PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 18
  • Cara Mengenal Pasti Orang Kristian Sejati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Mengenal Pasti Orang Kristian Sejati
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Orang Kristian Sejati?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Anda Dapat Mencari Agama yang Benar?
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Bagaimanakah Kerja Penyebaran Dijalankan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Apakah Sifat-Sifat Yesus?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 18
Pelajaran 18. Yesus memberikan arahan dan menghantar pengikut-pengikutnya untuk menginjil secara berpasangan.

PELAJARAN 18

Cara Mengenal Pasti Orang Kristian Sejati

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Di seluruh dunia, ada berbilion-bilion orang yang mengatakan bahawa mereka beragama Kristian. Tetapi kepercayaan dan nilai moral mereka sangat berbeza. Jadi, bagaimanakah kita dapat mengenal pasti siapa orang Kristian sejati?

1. Apakah maksud perkataan “Kristian”?

Perkataan “Kristian” bermaksud murid atau pengikut Yesus Kristus. (Baca Kisah 11:26.) Bagaimanakah seseorang membuktikan bahawa dia benar-benar pengikut Yesus? Yesus kata, “Jika kamu sentiasa mematuhi ajaranku, kamu benar-benar ialah muridku.” (Yohanes 8:31) Selain itu, seperti Yesus, orang Kristian sejati akan menggunakan Bible sebagai asas kepercayaan mereka.​—Baca Lukas 24:27.

2. Bagaimanakah orang Kristian sejati menunjukkan kasih?

Yesus memberitahu pengikutnya, “Kamu harus saling mengasihi, sebagaimana aku sudah mengasihi kamu.” (Yohanes 15:12) Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia mengasihi murid-muridnya? Yesus meluangkan masa bersama mereka, menggalakkan dan membantu mereka, dan bahkan sanggup mati demi mereka. (1 Yohanes 3:16) Begitu juga, orang Kristian sejati bukan hanya mengajar orang lain untuk menunjukkan kasih, tetapi mereka sendiri menunjukkannya melalui kata-kata dan perbuatan.

3. Apakah tanggungjawab setiap orang Kristian?

Yesus “mengutus [murid-muridnya] untuk menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan.” (Lukas 9:2) Pengikut Yesus pada zaman dulu bukan hanya menginjil di rumah ibadat, tetapi juga di tempat awam dan dari rumah ke rumah. (Baca Kisah 5:42; 17:17.) Pada hari ini, orang Kristian sejati juga menginjil di mana-mana sahaja kepada semua orang. Oleh sebab mereka sangat mengasihi orang lain, mereka sudi menggunakan masa dan tenaga untuk menyebarkan harapan daripada Bible.​—Markus 12:31.

KETAHUILAH

Lihat ciri-ciri orang Kristian sejati dan cara untuk mengenal pasti siapa mereka.

4. Mereka mementingkan ajaran Bible

Dua orang Kristian pada abad pertama mengkaji gulungan untuk mengetahui kebenaran Bible.

Orang Kristian sejati mencintai Bible

Bukan semua orang Kristian menghargai kebenaran Bible. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Agama Kristian Dicemari (5:11)

  • Bagaimanakah gereja gagal mengajar kebenaran Bible?

Ajaran Yesus berdasarkan Bible. Baca Yohanes 18:37, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut Yesus, bagaimanakah seseorang membuktikan bahawa dia “berpihak pada kebenaran”?

5. Mereka mengongsi kebenaran Bible

Orang Kristian abad pertama menginjil dari rumah ke rumah.

Orang Kristian sejati rajin menginjil

Sebelum Yesus naik ke syurga, dia memberi pengikutnya kerja yang sangat penting. Baca Matius 28:19, 20 dan Kisah 1:8, kemudian bincang soalan berikut:

  • Sejauh manakah kerja menginjil harus dijalankan?

6. Mereka mengamalkan apa yang mereka ajar

Apakah yang meyakinkan Tom bahawa dia telah menemui pengikut Kristus yang sejati? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Saya Kecewa dengan Agama (5:20)

  • Mengapakah Tom kecewa dengan agama?

  • Apakah yang meyakinkan Tom bahawa dia telah menemui kebenaran?

Kata-kata kita harus disertai perbuatan. Baca Matius 7:21, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah cukup untuk kata bahawa kita pengikut Yesus? Apakah yang lebih penting bagi Yesus?

7. Mereka saling mengasihi

Sebuah keluarga pada abad pertama membawa makanan kepada rakan Kristian yang lain.

Orang Kristian sejati saling mengasihi

Mereka sanggup membahayakan nyawa sendiri demi rakan seiman. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Dia Sanggup Mengorbankan Nyawanya (2:55)

  • Mengapakah Lloyd sanggup membahayakan nyawanya demi Saudara Johansson?

  • Pada pendapat anda, adakah dia menunjukkan bahawa dia orang Kristian sejati?

Baca Yohanes 13:34, 35, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bagaimanakah murid Yesus, iaitu orang Kristian sejati, melayan orang daripada bangsa atau negara lain?

  • Semasa perang tercetus, bagaimanakah mereka menunjukkan kasih?

ADA ORANG KATA: “Mana-mana gereja yang kita ikuti tidak penting. Yang penting, kita beriman kepada Yesus.”

  • Apakah ayat Bible yang dapat anda kongsi untuk menunjukkan bahawa orang Kristian sejati harus memenuhi syarat tertentu?

RINGKASAN

Orang Kristian sejati mengikut ajaran Bible, mengongsinya dengan orang lain, menunjukkan kasih, dan rela berkorban.

Ulang Kaji

  • Kepercayaan orang Kristian sejati harus berdasarkan apa?

  • Apakah sifat-sifat orang Kristian sejati?

  • Apakah tanggungjawab orang Kristian sejati?

Matlamat

JOM BELAJAR

Kenalilah organisasi yang berusaha mengikut teladan dan ajaran Yesus Kristus.

Saksi-Saksi Yehuwa​—Siapakah Kami? (1:13)

Lihat kisah hidup seorang bekas biarawati yang mencari “keluarga rohani yang sejati.”

“Mereka Guna Bible untuk Menjawab Setiap Soalan!” (Menara Pengawal, 1 April 2014)

Lihat bagaimana orang Kristian sejati menunjukkan kasih kepada rakan seiman.

Membantu Rakan Seiman yang Dilanda Bencana​—Sedutan (3:57)

Lihat bagaimana orang Kristian pada abad pertama dan masa sekarang menunjukkan ciri-ciri orang Kristian sejati.

“Apakah Ciri-Ciri Orang Kristian Sejati?” (Menara Pengawal, 1 Mac 2012)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi