-
Tetap Bersih di Mata TuhanNikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
-
-
4. Hentikan tabiat buruk
Yehuwa dapat bantu kita membuang tabiat yang buruk
Jika anda merokok atau menyalahgunakan dadah, anda mungkin rasa sangat susah untuk berhenti. Tapi, anda dapat mengatasinya dengan memikirkan kesan buruk tabiat itu. Baca Matius 22:37-39, kemudian bincang bagaimana rokok atau penyalahgunaan dadah mempengaruhi . . .
hubungan anda dengan Yehuwa.
keluarga anda dan orang lain.
Buatlah rancangan untuk menghentikan tabiat yang buruk.b Mainkan VIDEO.
Baca Filipi 4:13, kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah rutin rohani yang baik, seperti berdoa, mempelajari Bible, dan menghadiri perjumpaan, dapat memberi anda kekuatan untuk mengatasi tabiat buruk?
5. Elakkan fikiran dan perbuatan yang najis
Baca Kolose 3:5, kemudian bincang soalan berikut:
Bagaimanakah kita tahu bahawa pornografi, sexting,c dan melancap ialah perbuatan yang najis di mata Yehuwa?
Pada pendapat anda, adakah munasabah bagi Yehuwa untuk meminta kita agar bersih secara moral? Mengapa?
Belajar cara untuk melawan fikiran yang tidak senonoh. Mainkan VIDEO.
Perumpamaan Yesus membantu kita sedar bahawa kita perlu mengambil tindakan yang tegas untuk tetap bersih secara moral. Baca Matius 5:29, 30, kemudian bincang soalan berikut:
Yesus tidak bermaksud kita patut mencederakan diri. Sebaliknya, dia menegaskan bahawa kita perlu bertindak untuk melawan fikiran yang kotor. Apakah tindakan yang perlu kita ambil?d
Jika anda sedang berusaha melawan fikiran yang najis, Yehuwa menghargai usaha anda. Baca Mazmur 103:13, 14, kemudian bincang soalan berikut:
Jika anda sedang bergelut dengan tabiat yang najis, bagaimanakah ayat ini dapat menggalakkan anda untuk tidak putus asa?
Jatuh tapi tidak ditewaskan!
Adakah anda ingin putus asa kerana gagal menghentikan tabiat yang buruk? Fikirlah contoh berikut: Jika seorang pelari terjatuh semasa perlumbaan, dia masih boleh bangun dan teruskan perlumbaannya. Begitu juga, jika anda tergoda lalu menyerah kepada tabiat lama, usaha anda tidak sia-sia. Anda masih dapat teruskan perjuangan untuk melawannya. Maka janganlah putus asa! Anda dapat berjaya dengan bantuan Yehuwa.
-
-
Pandangan Orang Kristian tentang AlkoholNikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
-
-
6. Mengatasi masalah peminuman
Lihatlah apa yang membantu seorang lelaki berhenti menyalahgunakan alkohol. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah kesan alkohol terhadap kelakuan Dmitry?
Dapatkah dia berhenti minum dengan serta-merta?
Bagaimanakah dia berjaya mengatasi ketagihannya?
Baca 1 Korintus 6:10, 11, kemudian bincang soalan berikut:
Betapa seriuskah kemabukan di mata Tuhan?
Apakah yang menunjukkan bahawa seorang pemabuk dapat berubah?
Baca Matius 5:30, kemudian bincang soalan berikut:
Apabila Yesus kata kita perlu memotong tangan, hal itu bermaksud bahawa kita perlu buat pengorbanan untuk menyenangkan hati Yehuwa. Apakah yang dapat anda lakukan jika anda ketagihan alkohol?a
Baca 1 Korintus 15:33, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah kesannya jika anda bergaul dengan orang yang suka minum banyak alkohol?
-