-
Dia Belajar untuk Berbelas KasihanTirulah Iman Mereka
-
-
8 Setelah raja mendengar mesej yang disampaikan oleh Yunus, dia juga mula takut akan Tuhan. Dia bangun dari takhtanya, menanggalkan pakaian dirajanya, memakai kain guni, dan bahkan “duduk di atas abu.” Kemudian dia dan para pembesarnya memberikan perintah rasmi bahawa semua orang harus berpuasa. Semua orang dan binatang ternakan mereka juga harus memakai kain guni.b Dengan rendah hati, raja mengakui bahawa rakyatnya bersalah kerana melakukan kejahatan dan keganasan. Dia berkata, “Mungkin Tuhan yang benar akan mengubah fikiran-Nya dan tidak lagi murka, maka kita tidak akan dibinasakan.”—Yun. 3:6-9.
-
-
Dia Belajar untuk Berbelas KasihanTirulah Iman Mereka
-
-
b Perintah ini nampaknya aneh. Tetapi hal ini pernah berlaku pada zaman kuno. Herodotus, seorang sejarawan Yunani, berkata bahawa semasa orang Persia kuno berkabung untuk jeneral mereka, binatang-binatang ternakan mereka juga perlu dilibatkan dalam adat perkabungan.
-