PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 48 ms. 120-ms. 121 per. 8
  • Melakukan Mukjizat, tetapi Tidak Dihormati Bahkan di Nasaret

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Melakukan Mukjizat, tetapi Tidak Dihormati Bahkan di Nasaret
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mukjizat Yesus​—Apa yang Dapat Anda Pelajari?
    Menara Pengawal—2004
  • Mukjizat—Dengan Kuasa daripada Siapa?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus di Rumah Ibadat di Nasaret
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Apakah yang Yesus Lakukan semasa di Bumi?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 48 ms. 120-ms. 121 per. 8
Orang ramai mengikut Yesus semasa dia meninggalkan rumah Yairus

BAB 48

Melakukan Mukjizat, tetapi Tidak Dihormati Bahkan di Nasaret

MATIUS 9:27-34; 13:54-58 MARKUS 6:1-6

  • YESUS MENYEMBUHKAN ORANG BUTA DAN ORANG BISU

  • PENDUDUK NASARET TIDAK BERIMAN KEPADANYA

Selepas perjalanan Yesus dari Dekapolis, dia menyembuhkan seorang wanita dan membangkitkan anak Yairus. Sekarang dua orang buta mula mengikutnya sambil berseru, “Kasihanilah kami, hai Anak Daud.”​—Matius 9:27.

Mereka memanggil Yesus “Anak Daud” kerana mereka percaya bahawa Yesus ialah waris Daud dan Mesias yang dijanjikan. Yesus tidak menghiraukan mereka, mungkin kerana dia ingin melihat sama ada mereka akan terus meminta bantuannya atau tidak. Apabila Yesus masuk ke dalam sebuah rumah, mereka pun mengikutnya. Maka Yesus bertanya kepada mereka, “Adakah kamu percaya bahawa aku dapat menyembuhkan kamu?” Mereka menjawab dengan penuh yakin, “Ya, Tuan.” Dia pun menyentuh mata mereka dan berkata, “Biarlah apa yang kamu percaya berlaku.”​—Matius 9:28, 29.

Dalam sekelip mata, mereka dapat melihat! Seperti biasa, Yesus mengingatkan mereka agar tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal itu. Tetapi mereka mula mengheboh-hebohkan hal itu kerana mereka terlalu gembira.

Selepas itu, seorang lelaki yang bisu kerana dirasuk roh jahat dibawa kepada Yesus. Sebaik sahaja Yesus mengusir roh jahat daripada lelaki itu, dia mula bercakap. Orang ramai berasa takjub dan berkata, “Kami belum pernah menyaksikan hal sebegini di Israel.” Orang Farisi juga berada di situ. Mereka tidak dapat menafikan mukjizat itu, jadi mereka melemparkan tuduhan yang sama sekali lagi dengan berkata, “Dia mengusir roh jahat kerana mendapat kuasa daripada ketua roh-roh jahat.”​—Matius 9:33, 34.

Tidak lama kemudian, Yesus dan murid-muridnya balik ke Nasaret, kampung halamannya. Hampir setahun yang lalu, dia pernah mengajar di rumah ibadat di situ. Pada mulanya, orang kagum dengan kata-kata Yesus, tetapi kemudian mereka marah dan mencuba membunuhnya. Sekarang Yesus ingin mencuba membantu mereka sekali lagi.

Pada hari Sabat, dia kembali ke rumah ibadat itu dan mengajar di situ. Banyak orang yang mendengarnya berasa kagum, dan mereka bertanya sesama sendiri, “Dari manakah orang ini mendapat kebijaksanaan dan kuasa untuk melakukan mukjizat sebegini? Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah ibunya bernama Maria? Bukankah adik-adik lelakinya bernama Yakobus, Yusuf, Simon, dan Yudas? Bukankah adik-adik perempuannya juga ada bersama kita? Jadi, dari manakah orang ini mendapat segala kebolehannya?”​—Matius 13:54-56.

Meskipun Yesus amat bijaksana dan melakukan banyak mukjizat, mereka masih enggan percaya kepadanya kerana mereka berfikir, “Dia membesar di kampung kita, jadi bagaimanakah dia boleh menjadi Mesias?” Bahkan saudara-mara Yesus juga tidak beriman kepadanya. Oleh itu, Yesus berkata, “Seorang nabi dihormati di mana-mana sahaja, kecuali di kampung halamannya dan dalam keluarganya sendiri.”​—Matius 13:57.

Memandangkan mereka tidak beriman, Yesus tidak melakukan banyak mukjizat di situ “kecuali meletakkan tangannya ke atas beberapa orang yang sakit dan menyembuhkan mereka.”​—Markus 6:5, 6.

  • Mengapakah dua orang buta memanggil Yesus “Anak Daud”?

  • Apakah yang dikatakan oleh orang Farisi setelah mereka nampak mukjizat Yesus?

  • Apakah pandangan orang Nasaret terhadap Yesus? Mengapa?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi