PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 52 ms. 128-ms. 129 per. 7
  • Memberikan Makanan kepada Ribuan Orang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Memberikan Makanan kepada Ribuan Orang
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Memberikan Roti dan Amaran tentang Ragi
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Roti yang Disediakan Secara Mukjizat
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 52 ms. 128-ms. 129 per. 7
Yesus membahagikan lima ketul roti dan dua ekor ikan lalu memberikannya kepada rasulnya untuk diedarkan kepada orang ramai

BAB 52

Memberikan Makanan kepada Ribuan Orang

MATIUS 14:13-21 MARKUS 6:30-44 LUKAS 9:10-17 YOHANES 6:1-13

  • YESUS MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA 5,000 LELAKI

Para rasul gembira menginjil di Galilea, dan mereka memberitahu Yesus “semua yang telah dilakukan dan diajarkan oleh mereka.” Mereka letih sekali, tetapi mereka tiada masa untuk makan kerana ramai orang berkumpul di situ. Maka Yesus berkata, “Marilah kita pergi ke suatu tempat yang sunyi untuk berehat.”​—Markus 6:30, 31.

Mereka menaiki perahu dan pergi ke suatu tempat yang sunyi dekat Betsaida, di sebelah timur Sungai Yordan. Tetapi ramai orang mengetahui hal ini dan mereka berlari dan tiba di tempat itu terlebih dahulu.

Apabila Yesus keluar dari perahu, dia melihat banyak orang di situ. Dia berasa kasihan terhadap mereka kerana mereka seperti biri-biri tanpa gembala, lalu dia mula mengajar mereka “banyak perkara” tentang Kerajaan Tuhan. (Markus 6:34) Dia juga “menyembuhkan orang yang sakit.” (Lukas 9:11) Apabila hari mula senja, murid-muridnya berkata kepadanya, “Masa sudah lewat dan tempat ini terpencil. Suruhlah orang ramai pergi agar mereka dapat membeli makanan di pekan yang berhampiran.”​—Matius 14:15.

Yesus menjawab, “Mereka tidak perlu pergi. Kamu berilah mereka makanan.” (Matius 14:16) Yesus tahu apa yang akan dilakukannya, tetapi dia mahu menguji Filipus, yang dahulunya tinggal berdekatan Betsaida. Dia bertanya, “Di manakah kita dapat membeli roti untuk mereka?” Terdapat 5,000 orang lelaki di situ, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak. Jadi Filipus menjawab, “Biarpun kami membelanjakan 200 denari [satu denari ialah upah kerja sehari] untuk membeli roti, belum tentu setiap orang akan menerima secebis roti.”​—Yohanes 6:5-7.

Yesus bercakap dengan seorang budak kecil yang mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan

Andreas bersetuju dengan Filipus, maka dia berkata, “Ada seorang budak lelaki di sini yang mempunyai lima ketul roti barli dan dua ekor ikan kecil, tetapi mana mungkin cukup untuk begitu banyak orang?”​—Yohanes 6:9.

Waktu itu ialah musim bunga, iaitu sebelum Paska 32 M, dan rumput hijau meliputi lereng bukit di situ. Yesus memberitahu murid-muridnya supaya menyuruh semua orang duduk secara berkumpulan, kira-kira 50 atau 100 orang dalam setiap kumpulan. Selepas itu, Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu lalu berdoa. Kemudian dia membahagikan roti dan ikan itu lalu memberikannya kepada murid-muridnya untuk diedarkan kepada orang ramai. Semua orang makan sampai kenyang!

Setelah itu, Yesus berkata kepada murid-muridnya, “Kumpulkanlah baki roti supaya tiada apa-apa yang dibazirkan.” (Yohanes 6:12) Baki roti yang dikumpulkan telah mengisi 12 buah bakul!

  • Mengapakah Yesus mengajak para rasulnya untuk pergi ke sebuah tempat yang sunyi?

  • Mereka menaiki perahu dan pergi ke mana? Apakah yang berlaku di situ?

  • Apabila hari mula senja, apakah yang dikatakan oleh murid-murid Yesus kepadanya? Tetapi apakah yang dilakukan oleh Yesus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi