PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 17
  • Apakah Sifat-Sifat Yesus?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Sifat-Sifat Yesus?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Siapakah Yesus?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Yesus Rela Membantu Orang Mengenal Bapanya
    Menara Pengawal—2012
  • Siapakah Yesus Kristus?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Apakah yang Yesus Lakukan semasa di Bumi?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 17
Pelajaran 17. Yesus menghulurkan tangannya lalu menyembuh seorang lelaki.

PELAJARAN 17

Apakah Sifat-Sifat Yesus?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Selepas kita belajar tentang kehidupan Yesus di bumi, sudah tentu kita lebih tertarik untuk menghampirinya dan Bapanya Yehuwa. Mari kita belajar sesetengah sifat baik Yesus dan bagaimana kita dapat menunjukkannya dalam kehidupan kita.

1. Bagaimanakah Yesus menunjukkan dia seperti Bapanya?

Sebelum datang ke bumi, Yesus telah meluangkan berbilion-bilion tahun bersama Bapanya di syurga. Maka, cara Yesus berfikir, perasaannya, dan cara dia bertindak sama seperti Bapanya. (Baca Yohanes 5:19.) Itulah sebabnya Yesus kata, “Sesiapa yang sudah melihat aku sudah melihat Bapa juga.” (Yohanes 14:9) Apabila anda belajar tentang Yesus, anda juga akan lebih mengenali Yehuwa. Contohnya, Yesus sangat mengasihi manusia. Jadi, anda boleh yakin bahawa Yehuwa juga sangat mengasihi semua manusia, termasuk anda.

2. Bagaimanakah Yesus menunjukkan dia mengasihi Yehuwa?

Yesus kata, “Aku melakukan apa yang diperintahkan oleh Bapa agar dunia tahu bahawa aku mengasihi Bapa.” (Yohanes 14:31) Ya, kasih mendorong Yesus untuk mematuhi Bapanya, tidak kira pada masa senang mahupun susah. Selain itu, Yesus juga selalu mengajar orang tentang Bapanya supaya orang lain juga dapat menjadi sahabat Bapanya.​—Yohanes 14:23.

3. Bagaimanakah Yesus menunjukkan kasih kepada manusia?

Yesus kata manusia ialah ciptaan yang ‘paling dia sukai.’ (Amsal 8:31) Bagaimanakah Yesus menunjukkan kasihnya? Yesus rela membuat pengorbanan untuk membantu dan menggalakkan orang. Mukjizat yang dia lakukan menunjukkan bahawa dia berbelas kasihan. (Markus 1:40-42) Dia tidak berat sebelah dan selalu memperlakukan orang dengan baik. Kata-kata Yesus juga memberi orang harapan dan kelegaan. Bukan itu sahaja, Yesus sanggup mengorbankan nyawanya demi manusia. Sememangnya, Yesus sangat mengasihi orang, terutamanya mereka yang mengikut ajarannya.​—Baca Yohanes 15:13, 14.

KETAHUILAH

Belajar lebih banyak lagi tentang sifat-sifat Yesus. Perhatikan juga cara anda dapat meniru kasih dan kemurahan hati Yesus.

4. Yesus mengasihi Bapanya

Teladan Yesus mengajar kita cara untuk menunjukkan kasih kepada Tuhan. Baca Lukas 6:12 dan Yohanes 15:10; 17:26. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Yesus dan menunjukkan kasih kepada Yehuwa?

Yesus berdoa.

Yesus sangat mengasihi Bapanya dan selalu berdoa kepada-Nya

5. Yesus mengutamakan orang lain

Yesus mengutamakan keperluan orang lain. Walaupun dia penat, dia menggunakan masa dan tenaganya untuk membantu orang lain. Baca Markus 6:30-44, kemudian bincang soalan berikut:

  • Daripada kisah ini, bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia mengambil berat tentang orang?​—Lihat ayat 31, 34, 41, dan 42.

  • Mengapakah Yesus suka membantu orang?—Lihat ayat 34.

  • Perbuatan Yesus menunjukkan sifat-sifat Bapanya. Apakah yang anda belajar tentang Yehuwa daripada kisah ini?

  • Seperti Yesus, bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mengambil berat terhadap orang lain?

Yesus memberi makanan kepada beribu-ribu lelaki, wanita, dan kanak-kanak dengan menggunakan lima ketul roti dan dua ekor ikan kecil. Murid-muridnya mengedarkan makanan kepada orang.

6. Yesus murah hati

Yesus suka memberi dengan murah hati walaupun dia tidak kaya. Dia juga menggalakkan kita untuk bersikap murah hati. Baca Kisah 20:35, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut kata-kata Yesus, bagaimanakah kita dapat menjadi bahagia?

Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Bahagia kerana Memberi​—Sedutan (4:00)

  • Walaupun kita tidak kaya, apakah yang dapat kita beri?

Tahukah anda?

Bible mengajar kita untuk berdoa dalam nama Yesus. (Baca Yohanes 16:23, 24.) Dengan berbuat demikian, kita menunjukkan kita menghargai apa yang telah Yesus lakukan untuk bantu kita menjadi sahabat Yehuwa.

ADA ORANG KATA: “Tuhan tidak mengambil berat tentang kita.”

  • Daripada contoh Yesus, bagaimanakah kita tahu bahawa Yehuwa mengambil berat tentang kita?

RINGKASAN

Yesus mengasihi Yehuwa dan manusia. Yesus mencerminkan sifat-sifat Bapanya. Jika anda lebih mengenali Yesus, anda akan lebih mengenali Bapanya.

Ulang Kaji

  • Seperti Yesus, bagaimanakah kita dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa?

  • Seperti Yesus, bagaimanakah kita dapat menunjukkan kasih kepada orang lain?

  • Apakah sifat Yesus yang anda paling suka?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar sesetengah sifat Yesus yang dapat kita tiru.

“Contohilah Yesus” (Yesus​—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan, muka surat 317)

Kaji mengapa penting untuk berdoa dalam nama Yesus.

“Mengapa Berdoa dalam Nama Yesus?” (Menara Pengawal, 1 Februari 2008)

Adakah Bible sebut tentang rupa Yesus?

“Apakah Rupa Yesus?” (Rencana di laman web)

Apakah yang dapat kita belajar daripada cara Yesus melayan wanita?

“Tuhan Menghormati dan Menjaga Maruah Wanita” (Menara Pengawal, 1 September 2012)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi