PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 55
  • Sokonglah Sidang Anda

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sokonglah Sidang Anda
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Terima Kasih Yehuwa kerana Mengasihi Kami
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • “Sumbangan kepada Yehuwa”
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Pandangan Bible tentang Kerja dan Wang
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Mengapakah Kita Perlu Memberi kepada Dia yang Memiliki Segala-galanya?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 55
Pelajaran 55. Saudara saudari membantu menyelenggara Dewan Perjumpaan.

PELAJARAN 55

Sokonglah Sidang Anda

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Di seluas dunia, umat Yehuwa menyembah-Nya dalam ribuan sidang yang berbeza. Mereka bersyukur kerana mendapat bimbingan dan arahan melalui sidang dan rela menyokongnya dalam pelbagai cara. Adakah anda juga rasa begitu?

1. Bagaimanakah anda dapat menggunakan masa dan tenaga untuk menyokong sidang?

Ahli sidang mungkin memerlukan bantuan kita dari masa ke masa. Contohnya, adakah terdapat saudara saudari yang lanjut usia atau sakit? Dapatkah anda membantu mereka membeli barang-barang keperluan, membawa mereka ke Dewan Perjumpaan, atau membuat sesetengah kerja di rumah mereka? (Baca Yakobus 1:27.) Kita juga dapat menyokong sidang dengan membersih dan menjaga Dewan Perjumpaan. Kita tidak dipaksa untuk melakukan hal-hal ini. Sebaliknya, kasih kepada Yehuwa dan rakan seiman mendorong kita untuk “menolong dengan sukarela.”—Mazmur 110:3.

Selain itu, saudara saudari yang sudah dibaptis dapat menyokong sidang dalam cara lain. Mereka dapat meluaskan khidmat dalam kerja penyebaran dengan menjadi perintis. Ada juga yang berpindah ke kawasan lain untuk menginjil, melakukan kerja pembinaan, atau membantu dalam kerja lain. Sesetengah saudara pula dapat berkhidmat sebagai pembantu sidang atau penatua.

2. Bagaimanakah kita dapat menggunakan harta milik kita untuk menyokong sidang?

Bible menggalakkan kita untuk ‘memuliakan Yehuwa dengan harta milik kita yang berharga.’ (Amsal 3:9) Kita dapat menyumbangkan duit atau benda lain untuk menyokong sidang dan kerja penyebaran sedunia. (Baca 2 Korintus 9:7.) Sumbangan kita juga digunakan untuk kerja membantu mangsa bencana. Memandangkan sumbangan kita dapat digunakan dalam pelbagai cara, sesetengah orang berusaha untuk “menyimpan sedikit wang” secara tetap untuk disumbangkan. (Baca 1 Korintus 16:2.) Kita dapat memasukkannya ke dalam peti sumbangan sidang atau memberinya melalui donate.jw.org. Sememangnya, kita berbesar hati kerana dapat menggunakan harta milik kita untuk menunjukkan kasih kepada Yehuwa.

KETAHUILAH

Lihat cara-cara anda dapat menyokong sidang.

3. Guna harta milik untuk Yehuwa

Yehuwa dan Yesus bersukacita melihat kita memberi dengan rela hati. Yesus bahkan memuji seorang balu miskin yang memberikan sumbangan. Baca Lukas 21:1-4, kemudian bincang soalan berikut:

  • Perlukah kita memberikan banyak wang untuk gembirakan hati Yehuwa?

  • Apakah perasaan Yehuwa dan Yesus apabila kita memberi dengan ikhlas?

Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana sumbangan kita digunakan. Kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: ‘Memberikan Persembahan kepada Yehuwa’ (4:47)

  • Bagaimanakah sumbangan digunakan untuk menyokong sidang-sidang di serata dunia?

Seorang saudari tua memasukkan sumbangan ke dalam peti sumbangan.

4. Hulurkan bantuan

Pada zaman dulu, umat Yehuwa menjaga tempat ibadat dengan baik. Selain memberikan wang, apa lagi yang mereka lakukan? Baca 2 Tawarikh 34:9-11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah orang Israel membantu menjaga Rumah Yehuwa?

Mainkan VIDEO untuk lihat bagaimana Saksi-Saksi Yehuwa mengikut teladan mereka. Kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Menjaga Tempat Ibadat Kita (3:31)

Adegan daripada video ‘Menjaga Tempat Ibadat Kita.’ Lelaki, wanita, dan kanak-kanak membersihkan Dewan Perjumpaan.
  • Mengapakah penting untuk memastikan Dewan Perjumpaan dalam keadaan yang bersih dan baik?

  • Apakah bantuan yang dapat anda berikan?

Sekumpulan Saksi membantu kerja pembinaan Dewan Perjumpaan.

5. Para saudara yang berkhidmat untuk sidang

Bible menggesa saudara Kristian untuk berusaha menyokong sidang. Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Para Saudara—Berusaha untuk Pekerjaan yang Baik (5:23)

  • Apakah yang Ryan lakukan untuk menyokong sidang dengan lebih baik?

Bible menyatakan kelayakan yang harus dipenuhi oleh pembantu sidang dan penatua. Baca 1 Timotius 3:1-13, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah syarat-syarat bagi saudara yang ingin berkhidmat sebagai pembantu sidang dan penatua?

  • Jika mereka berkeluarga, bagaimanakah ahli keluarga dapat menyokong usaha mereka?—Lihat ayat 4 dan 11.

  • Apakah manfaat yang diperoleh ahli sidang jika para saudara berusaha meluaskan khidmat mereka?

Seorang saudara muda menolak kerusi roda seorang saudara yang tua. Mereka menginjil bersama.

ORANG MUNGKIN TANYA: “Macam mana Saksi-Saksi Yehuwa dapat duit untuk sokong kegiatan mereka?”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Yehuwa sangat menghargai usaha kita untuk menggunakan masa, tenaga, dan harta benda kita demi sidang.

Ulang Kaji

  • Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa dan tenaga kita untuk menyokong sidang?

  • Bagaimanakah kita dapat menggunakan harta milik kita untuk menyokong sidang?

  • Apakah yang ingin anda lakukan untuk menyokong sidang?

Matlamat

JOM BELAJAR

Belajar mengapa hamba Tuhan hari ini tidak perlu memberi persepuluhan.

“Apakah Ajaran Bible tentang Persepuluhan?” (Rencana di laman web)

Bible menyebut beberapa peranan yang diberikan kepada saudara terbaptis. Namun bagaimana jika saudari terbaptis perlu menjalankan peranan tersebut?

“Memahami Aturan Kekepalaan dalam Sidang” (Menara Pengawal, Februari 2021)

Tonton pengalaman Saksi-Saksi Yehuwa yang membuat banyak pengorbanan untuk menghantar bahan bacaan kepada rakan seiman.

Mengedar Bahan Bacaan di Kongo (4:25)

Adakah kerja Saksi-Saksi Yehuwa dibiayai sama dengan agama lain? Lihatlah jawapannya.

“Bagaimanakah Kerja Saksi-Saksi Yehuwa Dibiayai?” (Rencana di laman web)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi