PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 2 ms. 8-10
  • Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APAKAH PERISTIWA-PERISTIWA ITU?
  • APAKAH MAKSUD TANDA ITU?
  • Gempa Bumi yang Dahsyat—Apakah yang Dinubuatkan dalam Bible?
    Topik-Topik Lain
  • Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Adakah Akhir Dunia Sudah Dekat?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 2 ms. 8-10
Seorang Saksi-Saksi Yehuwa memberikan jemputan kepada seorang wanita yang singgah di rak mudah alih.

Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?

Apabila beberapa orang pengikut Yesus bertanya bila Kerajaan Tuhan akan mula memerintah, Yesus menjawab bahawa mereka tidak akan mengetahui waktunya secara tepat. (Kisah 1:6, 7) Namun, dia pernah berkata bahawa apabila murid-muridnya melihat peristiwa-peristiwa tertentu berlaku pada masa yang sama, mereka akan tahu bahawa “Kerajaan Tuhan sudah dekat” dan akan memerintah bumi tidak lama lagi.​—Lukas 21:31.

APAKAH PERISTIWA-PERISTIWA ITU?

Yesus berkata, “Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Gempa bumi yang dahsyat akan berlaku. Selain itu, kebuluran dan wabak akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.” (Lukas 21:10, 11) Apabila semua peristiwa itu berlaku dengan serentak, itulah tandanya bahawa “Kerajaan Tuhan sudah dekat.” Adakah peristiwa-peristiwa itu berlaku pada waktu yang sama di serata dunia? Perhatikan buktinya.

1. PERANG

Jet pejuang, kereta kebal, dan peluru berpandu.

Pada tahun 1914, tercetuslah perang terbesar yang belum pernah terjadi dalam sejarah manusia, iaitu perang dunia pertama. Ahli sejarah sering berkata bahawa peristiwa itu telah mengubah sejarah manusia. Buat kali pertama, kereta kebal, bom, mesingan, gas beracun, dan senjata lain yang dahsyat digunakan. Kemudian, perang dunia kedua tercetus, dan bom atom mula digunakan. Sejak tahun 1914, peperangan terjadi di merata tempat, dan jutaan orang telah terkorban.

2. GEMPA BUMI

Gempa bumi yang membuat bangunan retak.

Menurut Britannica Academic, setiap tahun, terdapat kira-kira 100 gempa bumi yang cukup kuat untuk mengakibatkan “kerosakan besar.” Laporan United States Geological Survey menyatakan, “Berdasarkan laporan selama ini (dari sekitar tahun 1900), 16 gempa bumi yang besar dijangka akan berlaku setiap tahun.” Sesetengah orang berkata bahawa gempa bumi nampaknya semakin kerap berlaku kerana adanya alat pengesan gegaran yang lebih canggih. Namun, hakikatnya ialah gempa bumi di serata dunia telah mengakibatkan banyak penderitaan dan kematian.

3. KEKURANGAN MAKANAN

Graf yang menunjukkan hasil gandum yang berkurang.

Masalah kekurangan makanan berlaku di serata dunia kerana peperangan, rasuah, keruntuhan ekonomi, atau kerana tanaman tidak mengeluarkan hasil yang mencukupi. Laporan Program Makanan Sedunia tahun 2018 menyatakan, “Di serata dunia, sebanyak 821 juta orang tidak mendapat makanan yang cukup, dan 124 juta orang kebuluran.” Setiap tahun, masalah kekurangan zat menyebabkan kematian kira-kira 3.1 juta orang kanak-kanak. Pada tahun 2011, masalah itu merupakan punca kira-kira 45 peratus kes kematian kanak-kanak di seluas dunia.

4. WABAK PENYAKIT

Simbol bakteria dan biokimia yang berbahaya.

Sebuah bahan bacaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, “Banyak wabak yang teruk telah berlaku pada abad ke-21. Penyakit lama seperti kolera (taun), wabak maut hitam, dan demam kuning, telah timbul semula, manakala penyakit baharu seperti SARS, wabak influenza, MERS, Ebola, dan Zika, telah muncul.” Baru-baru ini, terdapat juga pandemik COVID-19. Biarpun bidang perubatan semakin canggih, doktor dan ahli sains masih tidak dapat mencari penawar bagi semua wabak penyakit.

5. KERJA PENYEBARAN SEDUNIA

Bumi dengan tanda anak panah yang mengelilinginya, dan sebuah Bible yang terbuka di sebelah bumi itu.

Yesus menyebut satu lagi peristiwa. Dia berkata, “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.” (Matius 24:14) Dalam dunia yang huru-hara ini, terdapat lebih daripada lapan juta orang yang berbilang bangsa yang menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Mereka melakukannya di 240 negara dan kawasan, dan dalam lebih daripada 1,000 bahasa. Hal sebegini tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia.

APAKAH MAKSUD TANDA ITU?

Peristiwa-peristiwa yang disebutkan oleh Yesus sedang terjadi sekarang. Apakah maksudnya? Yesus berkata, “Apabila kamu melihat perkara-perkara ini berlaku, ketahuilah bahawa Kerajaan Tuhan sudah dekat.”​—Lukas 21:31.

Yesus duduk sebagai Raja di atas takhta di syurga, dan melihat bumi yang menjadi firdaus.

Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak Tuhan di bumi

Kemunculan tanda yang disebutkan oleh Yesus dan tempoh masa yang dinyatakan dalam Bible membantu kita faham bahawa Kerajaan Tuhan telah didirikan di syurga pada tahun 1914.a Pada tahun itu, Tuhan melantik Anak-Nya Yesus Kristus sebagai Raja. (Mazmur 2:2, 4, 6-9) Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan memerintah bumi dan melenyapkan semua kerajaan manusia. Kemudian, Kerajaan Tuhan akan menjadikan bumi ini sebuah firdaus supaya manusia dapat mendiaminya buat selama-lamanya.

Tidak lama lagi, permohonan dalam Doa Bapa Kami akan dikabulkan, “Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.” (Matius 6:10) Namun, apakah yang dilakukan Kerajaan Tuhan sejak tahun 1914? Apakah yang akan berlaku semasa Kerajaan Tuhan memerintah manusia?

a Untuk maklumat lanjut tentang tahun 1914, lihat pelajaran 32 dalam buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi