PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 86 ms. 200-ms. 201 per. 1
  • Yesus Membangkitkan Lazarus

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Membangkitkan Lazarus
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Akulah Pembangkitan dan Kehidupan”
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Harapan bagi Orang yang Telah Mati​—Pembangkitan
    Menara Pengawal—2014
  • “Aku Percaya”
    Tirulah Iman Mereka
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal—2013
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 86 ms. 200-ms. 201 per. 1
Lazarus yang dibangkitkan serta adik-beradiknya, iaitu Maria dan Marta

CERITA 86

Yesus Membangkitkan Lazarus

Yesus mempunyai tiga sahabat karib yang tinggal di Betania. Mereka ialah Lazarus dan adik-beradiknya, iaitu Maria dan Marta. Pada suatu hari, Yesus berada di seberang Sungai Yordan. Maria dan Marta menghantar pesanan ini kepadanya: “Lazarus sangat sakit. Datanglah cepat!” Tetapi Yesus tidak terus pergi ke sana. Dua hari kemudian, Yesus mengajak rasulnya untuk pergi ke Betania. Dia berkata, “Lazarus sudah tidur dan saya akan membangunkannya.” Para rasulnya berkata, “Jika dia sedang tidur, dia akan sembuh.” Jadi Yesus memberitahu mereka bahawa Lazarus sebenarnya sudah mati.

Apabila Yesus tiba di Betania, Lazarus sudah dikuburkan selama empat hari. Ramai orang datang untuk melegakan hati Maria dan Marta. Sewaktu mengetahui bahawa Yesus telah sampai, Marta terus keluar menemuinya dan berkata, “Jika Tuan ada di sini, adikku tidak akan mati.” Yesus memberitahunya, “Adik kamu akan hidup semula. Adakah kamu percaya hal ini?” Marta menjawab, “Saya percaya dia akan hidup semula semasa pembangkitan.” Yesus berkata, “Sayalah pembangkitan dan kehidupan.”

Marta memberitahu Maria, “Yesus sudah sampai.” Maria segera berlari ke arah Yesus, dan orang ramai mengikutnya. Dia bersujud di depan Yesus dan menangis sambil berkata, “Jika Tuan ada di sini, adik kami tentu tidak akan mati!” Yesus mula menangis apabila melihat Maria begitu sedih. Orang ramai melihat Yesus menangis lalu berkata, “Dia sangat mengasihi Lazarus!” Tetapi ada juga yang tertanya-tanya, “Mengapakah dia tidak menyelamatkan kawannya?” Apakah yang akan dilakukan Yesus?

Yesus pergi ke kubur Lazarus, iaitu sebuah gua yang ditutup dengan sebuah batu besar. Dia berkata, “Alihkan batu itu.” Marta berkata, “Tapi sudah empat hari mayatnya di situ. Tentu busuk baunya.” Walaupun demikian, mereka tetap mengalihkan batu itu. Yesus mula berdoa, “Bapa, terima kasih kerana mendengar doa saya. Saya tahu Engkau selalu mendengar doa saya. Tapi, saya berkata demikian agar orang lain percaya bahawa Engkaulah yang mengutus saya.” Selepas itu, Yesus berseru, “Lazarus, keluarlah!” Kemudian, sesuatu yang menakjubkan berlaku. Lazarus keluar dari gua itu. Dia masih dibalut dengan kain. Jadi, Yesus berkata, “Tanggalkanlah kain itu dan biarlah dia pergi.”

Banyak orang beriman kepada Yesus selepas melihat apa yang telah berlaku. Tetapi ada yang melaporkan hal ini kepada orang Farisi. Sejak itu, orang Farisi ingin membunuh Yesus dan Lazarus. Salah seorang rasul Yesus, iaitu Yudas Iskariot, berjumpa dengan orang Farisi dan bertanya, “Berapakah yang akan kamu bayar jika saya bantu kamu untuk mencari Yesus?” Mereka bersetuju untuk membayarnya 30 keping wang perak. Sejak itu, Yudas asyik mencari peluang untuk menyerahkan Yesus kepada orang Farisi.

“Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, membebaskan kita daripada kematian. Ya, Dialah Tuhan yang menyelamatkan kita!”​—Mazmur 68:20

Soalan: Ceritakan bagaimana Lazarus dibangkitkan. Apakah yang ingin dilakukan oleh orang Farisi apabila mendengar tentang Lazarus?

Matius 26:14-16; Yohanes 11:1-53; 12:10

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi