-
Dia Belajar untuk Berbelas KasihanTirulah Iman Mereka
-
-
20 Dia membantu Yunus untuk mempunyai pandangan yang betul dengan berkata, “Labu air itu tumbuh dalam satu malam dan mati dalam satu malam. Engkau langsung tidak menumbuhkannya atau memeliharanya, tetapi engkau masih berasa kasihan terhadap tanaman itu. Maka, tidak patutkah Aku berasa kasihan terhadap Niniwe, kota besar itu? Ada banyak binatang di kota itu dan ada lebih daripada 120,000 orang di kota itu yang tidak tahu membezakan apa yang benar daripada apa yang salah.”—Yun. 4:10, 11.
21. (a) Apakah pengajaran penting yang ingin disampaikan oleh Yehuwa kepada Yunus? (b) Bagaimanakah kisah Yunus membantu kita untuk memeriksa hati kita masing-masing?
21 Dapatkah anda memahami pengajaran penting yang ingin disampaikan oleh Yehuwa? Yunus tidak pernah melakukan apa-apa pun untuk menjaga tanaman itu. Sebaliknya Yehuwa ialah Sumber kehidupan semua orang Niniwe dan Dia telah menjaga mereka, sebagaimana Dia telah menjaga semua makhluk hidup di bumi. Jadi mengapakah Yunus boleh berfikir bahawa tanaman itu lebih penting daripada nyawa 120,000 orang penduduk Niniwe dan binatang ternakan mereka? Adakah Yunus telah membiarkan sikap mementingkan diri bercambah dalam hatinya? Sebenarnya Yunus berasa kasihan terhadap tanaman itu semata-mata kerana tanaman itu memberinya teduh. Yunus juga marah kepada orang Niniwe kerana dia ingin menjaga air muka sendiri. Kisah Yunus membantu kita untuk memeriksa hati kita masing-masing. Siapakah antara kita yang tidak pernah bersikap mementingkan diri? Biarpun begitu, Yehuwa masih mengajar kita dengan sabar. Dia ingin kita meniru-Nya dengan menjaga kepentingan orang lain dan lebih berbelas kasihan.
-