PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr22 September ms. 1-6
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2022
  • Tajuk Kecil
  • 5-11 SEPTEMBER
  • 19-25 SEPTEMBER
  • 26 SEPTEMBER–2 OKTOBER
  • 10-16 OKTOBER
  • 17-23 OKTOBER
  • 24-30 OKTOBER
  • 31 OKTOBER–6 NOVEMBER
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2022
mwbr22 September ms. 1-6

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

5-11 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 RAJA-RAJA 9-10

“Pujilah Yehuwa kerana Kebijaksanaan-Nya”

w99 1/7 30 ¶6

Lawatan yang Diberkati dengan Melimpah

Semasa ratu Syeba berjumpa dengan Salomo, dia mengajukan “pertanyaan-pertanyaan yang sukar” kepadanya. (1 Raja-Raja 10:1) Dalam bahasa Ibrani, ungkapan ini boleh bermaksud “teka-teki.” Tapi sebenarnya, ratu Syeba bukannya menanyakan soalan-soalan yang remeh. Mazmur 49:4 menggunakan ungkapan Ibrani yang sama untuk merujuk kepada pertanyaan yang dalam tentang dosa, kematian, dan tebusan. Jadi, nampaknya ratu Syeba sedang menguji kebijaksanaan Salomo dengan topik yang mendalam. Bible menyatakan, “Dia menghadap Salomo untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya, dan Salomo menjawab semuanya. Tidak ada satu soalan pun yang terlalu susah bagi Salomo.”​—1 Raja-Raja 10:2b, 3.

w99 1/11 20 ¶6

Memberi dengan Murah Hati

Ratu Syeba sangat kagum dengan apa yang dia lihat dan dengar, lalu dia berkata, “Berbahagialah rakyat tuanku dan para pegawai tuanku yang sentiasa bersama tuanku kerana mereka dapat mendengar kebijaksanaan tuanku!” (1 Raja-Raja 10:4-8) Dia mengatakan bahawa pegawai dan rakyat Salomo bahagia bukan kerana mereka dikelilingi oleh kemewahan Salomo, tetapi kerana mereka dapat mendengar kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Ratu Syeba sememangnya teladan baik bagi umat Tuhan! Kita juga mahu menunjukkan penghargaan kerana memperoleh kebijaksanaan daripada Pencipta kita dan Anak-Nya, Yesus Kristus.

w99 1/7 30-31

Lawatan yang Diberkati dengan Melimpah

Ratu Syeba “berasa sangat kagum” dan terpukau dengan kebijaksanaan Salomo serta kemakmuran kerajaannya. (1 Raja-Raja 10:4, 5) Sesetengah orang berpendapat bahawa ungkapan “sangat kagum” boleh bermaksud “menahan nafas.” Seorang cendekiawan bahkan berkata bahawa ratu Syeba telah pengsan. Tidak kira apa pun yang berlaku, kita tahu bahawa ratu Syeba begitu kagum dengan apa yang dia lihat dan dengar. Dia telah memuji para pegawai Salomo kerana berpeluang mendengar kebijaksanaan Salomo. Dia juga memuji Yehuwa kerana melantik Salomo sebagai raja. Kemudian, dia memberikan banyak hadiah yang mahal kepada Salomo. Emas yang diberikannya berjumlah kira-kira 40,000,000 dolar menurut nilai wang hari ini. Salomo juga telah “memberi ratu itu segala yang diminta dan diingini olehnya.”​—1 Raja-Raja 10:6-13.

Permata Rohani

w08 1/11 22 ¶4-6

Tahukah Anda?

Berapa banyakkah emas yang dimiliki Raja Salomo?

Bible kata bahawa Raja Hiram dari Tirus telah menghantar empat tan emas kepada Salomo. Ratu dari Syeba juga memberinya jumlah emas yang sama. Selain itu, kapal Salomo telah membawa 15 tan emas dari Ofir. Menurut catatan Bible, “setiap tahun, Salomo menerima 666 talenta emas,” atau lebih daripada 25 tan emas. (1 Raja-Raja 9:14, 28; 10:10, 14) Benarkah hal ini? Berapa banyakkah emas yang dimiliki raja pada zaman kuno?

Menurut satu ukiran zaman kuno yang dirujuk banyak pakar, Firaun Thutmose III dari Mesir (yang memerintah sekitar 3,500 tahun dahulu) mempersembahkan 13.5 tan emas untuk kuil Amun-Ra di Karnak. Sekitar 2,800 tahun yang lalu, Raja Tiglat-pileser III dari Assyria menerima lebih daripada empat tan emas sebagai ufti dari Tirus, dan Sargon II juga memberikan jumlah emas yang sama sebagai korban kepada tuhan-tuhan Babilon. Terdapat catatan yang menyatakan bahawa Raja Filipus II dari Makedonia (359-336 SM) juga melombong lebih daripada 28 tan emas setiap tahun dari Pangaeum di Thrace.

Semasa anak Raja Filipus, iaitu Iskandar Agung (336-323 SM), menakluki kota Susa di Persia, nampaknya dia telah membawa kira-kira 1,180 tan emas dari sana dan hampir 7,000 tan emas dari seluruh Persia. Apabila dibandingkan dengan catatan-catatan ini, memang jelas bahawa Bible tidak membesar-besarkan jumlah emas yang dimiliki Salomo.

19-25 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 RAJA-RAJA 13-14

“Mengapakah Penting untuk Berpuas Hati dan Bersikap Rendah Hati?”

w08 15/8 8 ¶4

Tetap Setia dan Elakkan Hati yang Berbelah Bahagi

4 Yerobeam mengajak nabi Yehuwa, “Marilah makan di rumah beta. Beta hendak memberikan hadiah kepada kamu.” (1 Raj. 13:7) Apa yang akan nabi itu lakukan? Adakah dia akan menerima jemputan raja selepas menyampaikan mesej penghakiman kepadanya? (Mzm. 119:113) Atau adakah dia akan menolak tawaran raja, walaupun raja itu nampaknya menyesali perbuatannya? Sebenarnya, Raja Yerobeam dapat memberikan hadiah yang mewah kepada kawan-kawannya. Jika nabi itu tamak dan menginginkan harta benda, tawaran itu pastilah suatu godaan yang besar. Tapi Yehuwa sudah memberitahu nabi itu, “Janganlah makan roti atau minum air, dan janganlah pulang mengikut jalan yang sama.” Maka dia menjawab dengan tegas, “Biarpun tuanku memberi hamba separuh daripada rumah tuanku, hamba tidak akan pergi bersama tuanku untuk makan roti atau minum air di tempat ini.” Kemudian, dia meninggalkan Bethel dengan mengambil jalan yang lain. (1 Raj. 13:8-10) Apakah yang kita pelajari tentang kesetiaan daripada keputusan nabi itu?​—Rm. 15:4.

w08 15/8 11 ¶15

Tetap Setia dan Elakkan Hati yang Berbelah Bahagi

15 Apakah pengajaran lain yang kita peroleh daripada kesilapan nabi itu? Amsal 3:5 menyatakan, “Percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu, dan janganlah bergantung pada pengertianmu sendiri.” Ya, nabi itu tidak bergantung pada Yehuwa seperti yang dilakukannya dahulu. Sebaliknya, dia bergantung pada pengertiannya sendiri. Akhirnya, dia kehilangan nyawanya dan tidak lagi diperkenankan Tuhan. Contoh buruk nabi itu menunjukkan betapa pentingnya untuk menyembah Yehuwa dengan rendah hati dan setia.

w08 15/8 9 ¶10

Tetap Setia dan Elakkan Hati yang Berbelah Bahagi

10 Nabi dari Yehuda sepatutnya sedar bahawa nabi tua itu sedang memperdayanya. Dia seharusnya menanya diri, “Kenapa Yehuwa mahu mengutus malaikat kepada orang lain untuk beri saya arahan yang baru?” Dia juga boleh memohon bimbingan Yehuwa untuk memastikan sama ada kata-kata nabi tua itu benar. Tapi, Bible tidak sebut bahawa dia berbuat demikian. Sebaliknya, dia “pulang bersama [nabi tua itu] untuk makan roti dan minum air di rumahnya.” Yehuwa sangat marah dengan perbuatannya. Apabila nabi itu kembali ke Yehuda, seekor singa telah menerkamnya dan membunuhnya. Alangkah sedihnya kesudahan nabi itu!​—1 Raj. 13:19-25.

Permata Rohani

w10 1/7 29 ¶5

Yehuwa Memperhatikan Kebaikan Kita

Satu Raja-Raja 14:13 menonjolkan sifat Yehuwa yang sangat indah. Dia selalu memperhatikan sifat baik kita. Bible kata bahawa Yehuwa telah “menemukan sesuatu yang baik dalam diri” Abia. Maksudnya, Yehuwa menyelidiki hati Abia dengan teliti sehingga Dia menemui kebaikan dalam dirinya. Seorang cendekiawan menyatakan bahawa Abia adalah seperti sebutir mutiara “dalam timbunan batu” apabila dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain. Sudah pasti Yehuwa sangat menghargai kebaikan Abia. Oleh itu, Dia menunjukkan belas kasihan kepada Abia sahaja dan bukannya kepada ahli keluarganya yang jahat.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Bertabah semasa Menghadapi Masalah Kewangan”

g 1/10 8-9, kotak

APAKAH CONTOH PEKERJAAN YANG DAPAT DILAKUKAN DI LUAR?

Berikut ialah beberapa cadangan pekerjaan yang dapat dilakukan di sesetengah negara untuk menangani masalah pengangguran:

● Menjaga rumah orang yang bekerja di tempat lain atau orang yang pergi melancong

● Kerja pembersihan: rumah, stor, pejabat, tingkap kawasan perniagaan dan perumahan, tempat kediaman yang baru diubah suai, dilanda kebakaran, atau selepas penghuni berpindah

● Kerja pembaikan: basikal dan pelbagai peralatan (dapatkan buku panduan dari perpustakaan)

● Kerja pertukangan: mengecat, membuat kabinet, pintu, beranda, memasang pagar, atap, dinding luar

● Kerja perkebunan: bercucuk tanam, memetik buah, menuai tanaman

● Kerja landskap dan menjaga tanaman di pejabat, bank, lobi, pusat membeli-belah, dan laman terbuka dalam bangunan

● Pengurusan bangunan: tukang bersih, pengurus bangunan (kadangkala tempat tinggal disediakan)

● Pemasangan dan pembersihan karpet dan lantai kayu

● Menghantar surat khabar (dewasa dan kanak-kanak) dan kerja penghantaran yang lain: iklan, bil untuk majlis perbandaran

● Kerja pemindahan dan penyimpanan barang

● Kerja landskap, mencantas pokok, memotong rumput dan kayu

● Pemandu bas sekolah

● Kerja fotografi (mengambil gambar potret dan acara lain)

● Menjual umpan kepada nelayan

● Melakukan kerja untuk mendapatkan perkhidmatan orang lain. Contohnya, anda membaiki kereta atau menjahit pakaian untuk seseorang dan dia melakukan kerja elektrik atau paip untuk anda

APAKAH CONTOH PEKERJAAN YANG DAPAT DILAKUKAN DI RUMAH?

Cari tahu keperluan di kawasan perumahan anda. Ambillah inisiatif untuk tanya jiran-jiran anda.

● Menjaga budak

● Menjual jus, atau sayur dan bunga-bunga yang anda tanam

● Kerja menjahit, mengubah, dan membaiki pakaian

● Membuat kerja yang dibayar mengikut jumlah hasil

● Menjual makanan

● Kerja kraf tangan seperti mengait, menjahit cadar, membuat macramé (perhiasan daripada ikatan tali), tembikar, dan lain-lain

● Melapik kusyen, sofa, dan sebagainya

● Kerja perakaunan, menaip, menyediakan perkhidmatan komputer dari rumah

● Perkhidmatan menjawab telefon

● Menggunting rambut

● Perkhidmatan homestay

● Membantu syarikat pengiklanan meletakkan iklan ke dalam sampul dan mengirimnya

● Menyediakan perkhidmatan mencuci dan menggilap kereta di rumah

● Mendandan binatang peliharaan dan membawanya bersenam

● Kerja membuat dan membaiki kunci di rumah

Perhatian: Bagi kebanyakan kerja yang disebutkan, anda boleh mempamerkan iklan di papan kenyataan pasar raya atau dalam katalog pusat membeli-belah. Anda boleh melakukannya secara percuma atau anda mungkin perlu membayar sedikit wang untuk iklan anda.

26 SEPTEMBER–2 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 RAJA-RAJA 15-16

“Adakah Anda Berani seperti Asa?”

it-1 204

Asa

Walaupun Asa tidak bertindak dengan bijak untuk suatu ketika, dia masih memiliki sifat yang baik dan semangat yang membara untuk mempertahankan ibadat sejati. Hal ini tidak dilupakan oleh Yehuwa dan dia dianggap sebagai salah seorang raja Yehuda yang setia. (2Ta 15:17) Terdapat lapan raja Israel yang memerintah sepanjang 41 tahun pemerintahan Asa. Raja-raja itu ialah Yerobeam, Nadab, Baesa, Ela, Zimri, Omri, Tibni (yang memerintah sebahagian Israel semasa pemerintahan Omri), dan Ahab. (1Ra 15:9, 25, 33; 16:8, 15, 16, 21, 23, 29) Selepas kematian Asa, anaknya Yehosafat telah menggantikannya sebagai raja.​—1Ra 15:24.

Permata Rohani

w98 15/9 21-22

Adakah Tuhan Nyata bagi Anda?

Perhatikan nubuat tentang hukuman bagi orang yang cuba membina semula kota Yerikho dan bagaimana nubuat itu menjadi kenyataan. Yosua 6:26 menyatakan, “Pada masa itu, Yosua bersumpah di hadapan umum, ‘Sesiapa yang mencuba membina semula kota Yerikho akan menjadi orang yang terkutuk di hadapan Yehuwa. Sesiapa yang meletakkan asas kota itu akan kehilangan anak sulungnya, manakala sesiapa yang memasang pintu-pintu gerbang kota itu akan kehilangan anak bongsunya.’” Nubuat itu menjadi kenyataan 500 tahun kemudian. Satu Raja-Raja 16:34 menyatakan, “Pada masa pemerintahan Ahab, Hiel orang Bethel telah membina semula kota Yerikho. Dengan meletakkan asas kota Yerikho, Hiel menggadaikan nyawa anak sulungnya, Abiram. Dengan memasang pintu gerbang kota itu, dia menggadaikan nyawa anak bongsunya, Segub. Hal itu sesuai dengan apa yang pernah difirmankan Yehuwa melalui Yosua anak Nun.” Sememangnya, hanya Tuhan yang benar dapat menyatakan nubuat sebegini dan memastikan nubuat itu menjadi kenyataan.

10-16 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 RAJA-RAJA 19-20

Permata Rohani

w97 1/11 31 ¶1

Teladan yang Setia dan Sikap Rela Berkorban

Ramai hamba Tuhan hari ini juga rela berkorban demi-Nya. Ada yang sanggup meninggalkan “tanah” mereka, iaitu kehidupan yang selesa, untuk menginjil di kawasan yang terpencil atau berkhidmat sebagai ahli Bethel. Ada juga yang pergi ke negara lain untuk membantu dalam projek pembinaan. Ramai saudara saudari rela melakukan kerja yang mungkin dipandang remeh. Tidak kira apa pun khidmat yang dilakukan, Yehuwa amat menghargainya dan Dia akan memberkati mereka kerana mereka rela berkorban demi-Nya.—Markus 10:29, 30.

17-23 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 1 RAJA-RAJA 21-22

“Tirulah Cara Yehuwa Menggunakan Kekuasaan-Nya”

it-2 1215

Yehuwa, Ketua Angkatan Syurga

Semasa di kota Yerikho, satu malaikat telah menemui Yosua. Maka, Yosua bertanya kepadanya sama ada dia berpihak kepada orang Israel atau musuh. Malaikat itu menjawab, “Sebenarnya, aku datang sebagai ketua tentera Yehuwa.” (Yos 5:13-15) Pada masa lain, Nabi Mikhaya memberitahu Raja Ahab dan Raja Yehosafat, “Hamba nampak Yehuwa sedang duduk di atas takhta-Nya, dan seluruh angkatan tentera syurga berdiri di sebelah kanan dan di sebelah kiri-Nya.” Angkatan tentera syurga merujuk kepada para malaikat. (1Ra 22:19-21) Gelaran “Yehuwa, ketua angkatan syurga” memang sesuai. Hal ini kerana para malaikat bukan hanya dibahagikan kepada golongan kerub, serafim, dan malaikat, (Yes 6:2, 3; Kej 3:24; Why 5:11) tetapi mereka juga diaturkan dalam pasukan masing-masing seperti tentera. Oleh sebab itu, Yesus Kristus dapat kata bahawa terdapat “lebih daripada 12 pasukan malaikat” yang bersedia untuk membantunya. (Mt 26:53) Dalam doa Raja Hizkia, dia berkata, “Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel, yang bertakhta di atas kerub-kerub.” Dia mungkin merujuk kepada tabut perjanjian dan kerub-kerub di atas penutupnya yang melambangkan takhta Yehuwa di syurga. (Yes 37:16; bandingkan 1Sa 4:4; 2Sa 6:2.) Semasa para musuh mengepung kota mereka, pembantu Elisa berasa sangat takut. Kemudian dia melihat kawasan pergunungan di sekeliling kota itu “penuh dengan kuda-kuda berapi dan kereta kuda berapi.” Penglihatan yang menunjukkan angkatan tentera di syurga itu telah menguatkannya.—2Ra 6:15-17.

it-1 617

Dusta

Tuhan Yehuwa membiarkan orang yang suka mendengar dusta “ditipu oleh pengaruh yang menyesatkan sehingga mereka percaya kepada dusta itu,” dan bukannya berita baik tentang Yesus Kristus. (2Te 2:9-12) Prinsip ini digambarkan dalam kisah Raja Ahab dari Israel yang terjadi beberapa abad yang lalu. Para nabi yang berdusta meyakinkan Ahab bahawa dia akan menang dalam peperangan melawan Ramot-gilead, sedangkan Mikhaya, nabi Yehuwa, menubuatkan malapetaka. Sebagaimana yang disingkapkan dalam penglihatan kepada Mikhaya, Yehuwa membiarkan satu makhluk roh menggunakan kuasanya untuk “membuat semua nabi Ahab bercakap bohong.” Makhluk itu menyebabkan mereka mengucapkan apa yang ingin dikatakan mereka dan apa yang ingin didengari Ahab daripada mereka. Meskipun Ahab diberi amaran, dia lebih suka ditipu oleh dusta-dusta mereka. Akibatnya dia kehilangan nyawanya.​—1Ra 22:1-38; 2Ta 18.

24-30 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 RAJA-RAJA 1-2

Permata Rohani

w05 1/8 9 ¶1

Sorotan daripada Buku Dua Raja-Raja

2:11​—Bible kata, “Elia diangkat ke langit dengan angin ribut.” Apakah “langit” yang dimaksudkan? Langit yang dimaksudkan bukannya alam semesta atau syurga di mana Yehuwa dan para malaikat-Nya tinggal. (Ulangan 4:19; Mazmur 11:4; Matius 6:9; 18:10) Sebaliknya, “langit” ini merujuk kepada atmosfera bumi. (Mazmur 78:26; Matius 6:26) Nampaknya kereta kuda berapi itu memindahkan Elia ke tempat lain di bumi dan dia tinggal di situ untuk suatu jangka waktu. Beberapa tahun kemudian, Elia menulis sepucuk surat kepada Yehoram, raja Yehuda.​—2 Tawarikh 21:1, 12-15.

31 OKTOBER–6 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 RAJA-RAJA 3-4

Permata Rohani

it-2 185

Nabi

“Sekumpulan nabi.” Istilah ini berasal daripada ungkapan bahasa Ibrani mib·benehʹ han·nevi·ʼimʹ yang boleh diterjemahkan sebagai “anak-anak nabi.” Menurut Gesenius’ Hebrew Grammar (Oxford, 1952, ms. 418), perkataan Ibrani ben (anak lelaki) atau benehʹ (anak-anak lelaki) mungkin merujuk kepada ‘anggota persatuan, masyarakat, suku, atau golongan tertentu.’ (Bandingkan Ne 3:8; ungkapan “seorang pembuat minyak wangi” secara harfiah ialah “anak seorang pembuat minyak wangi.”) Jadi, ungkapan “sekumpulan nabi” (atau “anak-anak nabi”) mungkin merujuk kepada sekolah yang melatih nabi atau persatuan nabi. Kumpulan-kumpulan nabi sebegini terdapat di Bethel, Yerikho, dan Gilgal. (2Ra 2:3, 5; 4:38; bandingkan 1Sa 10:5, 10.) Samuel memimpin sekumpulan nabi di Rama (1Sa 19:19, 20), dan nampaknya Elisa juga memainkan peranan yang sama pada zamannya. (2Ra 4:38; 6:1-3; bandingkan 1Ra 18:13.) Bible mencatatkan bahawa sekumpulan nabi menggunakan kapak yang dipinjam untuk membina tempat tinggal mereka. Catatan ini menunjukkan mereka hidup sederhana. Walaupun mereka berkongsi tempat tinggal dan makanan, mereka mungkin menerima tugasan yang berbeza.​—1Ra 20:35-42; 2Ra 4:1, 2, 39; 6:1-7; 9:1, 2.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi