PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w23 Februari ms. 14-19
  • ‘Peliharalah Daya Pemikiran Kamu dan Berjaga-Jagalah’!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Peliharalah Daya Pemikiran Kamu dan Berjaga-Jagalah’!
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • TETAP SEIMBANG SEMASA MEMPERHATIKAN PERISTIWA DUNIA
  • APAKAH MAKSUD MEMPERHATIKAN DIRI SENDIRI?
  • GUNAKAN MASA ANDA DENGAN BIJAK
  • Mengapakah Kita Harus ‘Terus Berjaga-jaga’?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Tirulah Teladan Yesus yang Sentiasa Berjaga-jaga
    Menara Pengawal—2012
  • Teruslah Menantikannya!
    Menara Pengawal—2015
  • Para Rasul Meminta Tanda
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
w23 Februari ms. 14-19

RENCANA PEMBELAJARAN 8

‘Peliharalah Daya Pemikiran Kamu dan Berjaga-Jagalah’!

“Teruslah memelihara daya pemikiran kamu dan berjaga-jagalah.”​—1 PTR. 5:8.

LAGU 144 Tataplah Pahala!

PENGENALANa

1. Apakah yang Yesus beritahu murid-muridnya tentang bila akhir akan tiba? Apakah amaran yang diberikannya kepada mereka?

BEBERAPA hari sebelum kematian Yesus, empat orang murid Yesus bertanya kepadanya, ‘Apakah tanda penghujung sistem ini?’ (Mat. 24:3) Nampaknya, mereka ingin tahu bagaimana mereka dapat mengenal pasti bila Yerusalem dan Rumah Tuhan akan dibinasakan. Dalam jawapannya, Yesus bukan sahaja menyebut tentang pembinasaan Yerusalem dan Rumah Tuhan, tetapi dia juga menyebut tentang zaman kita. Berkenaan “penghujung sistem ini,” Yesus berkata, “Tiada seorang pun yang tahu hari atau waktunya, baik malaikat di syurga mahupun Anak. Hanya Bapa yang tahu.” Kemudian, dia memberikan amaran kepada semua pengikutnya untuk ‘terus berjaga-jaga’ dan ‘terus berwaspada.’​—Mrk. 13:32-37.

2. Mengapakah orang Kristian berbangsa Yahudi perlu terus berjaga-jaga?

2 Orang Kristian berbangsa Yahudi pada abad pertama perlu terus berjaga-jaga kerana hidup mati mereka bergantung padanya. Yesus memberitahu para pengikutnya tanda yang menunjukkan bahawa sistem orang Yahudi bakal berakhir. Dia berkata, “Apabila kamu nampak Yerusalem dikepung oleh tentera, ketahuilah bahawa kota itu akan dimusnahkan dengan segera.” Pada masa itu, mereka harus mengikut amaran Yesus untuk “melarikan diri ke kawasan pergunungan.” (Luk. 21:20, 21) Orang yang memberikan perhatian kepada amaran Yesus terselamat semasa tentera Roma memusnahkan Yerusalem.

3. Apakah yang akan kita bincangkan dalam rencana ini?

3 Hari ini, kita sedang hidup pada penghujung sistem dunia yang jahat ini. Jadi kita perlu terus menjaga daya pemikiran kita dan terus berjaga-jaga. Dalam rencana ini, kita akan membincangkan bagaimana kita dapat tetap seimbang semasa memperhatikan peristiwa dunia, bagaimana kita dapat memberikan perhatian kepada diri sendiri, dan bagaimana kita dapat menggunakan masa yang tinggal dengan sebaik-baiknya.

TETAP SEIMBANG SEMASA MEMPERHATIKAN PERISTIWA DUNIA

4. Mengapakah kita harus berminat untuk mengetahui bagaimana peristiwa dunia sekarang memenuhi nubuat Bible?

4 Kita patut berminat untuk mengetahui bagaimana peristiwa dunia memenuhi nubuat Bible. Mengapa? Yesus telah menyebut beberapa peristiwa dunia yang menunjukkan bila akhir dunia Syaitan sudah dekat. (Mat. 24:3-14) Selain itu, Rasul Petrus menggalakkan kita untuk memperhatikan bagaimana nubuat Bible menjadi kenyataan supaya iman kita tetap teguh. (2 Ptr. 1:19-21) Tambahan lagi, buku terakhir Bible bermula dengan kata-kata ini: “Penyingkapan daripada Yesus Kristus yang disampaikan oleh Tuhan kepadanya, agar dia dapat menunjukkan kepada hamba-hamba Tuhan hal-hal yang mesti segera berlaku.” (Why. 1:1) Maka tidak hairanlah kita sangat berminat terhadap peristiwa dunia dan kaitannya dengan nubuat-nubuat Bible. Kita juga mungkin sangat suka membincangkan peristiwa sebegini dengan satu sama lain.

Perbandingan yang menunjukkan perbezaan reaksi dua pasang suami isteri terhadap peristiwa dunia. 1. Sepasang suami isteri menonton laporan berita di televisyen tentang perjanjian damai antara pemimpin dunia. Kemudian, mereka mengongsi pandangan mereka dengan dua orang saudari di Dewan Perjumpaan, dan memaksa dua saudari itu untuk menerima pandangan mereka. 2. Sepasang suami isteri yang berbeza menonton berita terkini Badan Pimpinan. Kemudian, mereka memberikan kesaksian kepada seorang lelaki yang mendekati rak kesaksian awam.

Semasa membincangkan nubuat Bible, apakah yang patut kita elakkan, dan apakah yang patut kita lakukan? (Lihat perenggan 5)b

5. Apakah yang patut kita elakkan, tetapi apakah yang patut kita lakukan? (Lihat juga gambar.)

5 Semasa membincangkan nubuat Bible, kita tidak patut membuat andaian sendiri. Mengapa? Kerana andaian kita mungkin menyebabkan sidang berpecah-belah. Sebagai contoh, kita mungkin dengar pemimpin dunia bercakap bahawa mereka ingin membawa kedamaian dan keselamatan, serta mengakhiri konflik tertentu. Namun, kita tidak patut membuat kesimpulan bahawa kata-kata mereka memenuhi nubuat di 1 Tesalonika 5:3. Sebaliknya, kita mahu mengetahui maklumat terkini yang diterbitkan oleh organisasi Yehuwa dan mendasarkan perbincangan kita pada maklumat itu. Dengan berbuat demikian, kita membantu sidang untuk tetap “bersatu padu, sefikiran, dan sependapat.”​—1 Kor. 1:10; 4:6.

6. Apakah yang dapat kita belajar daripada 2 Petrus 3:11-13?

6 Baca 2 Petrus 3:11-13. Rasul Petrus membantu kita untuk bersikap seimbang semasa mengkaji nubuat Bible. Dia menggesa kita untuk “sentiasa mengingat akan kehadiran hari Yehuwa.” Mengapa? Adakah dia mahu kita mengira “hari atau waktunya” Armagedon akan tiba? Tidak. Dia mahu kita menggunakan masa yang tinggal untuk “berkelakuan suci dan melakukan hal-hal yang menunjukkan bahawa [kita] mengabdikan diri kepada Tuhan.” (Mat. 24:36; Luk. 12:40) Dalam kata lain, kita mahu terus berkelakuan baik dan memastikan kita berkhidmat kepada Yehuwa kerana kita sangat mengasihi-Nya. Untuk berbuat demikian, kita perlu memperhatikan diri sendiri.

APAKAH MAKSUD MEMPERHATIKAN DIRI SENDIRI?

7. Bagaimanakah kita dapat memperhatikan diri sendiri? (Lukas 21:34)

7 Yesus menyuruh murid-muridnya untuk memberikan perhatian bukan sahaja kepada peristiwa di dunia tetapi juga kepada diri sendiri. Perhatikan amaran yang diberikannya di Lukas 21:34. (Baca.) Yesus berkata, “Perhatikanlah diri kamu.” Seseorang yang memperhatikan dirinya sendiri akan peka terhadap apa-apa sahaja yang dapat mengancam hubungannya dengan Yehuwa, dan dia akan mengambil langkah yang diperlukan untuk menjauhi hal-hal itu. Dengan berbuat demikian, dia dapat tetap berada di bawah naungan kasih Tuhan.​—Ams. 22:3; Yud. 20, 21.

8. Apakah nasihat Rasul Paulus kepada orang Kristian?

8 Rasul Paulus menasihati orang Kristian untuk memperhatikan diri sendiri. Sebagai contoh, dia memberitahu orang Kristian di Efesus, “Perhatikanlah kelakuan kamu dengan teliti. Janganlah hidup sebagai orang yang bodoh, sebaliknya hiduplah sebagai orang yang bijak.” (Ef. 5:15, 16) Syaitan mahu merosakkan hubungan kita dengan Yehuwa. Maka Bible menasihati kita untuk “terus memahami kehendak Yehuwa” agar kita dapat melawan serangan Syaitan dengan berjaya.​—Ef. 5:17.

9. Bagaimanakah kita dapat mengetahui kehendak Yehuwa bagi kita?

9 Bible tidak menyebut setiap masalah yang dapat merosakkan hubungan kita dengan Yehuwa. Setiap hari, kita perlu buat keputusan tentang hal yang tidak disebut secara terang-terangan dalam Bible. Untuk membuat keputusan yang bijak, kita perlu mengetahui atau memahami “kehendak Yehuwa.” Kita dapat berbuat demikian dengan mempelajari dan merenungkan Firman Tuhan secara tetap. Apabila kita memahami kehendak Yehuwa dan memupuk “fikiran Kristus,” kita dapat hidup “sebagai orang yang bijak” bahkan semasa menghadapi situasi yang tidak melibatkan hukum yang spesifik. (1 Kor. 2:14-16) Sesetengah hal yang dapat mengancam kerohanian kita dapat dilihat dengan jelas, manakala yang lain pula tidak ketara.

10. Apakah sesetengah bahaya yang mesti kita jauhi?

10 Sesetengah bahaya yang mesti kita jauhi termasuk bermain cinta, makan dan minum berlebihan, dan mengucapkan kata-kata yang menyakiti orang. Kita juga mesti menjauhi hiburan yang ganas, lucah, atau yang tidak sesuai bagi orang Kristian. (Mzm. 101:3) Musuh kita, Si Iblis, sentiasa mencari peluang untuk merosakkan persahabatan kita dengan Yehuwa. (1 Ptr. 5:8) Jika kita tidak berjaga-jaga, dia dapat menanam benih yang berbahaya dalam minda dan hati kita. Contohnya, dia mungkin menanam benih seperti rasa iri hati, kebencian, ketamakan, kesombongan, sikap tidak jujur, dan sikap suka menaruh dendam. (Gal. 5:19-21) Masalah sebegini mungkin tidak ketara pada mulanya. Tetapi jika kita tidak segera mencabutnya, benih yang beracun ini dapat bertumbuh dan menyebabkan banyak masalah.​—Yak. 1:14, 15.

11. Apakah satu bahaya tersembunyi yang harus kita elakkan, dan mengapa?

11 Satu bahaya tersembunyi yang harus kita elakkan ialah pergaulan buruk. Perhatikan contoh ini. Rakan sekerja anda tidak menyembah Yehuwa. Anda mahu dia mempunyai tanggapan yang baik tentang Saksi-Saksi Yehuwa, jadi anda melayannya dengan baik sekali. Anda juga bersetuju untuk keluar makan bersama dia sekali-sekala. Tetapi secara perlahan-perlahan, anda mula makan dengan dia secara tetap. Kadangkala dia menyebut tentang hal-hal yang lucah dan pada mulanya anda cuba untuk tidak menghiraukannya. Tetapi lambat-laun, anda menjadi biasa dengan perbualan sedemikian dan hati nurani anda tidak terganggu lagi. Pada suatu hari, rakan sekerja itu menjemput anda untuk minum selepas kerja dan anda terima jemputannya. Tanpa menyedarinya, anda sudah mula berfikir seperti rakan sekerja anda. Jika demikian, tidak lama lagi anda juga mungkin berkelakuan seperti dia. Memang, kita mahu bersikap baik hati dan menunjukkan hormat kepada semua orang. Tetapi kita harus ingat bahawa kita senang dipengaruhi oleh pergaulan kita. (1 Kor. 15:33) Maka seperti yang digalakkan oleh Yesus, kita harus memperhatikan diri sendiri dan tidak bergaul rapat dengan orang yang tidak hidup selaras dengan piawaian Yehuwa. (2 Kor. 6:15) Kita akan peka terhadap bahaya pergaulan yang buruk dan mengelakkannya.

GUNAKAN MASA ANDA DENGAN BIJAK

12. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid-murid Yesus sementara menantikan akhir tiba?

12 Murid-murid Yesus pada abad pertama tidak patut berpeluk tubuh sambil menunggu akhir tiba. Yesus telah memberi mereka perintah untuk mengkhabarkan berita baik “di Yerusalem, di seluruh Yudea, di Samaria, dan sampai ke hujung bumi.” (Kis. 1:6-8) Sememangnya, itu tugas yang berat! Tetapi dengan melakukan tugas itu dengan bersungguh-sungguh, mereka menggunakan masa mereka dengan bijak.

13. Mengapakah kita perlu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya? (Kolose 4:5)

13 Baca Kolose 4:5. Untuk memperhatikan diri sendiri, kita perlu memeriksa cara kita menggunakan masa kita. Hal ini penting kerana “kejadian yang tidak terduga” dapat menimpa sesiapa sahaja dan kita mungkin kehilangan nyawa pada bila-bila masa.​—Pkh. 9:11.

Saudari yang menonton laporan berita dan saudari yang menonton berita terkini Badan Pimpinan sedang mengadakan pembelajaran Bible dengan seorang wanita. Mereka menunjukkan video “Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan?”

Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa kita dengan bijak? (Lihat perenggan 14-15)

14-15. Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya? (Ibrani 6:11, 12) (Lihat juga gambar.)

14 Kita sedang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya apabila kita melakukan kehendak Yehuwa dan mengukuhkan hubungan kita dengan-Nya. (Yoh. 14:21) Bible berkata, “Hendaklah kamu teguh dan tidak tergoyah. Hendaklah kamu sentiasa sibuk dalam khidmat Tuan kita.” (1 Kor. 15:58) Dengan itu, kita tidak akan menyesal semasa akhir tiba, tidak kira itu ialah akhir hayat kita, atau akhir dunia jahat ini.​—Mat. 24:13; Rm. 14:8.

15 Yesus menyuruh para pengikutnya untuk menginjil di serata dunia dan dia berjanji untuk menyertai dan membimbing mereka. Menerusi organisasi Yehuwa, Yesus melatih kita untuk menginjil, dan dia menyediakan alat-alat yang kita perlukan untuk menyebarkan berita baik. (Mat. 28:18-20) Kita pula mematuhi Yesus apabila kita berusaha keras untuk menginjil, mengajar orang, dan tetap berjaga-jaga sambil menantikan masanya Yehuwa melenyapkan dunia jahat ini. Dengan menerapkan nasihat di Ibrani 6:11, 12, kita dapat berpegang teguh pada harapan kita “sampai ke akhir.”​—Baca.

16. Apakah tekad kita?

16 Yehuwa sudah menentukan hari dan waktu untuk mengakhiri dunia Syaitan. Apabila masa itu tiba, Dia akan memastikan semua nubuat dalam Bible menjadi kenyataan. Ada kalanya kita mungkin tertanya-tanya, “Mengapa akhir masih belum datang?” Namun ingatlah bahawa hari Yehuwa “tidak akan ditangguhkan!” (Hab. 2:3) Semoga kita bertekad untuk “terus berjaga-jaga sambil menunggu Yehuwa” dan menantikan-Nya “dengan sabar.”​—Mi. 7:7.

APAKAH JAWAPAN ANDA?

  • Bagaimanakah kita dapat tetap seimbang semasa memperhatikan peristiwa dunia?

  • Bagaimanakah kita dapat memperhatikan diri sendiri?

  • Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya?

LAGU 139 Bayangkan Dirimu di Dunia Baharu

a Dalam rencana ini, kita akan membincangkan bagaimana kita dapat tetap seimbang semasa melihat peristiwa dunia ini dan tetap berjaga-jaga. Kita juga akan membincangkan bagaimana kita dapat memberikan perhatian terhadap diri sendiri dan bagaimana kita dapat menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.

b KETERANGAN GAMBAR: (Atas) Sepasang suami isteri menonton berita dan mempunyai pandangan sendiri tentang maksud di sebalik peristiwa dunia. Kemudian selepas perjumpaan, mereka cuba memaksa orang lain menerima pandangan mereka. (Bawah) Sepasang suami isteri menonton berita terkini Badan Pimpinan untuk mengetahui penjelasan terkini bagi nubuat Bible. Mereka menawarkan bahan bacaan Bible yang disediakan oleh hamba yang setia.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi