuat baik kepadaku, kerana aku mempunyai seorang imam daripada suku Lewi.” (Hak 17:7-13) Tetapi dia sebenarnya tidak mendapat perkenan Tuhan kerana walaupun Yonatan daripada suku Lewi, dia bukan daripada keturunan Harun, maka dia tidak memenuhi syarat untuk menjadi imam. Perbuatan ini menyebabkan dosa Mikha bertambah banyak.—Bil 3:10.
it-2 124 ¶3
Mikha
Tidak lama selepas itu, Mikha dan sekumpulan orang mengejar orang daripada suku Dan. Apabila orang daripada suku Dan menanya mengapa dia datang, Mikha menjawab, “Kamu telah mengambil tuhan-tuhan yang telah aku buat. Kamu juga telah membawa imam itu pergi. Aku tidak mempunyai apa-apa lagi.” Kemudian orang daripada suku Dan berkata kepada Mikha bahawa jika dia terus berteriak dan mengikut mereka, mereka akan menyerang dia. Mikha sedar bahawa orang daripada suku Dan lebih kuat daripada kumpulannya, jadi dia pulang ke rumah. (Hak 18:22-26) Setelah itu, orang daripada suku Dan menyerang dan membakar kota Lais, lalu membina kota Dan di lokasi tersebut. Yonatan dan keturunannya menjadi imam bagi suku Dan. Orang daripada suku Dan “mendirikan patung berukir yang dibuat oleh Mikha di sana, dan patung itu tetap ada di sana selama rumah Tuhan yang benar terletak di Silo.”—Hak 18:27-31.
17-23 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | HAKIM-HAKIM 20-21
Permata Rohani
Tahukah Anda?
Bagaimanakah ali-ali digunakan semasa peperangan pada zaman kuno?
Ali-ali ialah senjata yang digunakan oleh Daud untuk membunuh seorang gergasi yang bernama Goliat. Nampaknya Daud belajar menggunakan senjata ini semasa dia seorang gembala yang masih muda.—1 Samuel 17:40-50.
Pada zaman Bible, ali-ali muncul dalam karya seni orang Mesir dan orang Assyria. Ali-ali mempunyai kantung kecil yang diikat kepada dua utas tali. Kantung itu diperbuat daripada kain atau kulit. Orang yang menggunakannya akan meletakkan sebiji batu yang bulat atau licin ke dalam kantung itu. (Batu itu biasanya mempunyai diameter sebesar 5 hingga 8 sentimeter, dan seberat kira-kira 250 gram.) Kemudian dia akan memutarkan ali-ali itu di udara lalu melepaskan salah satu tali. Maka batu tersebut akan dihumban dengan cepat dan mengena sasaran dengan tepat.
Di Timur Tengah, hasil galian arkeologi telah menemui banyak batu yang digunakan semasa perang. Seorang pahlawan yang mahir mungkin dapat menghumban batu pada kelajuan 160 hingga 240 kilometer sejam. Para cendekiawan tidak pasti sama ada batu yang dihumban itu boleh bergerak sejauh anak panah yang dilepaskan, tetapi kedua-dua senjata ini boleh membunuh orang.—Hakim-Hakim 20:16.
31 JANUARI–6 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | RUT 3-4
Permata Rohani
w05 1/3 29 ¶3
Sorotan daripada Buku Rut
4:6—Mengapakah seseorang mungkin ‘merugikan diri’ sewaktu dia menebus tanah saudaranya? Jika seseorang jatuh miskin dan terpaksa menjual tanah warisannya, saudaranya harus membayar wang untuk menebus tanah itu. Harga tanah itu akan ditentukan oleh tempoh masa tanah itu dapat digunakan sehingga Tahun Pembebasan. (Imamat 25:25-27) Maka saudara itu akan mengalami kerugian kerana perlu membayar wang tebusan. Selain itu, jika Rut melahirkan seorang anak lelaki, anak itulah yang akan mewarisi tanah itu, bukannya keturunan orang yang menebus tanah itu.
14-20 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 SAMUEL 3-5
“Yehuwa Bertimbang Rasa terhadap Orang”
Permata Rohani
w05 15/3 21 ¶6
Sorotan daripada Buku Satu Samuel
3:3—Adakah Samuel betul-betul tidur di dalam Bilik Maha Suci? Tidak. Dia tidak tidur di dalam Bilik Maha Suci. Samuel ialah orang Lewi daripada puak Kehat. Tetapi dia tidak berkhidmat sebagai imam kerana dia bukan keturunan Harun. (1 Tawarikh 6:33-38) Oleh itu, dia “tidak boleh masuk dan melihat benda-benda suci.” (Bilangan 4:17-20) Samuel hanya boleh masuk ke halaman khemah suci, jadi dia mungkin tidur di situ. Nampaknya Eli juga tidur di situ. Ungkapan “tempat letaknya tabut perjanjian Tuhan” merujuk kepada kawasan khemah suci.
21-27 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 SAMUEL 6-8
“Siapakah Raja Anda?”
it-1 1236
Kerajaan Tuhan
Permohonan untuk Seorang Raja Manusia. Sekitar 400 tahun selepas orang Israel keluar dari Mesir, dan lebih daripada 800 tahun selepas Tuhan membuat perjanjian dengan Abraham, orang Israel memohon agar seorang raja manusia dilantik untuk memimpin mereka, seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Permohonan mereka menunjukkan bahawa mereka menolak pemerintahan Tuhan. (1Sa 8:4-8) Orang Israel memang menantikan kerajaan yang ditubuhkan oleh Tuhan, seperti yang dijanjikan oleh-Nya kepada Abraham dan Yakub. Harapan mereka dikuatkan apabila mereka mendengar nubuat Yakub kepada Yehuda (Kej 49:8-10), kata-kata Yehuwa kepada orang Israel selepas mereka keluar dari Mesir (Kel 19:3-6), syarat-syarat Hukum Musa (Ul 17:14, 15), dan mesej Tuhan menerusi Nabi Bileam (Bil 24:2-7, 17). Ibu Samuel, iaitu Hana, juga mengungkapkan harapan ini dalam doanya. (1Sa 2:7-10) Namun Yehuwa belum menyingkapkan “rahsia suci” tentang Kerajaan Tuhan dengan sepenuhnya. Dia belum menyatakan bila kerajaan itu akan didirikan, aturan bagi kerajaan itu, dan sama ada kerajaan itu akan didirikan di bumi atau di syurga. Apabila orang Israel memohon seorang raja manusia, mereka sebenarnya bertindak dengan angkuh dan terburu-buru.
Dia Tabah Menghadapi Kekecewaan
Samuel pasti berasa lega mendengar jawapan Tuhan. Tuhan berfirman kepada-Nya, “Kabulkanlah segala permintaan mereka; kerana bukan engkau yang ditolak oleh mereka, sebaliknya Akulah yang ditolak oleh mereka sebagai raja.” Ya, umat Israel telah menghina Tuhan Yang Maha Kuasa! Tuhan menyuruh Samuel untuk memberitahu umat itu bahawa mereka harus menanggung akibatnya kerana meminta seorang pemerintah manusia. Tetapi umat itu tidak menghiraukan amaran itu. Mereka berkata, “Biarlah! Kami tetap mahukan seorang raja untuk memerintah kami.” Samuel mematuhi arahan Tuhan lalu melantik raja yang telah dipilih-Nya.—1 Sam. 8:7-19.
w10 15/1 30 ¶9
Cara Pemerintahan Yehuwa adalah Terbaik!
9 Sejarah membuktikan kebenaran amaran Yehuwa. Orang Israel menghadapi masalah apabila diperintah oleh raja manusia, terutamanya apabila raja itu tidak setia kepada Yehuwa. Oleh itu, tidaklah menghairankan bahawa sepanjang sejarah, kerajaan manusia yang tidak mengikut bimbingan Yehuwa gagal membawa hasil baik yang berkekalan. Sesetengah ahli politik memohon supaya Tuhan memberkati usaha mereka untuk membawa kedamaian dan kemakmuran. Tetapi bagaimana mungkin Tuhan memberkati mereka yang tidak tunduk kepada pemerintahan-Nya?—Mzm. 2:10-12.
Permata Rohani
w02 1/4 12 ¶13
Mengapakah Pembaptisan Penting?
13 Seseorang perlu menukar haluan hidup sebelum dibaptis sebagai seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Orang itu harus berbuat demikian secara sukarela kerana dia ingin meniru teladan Yesus Kristus. Dia meninggalkan haluan hidup yang salah dan bertekad untuk melakukan apa yang benar di mata Tuhan. Dalam Bible, kata kerja Ibrani dan Yunani yang berkaitan dengan menukar haluan hidup membawa erti “berpaling atau kembali.” Maksudnya, orang itu akan berpaling daripada haluan yang salah dan kembali kepada Tuhan. (1 Raja-Raja 8:33, 34) Dia harus ‘menunjukkan melalui perbuatan bahawa dia sudah bertaubat.’ (Kisah 26:20) Dia mesti meninggalkan ibadat palsu, hidup selaras dengan Hukum Tuhan, dan menyembah Yehuwa sahaja. (Ulangan 30:2, 8-10; 1 Samuel 7:3) Dia juga harus mengubah pemikirannya, matlamatnya, dan sikapnya. (Yehezkiel 18:31) Orang yang ‘berpaling kepada Tuhan’ akan menggantikan sifat-sifat buruknya dengan keperibadian baharu.—Kisah 3:19; Efesus 4:20-24; Kolose 3:5-14.
28 FEBRUARI–6 MAC
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 SAMUEL 9-11
“Saul Seorang yang Rendah Hati pada Mulanya”
w95 15/12 10 ¶1
Orang Ammon Tidak Menghargai Kebaikan Hati Yehuwa
Walaupun Yehuwa menunjukkan kebaikan hati kepada orang Ammon, mereka terus mengancam orang Israel. Apakah yang dilakukan oleh Yehuwa? Bible menyatakan, “Kuasa suci Tuhan dicurahkan ke atas Saul apabila dia mendengar berita itu. Dia menjadi sangat marah.” Di bawah bimbingan kuasa suci Tuhan, Saul mengerahkan 330,000 orang pahlawan dan pergi menyerang orang Ammon. Orang Ammon kalah teruk dan “bercerai-berai sehingga tidak ada dua orang yang lari bersama-sama.”—1 Samuel 11:6, 11.
Permata Rohani
w05 15/3 22 ¶8
Sorotan daripada Buku Satu Samuel
9:9—Mengapakah “pada zaman dahulu, seorang nabi dipanggil pelihat”? Ayat ini mungkin menunjukkan bahawa pada zaman Samuel dan pemerintahan raja-raja di Israel, tugas seorang nabi menjadi lebih penting. Maka perkataan “pelihat” digantikan dengan “nabi.” Samuel ialah orang pertama yang dianggap nabi.—Kisah 3:24.