Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
6-12 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 47-51
Mencari Permata Rohani
(Yesaya 50:1) Yehuwa berfirman, “Jangan sangka bahawa Aku mengusir kamu umat-Ku, seperti seorang suami menceraikan isterinya. Jika demikian, di manakah surat cerai itu? Adakah kamu menyangka bahawa Aku menjual kamu seperti seorang bapa menjual anaknya kepada penagih hutang? Tidak, kamu ditawan kerana dosa kamu; kamu dibuang kerana kejahatan yang telah kamu lakukan.
it-1-IN 502 ¶3-4
Perceraian
Perceraian Kiasan. Dalam Bible, hubungan perkahwinan digunakan secara kiasan. (Yes 54:1, 5, 6; 62:1-6) Perceraian, atau perbuatan mengusir isteri, juga membawa erti kiasan.—Yer 3:8.
Pada tahun 607 SM, Yehuda ditewaskan dan Yerusalem pula dibinasakan. Kemudian, penduduk dari kawasan itu dibawa ke pembuangan di Babilon. Bertahun-tahun sebelumnya, Yehuwa telah bernubuat kepada orang Yahudi yang akan berada di pembuangan itu. Dia berkata, “Jika demikian, di manakah surat cerai itu?” (Yes 50:1) Perkara buruk ini berlaku bukan kerana Yehuwa tidak menepati perjanjian-Nya dengan orang Yahudi, lalu “bercerai” dengan mereka. Sebaliknya, orang Yahudilah yang tidak mematuhi Hukum Yehuwa. Maka, mereka tidak boleh mengatakan bahawa Yehuwa yang memutuskan untuk “bercerai” dengan mereka. Walaupun demikian, terdapat sesetengah orang Israel yang bertaubat dan memohon agar Yehuwa, yang bagaikan suami mereka, memulihkan hubungan dengan mereka. Demi nama-Nya, Yehuwa membebaskan umat-Nya daripada pembuangan. Akhirnya, selepas 70 tahun, umat-Nya pulang ke tanah air mereka pada tahun 537 SM, seperti yang dijanjikan Yehuwa.—Mz 137:1-9; lihat PERKAHWINAN.
13-19 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 52-57
Mencari Permata Rohani
(Yesaya 57:15) Akulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.
w05-IN 15/10 26 ¶3
Pupuklah Kerendahan Hati
Teladan Agung dalam Menunjukkan Kerendahan Hati
3 Walaupun Yehuwa maha kuasa dan maha tinggi, Dia “mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya.” (2 Tawarikh 16:9) Apabila Yehuwa melihat umat-Nya remuk hati kerana dibebani masalah, apakah yang akan dilakukan-Nya? Melalui daya aktif-Nya, Tuhan seolah-olah sedang merendahkan diri-Nya untuk ‘tinggal bersama-sama’ orang yang remuk hati ‘supaya Dia dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.’ (Yesaya 57:15) Dengan demikian, mereka dapat kembali berkhidmat kepada-Nya dengan sukacita. Sememangnya, Yehuwa ialah Tuhan yang rendah hati!
20-26 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 58-62
Mencari Permata Rohani
(Yesaya 61:8, 9) Yehuwa berfirman, “Aku mencintai keadilan, dan Aku membenci penindasan dan jenayah. Dengan setia Aku akan memberikan ganjaran kepada umat-Ku; Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka. 9 Keturunan mereka akan menjadi terkenal di mana-mana, termasyhur antara bangsa-bangsa; setiap orang yang nampak mereka akan tahu bahawa merekalah bangsa yang telah Kuberkati.”
w07-IN 15/1 11 ¶5
Sorotan daripada Buku Yesaya—II
Jawapan bagi Pertanyaan Bible:
61:8, 9—Apakah yang dimaksudkan dengan “perjanjian yang kekal,” dan siapakah “keturunan” yang disebut dalam ayat ini? “Perjanjian yang kekal” merujuk kepada perjanjian baharu yang dibuat oleh Yehuwa dengan orang Kristian yang terurap. “Keturunan” pula merujuk kepada “biri-biri lain,” iaitu jutaan orang yang menerima mesej yang disampaikan oleh kaum terurap.—Yohanes 10:16.
27 FEBRUARI–5 MAC
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 63-66
Mencari Permata Rohani
(Yesaya 63:5) Aku hairan kerana tidak mendapati seorang pun ketika Aku mencari orang untuk menolong Aku. Tetapi kemurkaan-Ku yang berkobar-kobar menjadikan Aku kuat, dan Aku menang dengan kekuatan-Ku sendiri.
w07-IN 15/1 11 ¶6
Sorotan daripada Buku Yesaya—II
63:5—Perasaan murka mendorong Tuhan untuk melakukan apa? Kemurkaan Tuhan dapat dikawal, dan merujuk kepada kemarahan yang ditunjukkan demi apa yang benar. Perasaan murka mendorong Tuhan untuk menjatuhkan hukuman yang adil.