PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Maria Menyimpannya dalam Hati
    Tirulah Iman Mereka
    • 10 Memandangkan ramai orang tiba sebelum Maria dan Yusuf, mereka tidak dapat mencari tempat penginapan.b Oleh itu, mereka terpaksa tinggal di dalam kandang binatang. Yusuf pasti risau apabila dia melihat isterinya yang tersayang menderita kesakitan yang teruk. Nampaknya sudah tiba masanya bagi Maria untuk melahirkan anaknya.

      11. (a) Mengapakah kebanyakan wanita dapat memahami perasaan Maria? (b) Mengapakah gelaran “anak sulung” sesuai bagi Yesus?

      11 Kebanyakan wanita dapat memahami perasaan Maria. Kira-kira 4,000 tahun sebelum ini, Yehuwa menubuatkan bahawa wanita akan mengalami kesakitan yang besar semasa melahirkan anak. (Kej. 3:16) Nampaknya Maria tidak terkecuali. Tanpa huraian terperinci, Lukas memberitahu kita, “Dia melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung.” (Luk. 2:7) Ya, Maria telah melahirkan “anaknya yang sulung” dan pada kemudian hari dia melahirkan sekurang-kurangnya enam orang anak lagi. (Mrk. 6:3) Tetapi “anaknya yang sulung” ini amat istimewa kerana anak ini ialah “anak sulung antara semua ciptaan,” iaitu satu-satunya Anak Tuhan!​—Kol. 1:15.

      12. Maria melahirkan anaknya di mana? Bagaimanakah keadaan itu berbeza dengan drama atau lukisan yang menggambarkan kelahiran Yesus?

      12 Kemudian Bible menyatakan, “[Maria] membalutnya dengan kain dan meletakkannya di dalam palung.” (Luk. 2:7) Drama atau lukisan yang menggambarkan kelahiran Yesus selalunya tidak realistik. Perhatikan kenyataannya: Palung ialah tempat menyimpan makanan binatang, dan mereka berada di dalam kandang binatang. Sudah pasti itu bukan tempat yang bersih atau wangi. Sebenarnya mereka tidak akan memilih tempat seperti itu untuk melahirkan anak jika mereka ada pilihan lain. Kebanyakan ibu bapa mahukan apa yang terbaik bagi anak-anak mereka. Seperti kebanyakan ibu bapa yang lain, Maria dan Yusuf pasti ingin memberikan yang terbaik bagi anak mereka, terutamanya kerana Yesus ialah Anak Tuhan.

      13. (a) Meskipun keadaan mereka susah, apakah yang dilakukan oleh Maria dan Yusuf? (b) Bagaimanakah ibu bapa dewasa ini dapat meniru teladan mereka?

      13 Meskipun keadaan itu tidak menyenangkan, Yusuf dan Maria tidak berfokus kepada hal-hal negatif. Yusuf dan Maria tahu bahawa tanggungjawab mereka yang terpenting adalah untuk mengajar anak mereka mengasihi Yehuwa. (Baca Ulangan 6:6-8.) Meskipun begitu, Maria tetap menjaga bayi itu dengan sebaik-baiknya. Dia membalut bayi itu dengan kain lalu membaringkannya di dalam palung. Dia memastikan bayinya selesa dan selamat. Dewasa ini, ibu bapa yang bijaksana juga memastikan bahawa mereka mengutamakan hal-hal rohani semasa membesarkan anak-anak mereka.

  • Maria Menyimpannya dalam Hati
    Tirulah Iman Mereka
    • b Pada zaman itu, setiap kota mempunyai sebuah tempat penginapan yang dikhaskan untuk orang yang singgah.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi