-
Ceramah Di Atas GunungYesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
Dia berkata, ‘Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka, kerana Kerajaan di syurga milik mereka. Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana hati mereka akan dilegakan. Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan keadilan, kerana mereka akan dipuaskan. Berbahagialah orang yang dianiaya kerana melakukan apa yang benar, kerana Kerajaan di syurga milik mereka. Berbahagialah kamu apabila orang menghina dan menganiaya kamu kerana kamu pengikutku. Hendaklah kamu bergembira dan melimpah dengan sukacita.’—Matius 5:3-12.
-
-
Ceramah Di Atas GunungYesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
-
-
Orang yang benar-benar bahagia sedar akan keperluan rohani mereka, sedar bahawa mereka berdosa, dan ingin mengenal serta menyembah Tuhan. Meskipun mereka dihina atau dianiaya kerana melakukan kehendak Tuhan, mereka tetap bahagia dan bersukacita. Mereka tahu bahawa mereka mendapat perkenan Tuhan dan akan menikmati kehidupan abadi.
-