PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehuwa Mengasihi Orang yang “Membuahkan Hasil dengan Tabah”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Mei
    • 7. (a) Siapakah yang dilambangkan oleh “peladang anggur,” “pokok anggur,” dan “carang-carangnya”? (b) Kita ingin mencari jawapan kepada soalan apa?

      7 Baca Yohanes 15:1-5, 8. Yesus memberitahu rasul-rasulnya, “Bapaku dimuliakan jika kamu terus menghasilkan banyak buah dan membuktikan bahawa kamu ialah murid-muridku.” Yehuwa ialah “peladang anggur,” Yesus ialah “pokok anggur yang sejati,” dan murid-murid Yesus ialah “carang-carangnya.”b Apakah buah yang perlu dihasilkan oleh para pengikut Kristus? Yesus tidak menyebut jawapannya secara spesifik, tetapi dia memberi kita satu petunjuk yang penting.

      8. (a) Mengapakah buah dalam perumpamaan ini tidak melambangkan murid-murid baharu? (b) Apakah yang kita yakin tentang arahan daripada Yehuwa?

      8 Yesus mengatakan bahawa Bapanya ‘akan membuang setiap carang yang tidak berbuah.’ Dalam kata lain, Yehuwa akan menerima kita sebagai hamba-Nya hanya jika kita menghasilkan buah. (Mat. 13:23; 21:43) Adakah buah itu merujuk kepada murid-murid baharu? Jika ya, Saksi-Saksi yang bekerja keras tetapi tidak berjaya membantu orang menjadi murid Yesus, akan dianggap sebagai ‘carang yang tidak berbuah.’ (Mat. 28:19) Kesimpulan sebegini tidak masuk akal! Kita tidak boleh memaksa orang untuk mengikut Yesus, dan Bapa kita yang pengasih tidak akan menghakimi kita berdasarkan sesuatu yang di luar kemampuan kita. Yehuwa hanya akan memberi kita arahan yang mampu kita laksanakan.​—Ul. 30:11-14.

      9. (a) Kita membuahkan hasil dengan melakukan kerja apa? (b) Apakah perumpamaan yang akan kita kaji, dan mengapa?

      9 Jadi, apakah buah yang mesti kita hasilkan? Jelaslah, buah itu merujuk kepada kegiatan yang mampu kita masing-masing lakukan. Apakah kegiatan itu? Kerja menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan.c (Mat. 24:14) Perumpamaan Yesus tentang seorang petani menjelaskan hal ini, jadi marilah kita mengkajinya.

  • Yehuwa Mengasihi Orang yang “Membuahkan Hasil dengan Tabah”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Mei
    • b Meskipun carang-carang anggur dalam perumpamaan ini merujuk kepada mereka yang berpeluang hidup di syurga, pengajarannya bermanfaat untuk semua hamba Tuhan.

      c Buah yang kita perlu hasilkan juga merangkumi “buah kuasa suci Tuhan.” Tetapi dalam rencana ini dan rencana seterusnya, kita akan bertumpu kepada “buah yang kita persembahkan dengan bibir,” iaitu kerja memberitakan Kerajaan Tuhan.​—Gal. 5:22, 23; Ibr. 13:15.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi