-
Yesus Menyingkapkan “Kebijaksanaan Tuhan”Hampirilah Yehuwa
-
-
6-8. (a) Menurut ajaran Yesus, mengapakah kita tidak patut terlalu khuatir? (b) Apakah yang menunjukkan bahawa nasihat Yesus berasal daripada Tuhan?
6 Contohnya, fikirkanlah nasihat Yesus berkenaan cara menangani kekhuatiran. Di Matius bab 6, Yesus menasihati kita, “Jangan khuatir lagi tentang hidupmu, iaitu tentang apa yang akan kamu makan dan minum. Jangan khuatir lagi tentang tubuhmu, iaitu tentang apa yang akan kamu pakai.” (Ayat 25) Makanan dan pakaian ialah keperluan asas, maka memang tidak salah untuk risau tentang hal-hal ini. Tetapi Yesus memberitahu kita agar “jangan khuatir lagi” tentang hal-hal ini.b Mengapa?
7 Memandangkan Yehuwa telah memberi kita tubuh dan nyawa, sudah pasti Dia dapat memberi kita makanan dan pakaian. (Ayat 25) Jika Tuhan memberikan makanan kepada burung dan pakaian kepada bunga, sudah pasti Dia akan menjaga keperluan umat-Nya. (Ayat 26, 28-30) Lagipun seseorang yang terlalu khuatir bukannya dapat memanjangkan hidupnya walau sedikit pun.c (Ayat 27) Jadi apakah yang dapat kita lakukan agar tidak terlalu khuatir? Yesus berkata, “Hendaklah kamu sentiasa mengutamakan Kerajaan Tuhan.” Jika kita berbuat demikian, kita dapat yakin bahawa Tuhan akan memenuhi semua keperluan hidup kita. (Ayat 33) Akhirnya, Yesus memberikan cadangan yang praktikal dengan berkata, “Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.” (Ayat 34) Ya, tiada gunanya untuk risau akan hal-hal yang mungkin tidak akan berlaku.
-
-
Yesus Menyingkapkan “Kebijaksanaan Tuhan”Hampirilah Yehuwa
-
-
b Kata kerja Yunani yang diterjemahkan sebagai “khuatir” bererti “mengganggu fikiran.” Di Matius 6:25, perkataan ini merujuk kepada sesuatu yang mengganggu fikiran seseorang dan membuatnya begitu takut dan risau sehingga dia tidak dapat menikmati hidup.
-