-
Nubuat 1. Gempa BumiMenara Pengawal—2011 | 1 Mei
-
-
Nubuat 1. Gempa Bumi
“Gempa bumi yang dahsyat akan berlaku.”—LUKAS 21:11.
● Winnie, yang berumur 16 bulan, terkubur di bawah runtuhan selepas gempa bumi melanda Haiti. Pasukan berita TV yang sedang bertugas telah mendengar tangisannya. Winnie terselamat, tetapi ibu bapanya terkorban dalam bencana itu.
APAKAH FAKTANYA? Gempa bumi di Haiti pada Januari 2010 yang berskala 7.0 telah membunuh lebih daripada 300,000 orang. Selain itu, sekitar 1.3 juta orang hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. Gempa bumi ini telah membawa kemusnahan yang teruk. Tetapi selain bencana ini, terdapat sekurang-kurangnya 18 gempa bumi yang besar telah berlaku antara April 2009 dengan April 2010.
APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Bilangan gempa bumi tidak meningkat. Teknologi membolehkan manusia mengesan dan menyiarkan kes-kes ini secara meluas.
ADAKAH HAL ITU BERASAS? Perhatikan hal ini: Bible tidak berkata bahawa bilangan gempa bumi akan meningkat. Sebaliknya, Bible menyatakan bahawa “gempa bumi yang dahsyat” akan berlaku “secara berturut-turut di merata tempat.” Malapetaka ini ialah salah satu ciri utama pada hari-hari terakhir.—Lukas 21:11; Markus 13:8.
APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah anda setuju bahawa gempa bumi yang dahsyat sedang berlaku seperti yang dinubuatkan Bible?
-
-
Nubuat 3. WabakMenara Pengawal—2011 | 1 Mei
-
-
Nubuat 3. Wabak
“Wabak akan terjadi . . . di merata tempat.”—LUKAS 21:11.
● Di sebuah negara Afrika yang dilanda perang saudara, virus Marburga merebak dengan teruk dalam kalangan pekerja lombong. Bonzali, seorang pegawai kesihatan, telah berusaha untuk mengubati pelombong di sana. Meskipun dia berkali-kali minta bantuan daripada pegawai di bandar yang besar, dia tidak dihiraukan. Empat bulan kemudian, bantuan akhirnya tiba. Malangnya, Bonzali telah pun meninggal kerana dijangkiti virus Marburg.
APAKAH FAKTANYA? Jangkitan peparu (seperti pneumonia), penyakit yang menyebabkan cirit-birit, HIV/AIDS, tuberkulosis (TB), dan malaria merupakan antara penyakit yang sering membawa maut. Pada tahun 2004, penyakit dalam lima kategori ini telah meragut nyawa kira-kira 10.7 juta orang. Hal ini bermaksud sekitar satu orang telah meninggal setiap tiga saat akibat penyakit-penyakit ini.
APAKAH PANDANGAN SESETENGAH ORANG? Jumlah penduduk bumi semakin meningkat. Jadi, jangkitan senang merebak dan jumlah kes pun akan bertambah.
ADAKAH HAL ITU BERASAS? Memang bilangan penduduk di bumi bertambah dengan pesat. Tetapi, manusia juga mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengesan, merawat, dan mengawal jangkitan penyakit. Jadi mengapakah jumlah kes tidak berkurang?
APAKAH PANDANGAN ANDA? Adakah orang sedang menderita akibat penyakit seperti yang dinubuatkan dalam Bible?
-