PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr23 November ms. 1-4
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2023
  • Tajuk Kecil
  • 6-12 NOVEMBER
  • 13-19 NOVEMBER
  • 20-26 NOVEMBER
  • 27 NOVEMBER–3 DISEMBER
  • 18-24 DISEMBER
  • 25-31 DISEMBER
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2023
mwbr23 November ms. 1-4

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2023 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

6-12 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 13-14

“Jika Manusia Mati, Dapatkah Mereka Hidup Semula?”

Permata Rohani

it-1 33

Abu

Abu juga dapat menggambarkan sesuatu yang tidak berguna atau tiada nilai. Sebagai contoh, Abraham mengakui di hadapan Yehuwa, “Aku ini hanyalah debu dan abu.” (Kej 18:27; lihat juga Yes 44:20; Ayb 30:19.) Ayub juga menyamakan kata-kata sahabat palsunya “seperti abu.”​—Ayb 13:12.

13-19 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 15-17

Permata Rohani

w06 15/3 14 ¶11

Sorotan daripada Buku Ayub

7:9, 10; 10:21; 16:22​—Adakah kata-kata Ayub menunjukkan bahawa dia tidak mempercayai harapan pembangkitan? Tidak. Kata-kata Ayub di Ayub 14:13-15 menunjukkan bahawa dia memang mempercayai pembangkitan akan berlaku. Jadi, apakah yang mungkin dimaksudkan oleh Ayub semasa mengucapkan kata-kata tersebut? Satu kemungkinan ialah jika dia mati, sahabat-sahabatnya tidak akan jumpa dia lagi. Ayub seolah-olah tidak akan kembali ke rumahnya, dan dia tidak akan dikenang lagi sehingga Tuhan membangkitkannya. Satu lagi kemungkinan ialah Ayub memaksudkan bahawa seseorang tidak dapat kembali dari kuburan, atau hidup semula dengan usahanya sendiri.

20-26 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 18-19

“Jangan Abaikan Rakan Seiman Anda”

w90 1/9 22 ¶20

Adakah Anda “Menginginkan Pekerjaan yang Baik”?

20 Kadangkala, seorang penatua atau pembantu sidang mungkin perlu diberhentikan daripada khidmatnya ataupun dia mengundur diri daripada tugasannya. Jika begitu, situasi itu mungkin membuatnya rasa tertekan. Jika para penatua sedar bahawa saudara itu tawar hati, dan sekiranya dia bukanlah seorang yang telah disingkirkan, para penatua haruslah memberi dia sokongan dan galakan. (1 Tesalonika 5:14) Mereka boleh bantunya sedar bahawa dia masih memainkan peranan yang penting dalam sidang. Jika dia telah menerima teguran, dia masih boleh berkhidmat semula sebagai saudara terlantik pada masa depan kalau dia tetap rendah hati dan sudi menerima nasihat.

27 NOVEMBER–3 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 20-21

“Adakah Kekayaan Tanda Perkenan Tuhan?”

w07 1/8 29 ¶12

Adakah Anda “Kaya di Mata Tuhan”?

12 Yesus sedang membandingkan seseorang yang kaya di mata Tuhan dengan seseorang yang mengumpulkan harta di bumi. Yesus mengajar bahawa kita tidak harus bertumpu kepada harta di bumi atau keseronokan. Sebaliknya, kita harus menggunakan harta milik kita untuk membina hubungan yang baik dengan Yehuwa. Dengan demikian, kita dapat jadi kaya di mata Tuhan. Mengapa? Kerana hal ini membolehkan kita meraih berkat daripada Yehuwa. Bible kata, “Berkat Yehuwalah yang menjadikan seseorang kaya, dan berkat-Nya tidak disertai kepedihan hati.”​—Amsal 10:22.

Permata Rohani

w95 1/1 9 ¶19

Menewaskan Syaitan dan Pekerjaannya

19 Kata-kata Elifas dan Zofar yang mencerminkan pandangan Syaitan telah ‘mengganggu fikiran’ Ayub. (Ayub 4:13-18; 20:2, 3) Akibatnya, Ayub mengalami ‘keperitan’ dan dia “dicengkam kengerian,” lalu mengucapkan “kata-kata yang melulu.” (Ayub 6:2-4; 30:15, 16) Walaupun begitu, Elihu mendengar kata-kata Ayub dengan teliti dan membantu Ayub untuk melihat situasinya dari pandangan Yehuwa. Seperti Elihu, para penatua mengambil berat terhadap mereka yang mengalami trauma atau hal-hal yang mengganggu fikiran mereka. Saudara saudari juga mungkin berasa gelisah kerana mimpi ngeri, seperti yang dialami Ayub. (Ayub 7:14) Jadi para penatua tidak mahu buat mereka rasa lebih tertekan. Sebaliknya, mereka mendengar dengan sabar dan melegakan rakan seiman mereka dengan Firman Tuhan.​—Ayub 33:1-3, 7; Yakobus 4:7; 5:13-15.

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

g 5/09 12-13

Pandangan Bible—Adakah Tuhan Mahu Anda Menjadi Kaya?

“Tuhan telah memberkati saya hari ini! Saya akan mendapat kerja yang bergaji tinggi!”

“Impian saya adalah untuk jadi kaya-raya sebab Tuhan telah berjanji bahawa saya akan diberkati dengan kekayaan.”

“Tuhan memberi kita kuasa untuk menjadi kaya.”

“Bible bantu saya menjadi kaya.”

KATA-KATA ini menunjukkan apa yang diajarkan oleh sesetengah kumpulan agama tentang Tuhan. Mereka ajar bahawa orang yang berbuat baik akan diberkati dengan kekayaan. Ajaran ini diterima oleh ramai orang, dan buku-buku yang menggalakkan pandangan ini sangat popular. Tapi, adakah pandangan ini selaras dengan ajaran Bible?

Sudah tentu, Pencipta kita, iaitu “Tuhan yang gembira,” ingin kita hidup bahagia dan berjaya. (1 Timotius 1:11; Mazmur 1:1-3) Dia juga berjanji untuk memberkati orang yang menyenangkan hati-Nya. (Amsal 10:22) Tapi, adakah berkat-Nya sekadar harta dan wang? Jawapannya ada kaitan dengan tujuan Tuhan dan zaman kita.

Adakah Ini Masanya untuk Memperoleh Kekayaan?

Pada zaman dulu, Yehuwa memberkati sesetengah orang dengan kekayaan, seperti Ayub dan Raja Salomo. (1 Raja-Raja 10:23; Ayub 42:12) Tetapi ada yang tidak hidup mewah, seperti Yohanes Pembaptis dan Yesus Kristus. (Markus 1:6; Lukas 9:58) Apakah pengajarannya? Menurut Bible, Tuhan memperlakukan umat-Nya sesuai dengan kehendak-Nya pada masa itu. (Pengkhutbah 3:1) Bagaimana pula dengan hari ini?

Nubuat Bible menunjukkan bahawa kita sedang hidup pada “penghujung sistem,” atau “hari-hari terakhir” dunia ini. Zaman ini akan dipenuhi dengan peperangan, wabak penyakit, kebuluran, gempa bumi, dan orang jahat. Itulah yang kita lihat sejak 1914. (Matius 24:3; 2 Timotius 3:1-5; Lukas 21:10, 11; Wahyu 6:3-8) Dunia ini seperti kapal yang sedang karam! Oleh itu, adakah masuk akal untuk Tuhan memberkati umat-Nya dengan kekayaan, atau adakah Tuhan ingin kita melakukan hal lain yang lebih penting?

Kita boleh lihat apa yang Tuhan ingin kita utamakan daripada kata-kata Yesus. Yesus menyamakan zaman kita dengan zaman Nuh. Yesus kata, “Sebagaimana keadaannya pada zaman Nuh, begitulah keadaannya semasa kehadiran Anak Manusia. Sebelum Banjir melanda, orang makan dan minum, lelaki dan wanita berkahwin, sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera; mereka tidak ambil peduli, sehingga Banjir melanda dan melenyapkan mereka semua. Begitulah keadaannya semasa kehadiran Anak Manusia.” (Matius 24:37-39) Yesus juga menyamakan zaman kita dengan zaman Lot. Orang di Sodom dan Gomora “makan minum, berjual beli, bercucuk tanam, dan membina rumah. Tetapi pada hari Lot keluar dari Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua. Demikianlah keadaannya pada hari Anak Manusia menampakkan diri.”​—Lukas 17:28-30.

Jadi daripada dua kisah ini, apakah sepatutnya keutamaan hidup kita? Sudah tentu, tidak salah untuk makan, minum, berkahwin, dan berjual beli. Tetapi masalahnya adalah apabila kita terlampau bertumpu kepada hal-hal ini sehingga kita tidak lagi sedar bahawa kita sedang hidup pada hari-hari terakhir dan tidak lagi mengutamakan Yehuwa. Jadi, tanyalah diri, “Adakah Tuhan sedang membantu kita berjaga-jaga jika Dia memberkati kita dengan kekayaan? Bukankah hal ini akan menyusahkan kita saja?” Itu bukan cara Tuhan yang pengasih.​—1 Timotius 6:17; 1 Yohanes 4:8.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

g 9/15 6

Pandangan yang Seimbang terhadap Wang

Kita perlu menyelidiki diri supaya dapat memupuk pandangan yang seimbang terhadap wang. Tanyalah diri soalan-soalan berikut:

◻ Adakah saya tertarik kepada skim cepat kaya?

◻ Adakah saya rasa susah untuk menunjukkan kemurahan hati?

◻ Adakah kawan-kawan saya orang yang sering bercakap tentang wang dan harta benda?

◻ Adakah saya sanggup menipu atau melakukan hal-hal yang salah demi mendapatkan lebih banyak wang?

◻ Adakah wang mempengaruhi pandangan saya terhadap diri sendiri?

◻ Adakah saya selalu berfikir tentang wang?

◻ Adakah saya terlalu risau tentang wang sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan keluarga saya?

Jika anda menjawab “ya” kepada mana-mana soalan itu, berusahalah untuk menolak pandangan yang materialistik dan godaan untuk menjadi kaya. Elakkan bergaul dengan orang yang terlalu mementingkan wang dan harta benda. Sebaliknya, bergaullah dengan orang yang mementingkan prinsip Bible yang murni dan bukannya harta benda.

Janganlah biarkan sikap cinta akan wang berakar dalam hati anda. Dengan berbuat demikian, anda akan memupuk pandangan yang seimbang terhadap wang. Wang sememangnya penting, tetapi ingatlah bahawa keluarga, kawan, kesihatan fizikal, dan kesihatan emosi anda jauh lebih penting daripadanya.

18-24 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 28-29

“Adakah Anda Mempunyai Reputasi yang Baik seperti Ayub?”

it-2 268

Pakaian

Kadangkala, pakaian digunakan secara kiasan untuk menggambarkan bahawa seseorang terlibat dalam kegiatan tertentu atau mewakili suatu organisasi. Ini seperti perumpamaan Yesus tentang seorang tetamu yang tidak memakai pakaian yang sesuai semasa menghadiri majlis perkahwinan. (Mt 22:11, 12) Di Wahyu 16:14, 15, Yesus juga memberikan amaran bahawa seseorang yang tidak berjaga-jaga mungkin akan kehilangan jubah luarnya, yang melambangkan identitinya sebagai umat Tuhan. Sudah pasti akibatnya akan sangat teruk jika hal ini berlaku sejurus sebelum perang Armagedon.

w09 1/2 15 ¶3-4

Apakah Nama yang Anda Mahu Cipta untuk Diri Sendiri?

Semasa lahir, kita tidak dapat menamakan diri sendiri. Tetapi seraya kita menjadi dewasa, kita boleh pilih nama yang kita ingin cipta untuk diri sendiri. (Amsal 20:11) Fikirlah sejenak: “Jika Yesus atau para rasul berada di bumi sekarang, apakah nama yang akan mereka pilih untuk menggambarkan sikap atau reputasi saya?”

Soalan ini sangatlah penting. Mengapa? Raja Salomo mengatakan, “Memilih nama baik lebih baik daripada memilih kekayaan yang melimpah; kehormatan lebih baik daripada emas dan perak.” (Amsal 22:1) Ya, reputasi atau nama baik dalam kalangan masyarakat memang sangat bernilai. Tapi, yang lebih penting lagi, nama baik di mata Tuhan akan memberi kita kurniaan yang berkekalan. Bible berjanji bahawa Tuhan akan mencatatkan nama orang yang setia dalam “kitab peringatan,” dan Dia akan memberi mereka peluang untuk hidup selama-lamanya.​—Maleakhi 3:16; Wahyu 3:5; 20:12-15.

Permata Rohani

g00 8/7 11 ¶3

Ada Banyak Manfaat jika Anda Senyum

Adakah senyuman benar-benar bermanfaat? Fikirkanlah hal ini: Apakah perasaan anda apabila seseorang senyum kepada anda? Barangkali anda rasa lega dan relaks, bukan? Atau bagaimana pula jika orang itu tidak senyum kepada anda? Anda mungkin rasa gementar atau risau. Ya, senyuman dapat mewujudkan suasana yang tenang dan selesa. Itulah yang Ayub lakukan terhadap sahabat-sahabat palsunya. Bible kata, “Mereka hampir tidak percaya apabila aku senyum kepada mereka; seri wajahku meyakinkan dan menenangkan jiwa mereka.” (Ayub 29:24) Ungkapan “seri wajahku” mungkin merujuk kepada raut wajah Ayub yang ceria, atau semangat dan sikapnya yang positif.

25-31 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | AYUB 30-31

“Bagaimana Ayub Tetap Berkelakuan Murni”

w10 15/11 5-6 ¶15-16

Kaum Muda—Biarlah Firman Tuhan Membimbing Anda

15 Apabila anda bersama orang lain, misalnya di sekolah atau tempat kerja, anda mungkin bersedia melawan godaan. Tetapi, bagaimana pula semasa anda bersendirian? Pada masa itu, godaan untuk melakukan hal yang tidak baik akan menjadi paling kuat. Hal ini demikian kerana anda mungkin rasa relaks dan selamat, dan tidak begitu berjaga-jaga.

16 Mengapakah penting untuk terus mentaati Yehuwa semasa anda bersendirian? Kerana tindakan anda dapat menggembirakan hati Yehuwa atau membuat-Nya sedih. (Kej. 6:5, 6; Ams. 27:11) Apa yang anda lakukan dapat mempengaruhi perasaan Yehuwa kerana Bible kata bahawa “Dia mengambil berat tentang kamu.” (1 Ptr. 5:7) Dia ingin anda mematuhi-Nya dan meraih manfaat. (Yes. 48:17, 18) Apabila orang Israel menolak nasihat Yehuwa, Dia berasa sangat sakit hati. (Mzm. 78:40, 41) Sebaliknya, Nabi Daniel membuat Yehuwa sangat gembira kerana ketaatannya. Yehuwa amat mengasihinya, dan Daniel bahkan dipanggil sebagai orang yang “sangat berharga di mata Tuhan.” (Dan. 10:11) Yehuwa amat bangga akan Daniel kerana dia tetap setia, tidak kira di khalayak ramai mahupun semasa dia bersendirian.​—Baca Daniel 6:10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi