PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 24 ms. 62-ms. 63 per. 7
  • Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • A7-C Peristiwa-Peristiwa Utama semasa Yesus Hidup di Bumi—Kerja Penyebaran Yesus di Galilea (Bahagian 1)
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Mesias Memenuhi Nubuat Bible
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Yesus Menyebarkan Berita Kerajaan Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Yesus Melakukan Mukjizat di Kapernaum
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 24 ms. 62-ms. 63 per. 7
Petrus, Andreas, Yakobus, dan Yohanes mencari Yesus

BAB 24

Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea

MATIUS 4:23-25 MARKUS 1:35-39 LUKAS 4:42, 43

  • YESUS MENJELAJAH GALILEA BERSAMA EMPAT ORANG MURIDNYA

  • KERJA PENYEBARAN YESUS DIKETAHUI RAMAI

Yesus dan empat orang muridnya sibuk di Kapernaum. Pada petang hari, penduduk di situ membawa orang sakit kepada Yesus untuk disembuhkan. Dia tiada masa untuk bersendirian dan berdoa kepada Bapanya.

Maka pada awal pagi ketika hari masih gelap, Yesus bangun dan pergi ke suatu tempat yang sunyi agar dia dapat berdoa. Tetapi apabila “Simon dan murid-murid yang lain” mendapati bahawa Yesus sudah tiada, mereka mencarinya. Mungkin Petruslah yang mengetuai usaha mencari Yesus kerana Yesus tinggal di rumahnya.​—Markus 1:36; Lukas 4:38.

Apabila mereka menemui Yesus, Petrus berkata, “Semua orang sedang mencari Guru.” (Markus 1:37) Penduduk Kapernaum mahu Yesus tinggal di situ. Mereka amat menghargai apa yang telah dilakukan oleh Yesus, maka mereka cuba “menghalangnya daripada meninggalkan mereka.” (Lukas 4:42) Tetapi adakah Yesus datang ke bumi hanya untuk menyembuhkan orang sakit? Adakah dia akan menginjil di kawasan ini sahaja? Mari kita lihat jawapannya.

Yesus menunjuk ke arah kota yang berdekatan semasa dia bercakap kepada Petrus, Andreas, Yakobus, dan Yohanes

Yesus berkata kepada murid-muridnya, “Marilah kita pergi ke tempat lain, ke pekan-pekan yang berhampiran. Aku hendak menyebarkan berita baik di sana juga, kerana itulah sebabnya aku datang.” Dia bahkan memberitahu orang yang menghalangnya, “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan harus aku khabarkan juga di kota-kota lain, kerana untuk tugas itulah aku diutus.”​—Markus 1:38; Lukas 4:43.

Tujuan utama Yesus diutus ke bumi adalah untuk menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. Kerajaan itulah yang akan menyucikan nama Bapanya dan menyelesaikan semua masalah manusia. Seperti Musa, Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa dia diutus oleh Tuhan.​—Keluaran 4:1-9, 30, 31.

Maka Yesus meninggalkan Kapernaum dan pergi ke kota-kota lain untuk menginjil. Dia disertai oleh empat orang muridnya, iaitu Petrus, Andreas, Yohanes, dan Yakobus. Pada minggu sebelumnya, Yesus telah menjemput mereka untuk mengikutnya.

Kerja penyebaran mereka di kawasan Galilea membuahkan hasil yang baik! ‘Berita tentang Yesus tersebar ke merata Siria,’ dan bahkan ke seberang Sungai Yordan. Orang yang tinggal di Dekapolis, iaitu wilayah yang merangkumi 10 buah kota, juga mendengar tentang Yesus. (Matius 4:24, 25) Ramai orang, termasuk orang dari Yudea, mengikut Yesus dan murid-muridnya. Banyak orang yang sakit dan dirasuk roh-roh jahat juga dibawa kepada Yesus, dan dia menyembuhkan mereka semua.

  • Semasa di Kapernaum, Yesus bangun pada awal pagi untuk melakukan apa?

  • Mengapakah Yesus diutus ke bumi? Mengapakah dia melakukan mukjizat?

  • Siapakah yang menyertai Yesus semasa dia menginjil di kawasan Galilea? Apakah hasil daripada kerja penyebarannya?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi